Wednesday, July 29, 2009

Ukhuwah kerana Allah s.w.t

HALAWATUL UKHUWAH...
www.iluvislam.com
atin jieha
editor: azzahra_solehah





"Nikmat paling manis apabila ALLAH TAALA mentarbiah kita dengan pelbagai ujian.. Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan. Alirkan Halawatul Ukhuwah kesungguhan dalam perjuangan melalui RABITAH HATI.."

UKHUWAH........ Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan... Ukhuwah... Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersebut... kekadang..kerana sebuah ukhuwah,air mata sering menitis kerananya.. Ukhuwah... ukhuwah itu terlalu bererti buatku YA ALLAH...... Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami...

Coretan ini kutujukan khas buat insan yang bergelar sahabat-teman-kawan-rakan.... sahabat.. coretan ini dari hati yang ingin mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli.. sahabat... ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA.

Ukhuwah itu terlalu indahkan?? Titik pertemuan ukhuwah yang sebenarnya adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI.. sahabat.. Demi ALLAH,saya menyayangi kamu semua.. bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga... sahabat....

sabda Rasullulah S.A.w.."umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.."

Tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH.. Mengertikah kamu tentang erti menyayangi?? Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas,manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim..

sahabat.. Bila berbicara tentang ukhuwah,kasih cinta dan sayang.. kita sering mempersoalkan apakah makna disebalik perkataan tersebut dan pentingnya dalam kehidupan kita.Dan semua perkataan tersebut dimajmukkan dalam UKHUWAH.. Ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada hambaNYA yang ikhlas dan Auliya'nya yang suci dan bersih.

Ukhuwah merupakan kekuatan iman. Tiada ukhuwah tanpa iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwah islamiyah sepertimana firman ALLAH S.W.T yang bermaksud.. "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.."(AL-HUJARAT:10)

sahabat... Nilaian ukhuwah sangat tinggi menyebabkan ianya tidak dapat dibeli dengan harta ataupun diwariskan. Ianya merupakan roh yang ALLAH hidupkan ke dalam hati orang-orang yang beriman bila-bila masa sahaja yang dikehendaki-NYA supaya mereka bersatu..

Mari kita renungi keutamaan berukhuwah...
-Terpancar sinar cahaya daripada wajah-wajah mereka..
-Mendapat perlindungan 'Arasy ALLAH S.W.T pada hari kiamat kelak
-Dimasukkan ke dalam syurga ALLAH dan mendapat keredhaanNYA
-Diampunkan dosa-dosa mereka
-Akan mendapat kasih sayang ALLAH
-sesungguhnya mereka inilah yang akan mendapat halawatul iman sahabat...
.


Tahukah ukhuwah itu dibina bagaimana?? ukhuwah...perlulah ikhlas kerana ALLAH dan mestilah disertai dengan iman dan taqwa. ukhuwah juga perlulah berlandaskan manhaj islam iaitu bersama-sama berjanji untuk menegakkan syariat ALLAH dan menjadikan RASULULLAH sebagai rujukan dalam setiap keadaan.

sahabat, ukhuwah didirikan atas dasar nasihat menasihati kerana ALLAH DAN tidak lupa juga ukhuwah dalam keadaan susah dan senang................. Sahabat... ukhuwah merupakan pemberian RABBANI yang dianugerahkan ALLAH ke dalam hati hamba-hambaNYA yang ikhlas menerima dan beriman.

ukhuwah dapat diselami apabila kita:

"sekiranya seseorang menyukai saudaranya,hendaklah dia beritahu saudara tersebut bahawa dia menyayanginya." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)

"sekiranya berpisah,maka mintalah saudaranya untuk mendoakan dirinya semasa ghaib." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)

"hendaklah memaniskan muka dan bersalaman setiap kali bertemu."

"memperbanyakkan ziarah saudaranya dari semasa ke semasa" "hendaklah ucapkan tahniah tatkala berjaya dalam apa jua keadaan>"

"hendaklah memberi hadiah pada waktu-waktu tertentu"

"hendaklah prihatin keadaan saudaranya dan sentiasa menghlurkan bantuan apabila diperlukan." "memenuhi hak ukhuwah secara sempurna."


sahabat.... Saya mengasihimu kerana ALLAH dan ku pinta kasihiku kerana ALLAH juga. ku garapkan coretan ini khas buat yang bergelar sahabat.. yang mengenaliku sebagai sahabat teman kawan dan rakan...... Moga indah ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH TAALA RABBUL IZZATI YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…..

Monday, July 27, 2009

Jangan Lepaskn peluang keemasan....

Julung kali diadakan...

Bakal mengejutkan anda semua...

Peluang keemasan ini tidak boleh dilepaskan...

Hanya sekali sahaja pada tahun 2009...

iLuvislam.com mempersembahkan...

ESQ Training bersama iLuvislam.com...

Dengan harga termurah di pasaran...

Khas untuk mahasiswa yang menuntut di IPT di dalam dan luar negara...

Serta mereka yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara..

Tempat amat-amat terhad...Jom daftar sekarang juga!!!

Info penting adalah seperti dalam poster di bawah:






10 Sebab mengapa anda perlu menyertai ESQ Training bersama iLuvislam.com?

1. Harga termurah di pasaran. Harga normal untuk mahasiswa adalah RM 550. Manakala untuk golongan bekerja adalah RM 1380.

2. Menampilkan individu-individu hebat yang telah berjaya untuk memberikan inspirasi kepada anda.

3. Anda boleh 're-charge' atau sertai ESQ Training(basics training) lain secara percuma di mana sahaja. Yuran kali ini adalah pelaburan seumur hidup anda!

4. ESQ Training merupakan sebuah training yang terbukti berkesan dalam membentuk individu dan organisasi yang mantap secara keseluruhan.

5. Mengumpulkan mahasiswa Malaysia yang menuntut di dalam dan luar negara.

6. Ia diadakan seminggu sebelum masuknya bulan Ramadhan.

7. Setiap peserta akan mendapat hadiah percuma yang menarik.

8. Diadakan dalam persekitaran universiti yang indah dan permai. Makanan disediakan 5 kali sehari!

9. Tempat program berhampiran pengangkutan awam (komuter).

10. Hanya sekali sahaja peluang sebegini untuk tahun ini!



* Jika bilangan yang mendaftar melebihi tempat yang disediakan, prioriti akan diberikan kepada pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara (sedang bercuti) dan pelajar di kolej persediaan untuk ke luar negara.

Pembuangan Sawang....

Assalamualaikum...

Apa kabar sahabat2 sekalian....moga sentiasa berada di jalan yg benar....

tiada pengisian ape pn kali ni, sekadar memenuhi permintaan seorang sahabat yg sy kenal melalui iluvislam..ukhti princess_islam..syukran ila kerana igt kt sy, sbb tu ila bg tag kn...hehe...

ni syarat2 yg ila tetapkn utk menjawab tag yg diberi....sila patuhi arahannye...huhu

These are the rules:

1. Go to your photo files…Select the 6th photo folder.
2. Select the 6th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 6 blogging friends to do the same!


- arahan pertama...sy sudah pn ke photo files n buka folder no 6

- arahan ke-2...pilih plak gambar yg ke-6 dalam folder td..


ha, ni la gmbr ke-6 dlm folder no 6....
(tu pn setelah menyusun folder, kerana folder sy bersepah..huhu)

- arahan ke-3 ialah kena selitkn cerita disebalik gmbr yg sy letak ni...

serba sikit pasal gambar ni...ini sepupu sy yg ke-22...namanye Muhammad Badrul Amin...kami selalu panggil dia badrul@bad@butak@abg...gambar ni diambil semasa dalam kereta yg dipandu oleh sy...masa ni nk g beli nasi ayam mencongkam....huk3...

nk cite ckit pasal badrul la...badrul ni anak sulung, n anak kepada makcik sy yg ke-7...umur baru masuk dua tahun pd 7 feb lepas (kalo x silap la tarikh la....huhu)...dia sgt la tinggi jika nk dibandingkn dgn sepupu sy yg ke-23 (mereka sebaya, tp kalo berdiri bersebelahan, mg berbeza..badrul tinggi tp khairul kecik je)...badrul ni comel, pandai, rajin, n kuat merajuk....huhu..itu je kot yg dapat di ceritakn

arahan ke-4....challenge plak 6 org shbt blogger....so, sy nk bg tag ni kepada..

-kak saidah
-ukhti ina
-ukhti soleh
-ukhti syamimi
-ukhti ikin (sinar mawaddah)
-kak rosniza

kalo rajin buat la homework ni ye..tiada paksaan...huhu

Homework ke-2 dari ukhti ila...

malam ni kejenye buat homework yg diberi oleh sahabat..tu la, sape suh kumpul byk2 n tangguhkn keje...ni la jd nye....hak3..jom kite same2 bace ape homework yg dberikn tu.....

1)Bekas kekasih saya adalah :
-lelaki....xkn pempuan kot...huhu

2)Saya sedang mendengar :
-lagu kt blog org...tp xtau lagu ape, sbb tersekat2...

3)Mungkin saya patut:
-tido skrg ni...amboi2, mentang2 la cuti seminggu...

4)saya suka:
-bace buku...n hobi baru, g ziarah blog org lain..huhu

5)Sahabat-sahabat baik sy:
-semua yg baik2 la...yg jahat2 xkn nk kate sahabat baik kn.hihi...
geng TLC @ mawar is the best sahabat....n krew iluvislam yg rapat2 pn my best sahabat....huhu....

6) Saya Tak Faham:
-bila org cakap berkias, n cakap guna bahasa yg tinggi standardnye...hehe

7)Saya kehilangan:
-seorang datuk yg penyayang...Allah lebih sygkn dia....moga dtempatkn besama golongan org2 yg beriman....al-fatihah...

8)Ramai yg kata:
-sy ni xde gaya anak sulung....huhu...ala2 anak bongsu n org yg ade abg n kakak...hak3...

9)Makna nama saya:
-penyisir rambut anak firaun yg suci...

10) Cinta itu adalah:
-hanya utk Allah dan Rasul, serta mereka yg mencintai Allah dan Rasul...

11)Di suatu tempat seseorang sedang:
-tido dgn lenanye...(adik sy la tu)

12)Saya akan cuba:
-menjadi mujahidah sejati...insyaAllah....menegakkan kalimah LAILAHAIL LALLAH

13)Ayat"Selamanya"membawa maksud:
-yg kekal dan terus kekal sampai bila2....itulah dia hari akhirat...

14)Telefon bimbit saya:
-di hadiahkn oleh nenek sy....kemudian sy beli plak guna duit ptptn...ish3, kaya betul budak ni, smp 2 hp dia...huhu

15)Bila saya terjaga dr tidur:
-duduk seketika utk menstabilkn keadaan, n pergi ke toilet....

16)Saya bila meluat bila melihat:
-org dating n bergurau senda di khalayak ramai...ish3...Astaghfirullah, moga mereka insaf

17)Pesta/Parti adalah:
-bila semua sedara mara berkumpul beramai-ramai....setiap minggu ade parti drumah sy....(baru balik dari parti dirumah mak ngah, best2...walaupn x semua ade kali ni)

18)Haiwan yang paling comel yg saya pernah temui:
-hm, ape ek...sy geli dgn haiwan...kecuali, ikan kot..sbb dia dlm akuarium...huhu

19)Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya:
-masa kanak2, x perlu fikirkan masalah yg besar....just masalah remeh temeh je...cthnye: sape nk jd kakak ni, asyik aku je...hak3 (waktu main masak2)

20)Hari ini :
-pagi di uitm shah alam menghadiri perasmian kelab DAMAI ipta, petang di gombak...

21)Malam ni saya akan:
-membersihkn blog yg bersawang..hehe...ni tgh dlm proses ni

22)Esok sya akan:
-kemas ape yg patut....alahai, baju pn banyak x lipat lg ni...ish3

23)Saya betul2x inginkan:
-menjadi anak yg solehah, isteri yg menjadi sayap kiri dalam membantu perjuangan seorang suami..dan ibu yg mendidik anak2 menjadi pejuang agama Allah....

24)Ketika sy lihat wajah saya di cermin pagi nie:
-Alhamdulillah

25)Pusat membeli belah / arked permainan :
-ntah la

26)Makanan barat atau jepun:
-Halalan toyyiban, tu yg diutamakan...

27)Bilik yg terang atau gelap:
-kalo dok sorg2, biar la terang skit....gelap bila nk tido je...huhu

28)Makanan segera adalah:
-dgn segeranye dapat penyakit....

29)Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang:
-ha, dh amik barang org pulangkn balik....(abg sy pinjam pemadam dan pembaris, dia dh pulangkn dh...huhu)

30)Siapa yang anda mahu tag????
-hm, nk tag perdana menteri boleh x...huhu...semua yg jd follower sy la..jawab jgn x jawab...permintaan dari seorang sahabat....huhu

31)siapakah yg bertuah itu..?? kalian insan terpilih...hihi
follower yg dikasihi....sudi follow blog sy...

Friday, July 10, 2009

Tahun Akhir?? betul ke ni....

Assalamualaikum...

Apa kabar teman-teman semua...moga kita berada dibawah naungan dan rahmat Allah...


rajin la pula update blog hari ni....kenapa ye?? mgkn kerana sy akan meninggalkan blog ni bersawang dalam waktu yg agak lame...hehe


Minggu ini adalah permulaan bagi semester baru...pejam celik, rupenye sy sudah melangkah ke tahun akhir...ya Allah, macam x percaya pn ade...masih rase baru semalam sy masuk blajar...
Alhamdulillah, dgn izin Allah sy dapat meneruskan pengajian ke peringkat ini...

Usia makin meningkat, dari hari ke sehari sy makin sedar tanggungjawab dan amanah yg dipikul semakin bertambah...kadang2 rase tidak berdaya utk memikulnye, kerana sy bukanlah seorg insan yg kuat...sy takut, sy x mampu memegang amanah yg dberi...sy takut akan dpersoalkan di akhirat kelak...apakah yg kamu telah lakukan sepanjang hayatmu??

Moga Allah memberi sy kekuatan dan ketabahan dalam melaksanakan setiap amanah dan tanggujawab yg dberikan...


Terimbas kelas pertama yg sy masuk dalam minggu ini...kelas Strategic Management...ya Allah, gugup sgt jantung ni kerana mendengar cerita dari kawan2 kelas ttg lecturernye...


"lecturer tu garang, dia tegas tau"

"xleh ,menulis masa dia tgh bg lecturer...kena focus"

"lecturer tu bawa rehal g clas, mcm nk ajar mengaji plak"


"xleh masuk lambat, kena masuk dulu dari dia"

"dress code, jaga wei...ade yg kena halau clas"


dan berbagai lg la yg terkeluar dari mulut kwn2 sekelas ttg beliau...namun, semalam sy sudah berdepan dgnnye...ya, mg dia agak garang...tiada senyuman di wajahnye...kecut perut juga berada dalam situasi begitu...pelbagai soalan yg diajukan...suaranye tegas, dan agak menggerunkan...sy mula berfikir, bagaimana sy hendak belajar dalam keadaan begitu??


Namun, sy positifkn diri sendiri...mgkn dgn cara itu kami semua akan lebih serius utk belajar...dgn caranye yg begitu, mgkn kami akan score A dalam matapelajarannye...insyaAllah...moga Allah hilangkn rase gerun terhadapnye kerana juga hanya insan biasa...rase kegerunan itu bkn utk manusia, tp utk Allah...


Pembalasan dari Allah lebih dahsyat dari denda yg diberikan oleh lecturer...wah, kata2 semangat utk sy...moga lepas ni masuk kelas, sy akan lebih tenang dan tidak gementar...
wahai teman-teman, doakan kejayaan sy...kadang2 sy merasa lemah...kadang2 sy rase tidak berdaya utk meneruskan pengajian ini...keputusan sy tidaklah sehebat yg lain...sy terfikir, adakah tempat utk org seperti sy apabila masuk ke alam pekerjaan??

Namun, janji Allah itu pasti...setiap hambaNya yg berusaha bersungguh2, berdoa dan bertawakal, Allah akan balas setimpal dgn usahanya...
USAHA + DOA + TAWAKAL = KEJAYAAN yg diredhai




Thursday, July 9, 2009

Award + tag muncul lagi....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, sy diberi award lg dan sy juga terkena tag...syukran kepada ukhti whitelover dan ukhti sahabat musleem...lebih sebulan award dan tag ini diberi kepada sy....tp baru hari ini sy berkesempatan mempublishnye...bukan riak, tp sebagai penghargaan kepada sahabat2 yg sudi berkongsi...dari sini juga, ukhuwah dapat dieratkan lagi...


award dari ukhti whitelover


Tag dari ukhti sahabat musleem


Rules And Regulation: Adalah baik sekiranya anda menulis 25 perkara yg org xtau semasa kecil anda. dihujung entry, anda harus memilih 5 org utk ditag. Anda amat bertuah jika ditag saya sbb sy ingin tau lebey lanjut tentang zaman comel anda dulu..

sy dgn ukhti sahabat musleem belum pernah berkenalan secara rapat...kami hanya kenal melalui blog masing2 apabila sesi ziarah menziarahi dilakukan...hehe...syukran ya ukhti, mungkin dgn tag ni kite akan dapat berkenalan dgn lebih rapat...insyaAllah...

sy rase x dapat kot nk menyenaraikan sehingga 25 perkara sewaktu kecil...sekadar yg termampu je...

1. hisap botol sehingga umur 7 tahun
2. memanggil nenek sy dgn panggilan 'mak' sejak pandai bercakap...tp setelah beliau pergi ke haji (sbb kena tinggal hampir 2 bulan) sy kembali memanggil nenek...
3. sepupu memangil sy ita...tp kawan2 semua panggil masyitah
4. selalu berpindah randah..huu...hidup nomad, ayah selalu kena transfer
5. selalu menjadi puteri dikalangan kakak2 sepupu...hehe..siap dodoikan sy sebelum tido, dgn nyanyian rekaan ummi (igt lg liriknye...tp xleh kongsi, rahsia)..hak3
6. anak manja...perasan anak tunggal...(lambat dapat adik)
7. heret sepupu dgn basikal...(kesian dia, gara2 nk berlumba basikal dgn abgnye...sy x sedar dia dh terjatuh tp masih memegang hujung basikal..habis lututnye terheret...wawawa, takut sgt masa tu)
8. suka main masak2..hak3..
9. tido mesti pandang lampu...(sbb tu mata rosak kot)
10. suka pegang napkin (hehe, napkin adik jd mangsa)
11. hisap jari......lalala~

sampai cni jela, x sanggup nk cerita semua...malu pn ade...hehehe...tp kenangan masa lalu mg x dapat dilupakan...kenangan waktu kecik sgt la indah..


budak2 comel...mcm sy..hehe


5 + 1 org yg bertuah menerima award dan tag dari sy adalah:

ukhti ilyani
ukhti nudra
ukhti arisha
ukhti saidah
ukhti ila
kak fatin a.k.a insyirah amsyar

selamat menjawab wahai teman-teman ku syg....

Wednesday, July 8, 2009

Ahlan WaSahlan

Assalamualaikum....

PAGI!! ape kabar teman2...bagaimana iman kite hari ni?? moga bertambah dgn amal kebaikan yg kite lakukan...

Sudah 2 minggu sy x update blog...bukan tiada kelapangan masa, tp tiada semangat utk menulis...walaupn byk cerita yg ingin dikongsikan, namun tangan ni tidak rancak menari di keyboard laptop...

rasenye masih belum terlambat utk mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan diploma...selamat datang ke UiTM dan selamat datang ke KOLEJ MAWAR...selamat menjadi sebahagian dari penghuni mawar...

Banyak aktiviti dijalankan di surau mawar bagi mengalu-alukan kedatangan adik-adik ini...supaya mereka tidak hanyut, dan tidak terkena arus kejutan budaya...manusia memang fitrahnye seorang yg lupe...jadi, adik2 perlu la saling mengingati antara satu sama lain...kakak di surau juga akan sentiasa membantu kalian..

renungkan makna surah al-asr: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Moga kalian terus istiqamah...jgn biarkan diri kite ketandusan dan dahaga dengan belaian rohani...jangan biarkan diri adik2 digoda dgn rakus oleh syaitan laknatullah...adik2 permata islam, aset berharga....jagalah diri adik2, ikatlah diri kalian dgn islam...kelak kalian akan merasai manisnye iman, indahnye islam...

harapanku: moga kite semua akan menjadi mujahidah dalam menegakkan islam...moga kite semua menjadi muslimah yg akan menjadi pendokong kepada kebangkitan islam...dan semoga kita semua menjadi penghuni jannatul firdaus....inilah cita-cita dan harap setiap mereka yg merasai keindahan islam...ALLAHU AKHBAR!!!