Sunday, February 28, 2010

Gembiranya hati ini





Assalamualaikum... Apa kabar iman kite hari ini?? Moga sentiasa meningkat dari masa ke semasa..insyaAllah.. Subhanallah, maha suci Allah yg memberi sy masa dan kesihatan badan...dgn masa yg dperuntukkan dgn badan yg sihat Alhamdulillah dapat memenuhi keperluan jasad dan rohani...

Sudah lame sy tidak menulis menerusi lubuk hati ni...lebih banyak post entry yg di copy paste melalui sumber2 lain...hari ini terdetik utk menulis, utk berkongsi rasa...Alhamdulillah, kekuatan yg Allah beri buat diri ni...

Hati sy tidak sihat...rohani sy juga sakit...sy terasa amat sakit, namun fizikalnya nmpk sihat dan seperti biasa...itulah yg berlaku pada diri ini, Allah tmpt mengadu dan shbt2 tmpt meluahkan rase hati...syukran buat shbt2 yg sudi mendengar...

YANI, KAK FIZAH, KAK ROS
dan sgt2 terima kasih buat kakak kesayangan sy KAK JANG...syukran kerana sudi meluangkan masa kalian walaupun hanya menerusi alam maya (YM)....syukran juga buat adik2 yg sudi mendoakan utk sy...

Hati ini rase terubat bila mendengar nasihat dari kakak2, menerima SMS semangat dari shbt2..hati ini berbunga riang...sungguh, jarak yg berjauhan menyebabkan diri ini rasa terpinggir rase jauh dgn shbt2...email, ym dan status di FB sbg penghubung dgn kalian...

Alhamdulillah, hujung minggu ini hati berbunga lagi..kerana dapat bertemu shbt2 semua...walaupn seketika, dan tak dpt melepaskan rindu yg dh lame terpendam,namun diri ini masih bersyukur kerana berpeluang melihat wajah2 shbt2..gembiranya hati ini...x dpt digambarkan dgn kata2...namun, sayunya hati ini, bila memikirkan perpisahan yg akan berlaku...ya Allah tabahkan lah hati ini...

******************************************************


bersama kak fizah dan kak ros


bersama adik beradik kesayangan....

p/s: sekadar luahan hati...tiada iktibar atau pengisian..mgkn kemanisan ukhuwah itu yg cube digambarkan oleh sy...

Thursday, February 18, 2010

FEWWIT kembali lagi!!

FEWWIT : Seminar Muslim Super (SMS)
www.iLuvislam.com
Event Team Malaysia iLuvislam.com

Editor : Im Koyube

FEWWIT datang lagi, dan kali ini ia berupa sebuah seminar menarik dan mesti dihadiri oleh semua Muslim!

iLuvislam.com melalui Team Event Malaysia
membawakan kepada anda Seminar Muslim Super (SMS).

Fun & Exciting Weekend With iLuvislam Team (FEWWIT) merupakan program berkala iLuvislam.com dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.(KKSB) melalui tabloid iLuvislam dan Majalah i.

Bertemakan ‘Muslim Hebat, Islam Mantap‘, seminar ini bertujuan untuk membuka minda peserta untuk menguasai bukan hanya dalam bidang akademik malahan lebih jauh dari itu, mampu mengaplikasikan kehebatan Muslim dalam aspek kerjaya dan kehidupan, yang seterusnya membawa kegemilangan buat Islam.


Seminar ini merangkumi 3 slot perbentangan kertas kerja, yang akan dibentangkan oleh 3 orang tokoh dalam bidang masing-masing, serta Penulis buku Muslim Super sendiri.


1. Slot Akademik

Tajuk Pembentangan : Membentuk Inteligensia Cakna

Oleh : Dato' Saifuddin Abdullah
  • Merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 2
  • Ahli Parlimen Temerloh
  • Pernah menjadi kolumnis Berita Harian
  • Telah membentangkan lebih 75 kertas kerja tentang belia, pendidikan, kesukarelaan dan sosio-budaya.
2. Slot Profesional

Tajuk Pembentangan : Menjana Fikrah Muslim Profesional

Oleh : En. Norden Mohamed
  • Merupakan Group Managing Editor Akhbar Harian, Sinar Harian
  • Bekas Pengurus Besar Alaf 21 Sdn. Bhd.
  • Business Advisor untuk Malaysian Business Advisor
  • Bekas Setiausaha Kerja Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
  • Berpengalaman sebagai pegawai latihan Kementerian Tanah & Kemajuan Wilaya

3. Slot Ekonomi

Tajuk Pembentangan : Infak dan Impak

Oleh : Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim

4. Penggulungan

Tajuk Pembentangan : Muslim Super Sebenar

Oleh : Dr. Danial Zainal Abidin

Info Lanjut Berkenaan SMS

• Tarikh : 13 Mac 2010

• Masa : 8 pagi - 5 petang

• Tempat : Auditorium UEM, Petaling Jaya (Peta, klik sini)

• Yuran : RM 50 (pelajar) RM 150 (perseorangan) RM 200 (wakil organisasi)

*Sijil disediakan kepada setiap Peserta.


Tentatif SMS

0800 : Pendaftaran peserta seminar

0845 : Pembukaan seminar

0900 : Modul I Akademik

1000 : Q & A

1030 : Rehat

1100 : Modul II Profesional

1200 : Q & A

1230 : Rehat, Makan tengahari dan Solat Zohor

1400 : Modul III Ekonomi

1500 : Q & A

1530 : Penggulungan

1700 : Penutup dan bersurai


Daftar Sekarang! Tempat Terhad!

Hanya 200 tempat disediakan. Siapa cepat dia dapat. Jadi, apa tunggu lagi. Daftarlah sekarang!

Pendaftaran hendaklah dilakukan secara online dengan mengisi borang yang disediakan setelah anda membuat pembayaran.

Pembayaran hendaklah dibuat kepada akaun Maybank :

Nama : Muhammad Ruzaini Ibrahim
Nombor Akaun Al-Wadi'ah : 162 384 809 453
E-mail : event@iluvislam.com

Pembayaran boleh dilakukan samada melalui:
  • maybank2u.com
  • CIMB Click
  • mesin deposit Maybank
  • kaunter cawangan Maybank berhampiran
Anda dikehendaki menyimpan resit bukti pembayaran dan dibawa bersama semasa mendaftar. Bagi pelajar, anda diminta membawa bersama kad matrik anda.

Setelah pembayaran dibuat, anda dikehendaki mengisi borang pendaftaran di bawah:

KLIK KLIK KLIK...BORANG PENDAFTARAN

Pertanyaan lanjut sila KLIK KLIK KLIK NAK TANYA...

Tuesday, February 16, 2010

Suami idaman seorg Muslimah

Assalamualaikum....

Apa khabar sahabat2 sekalian...bagaimana iman kite hari ini?? moga kite sentiasa mempertingkatkan amalan seharian dalam mencapai mardhotillah,insyaAllah...

Alhamdulillah, tahun ni adalah tahun yg sgt menggembirakan...kenapa ye?? kerana ramai teman2 rapat dan saudara mara sy yg mendirikan masjid...Subhanallah, melengkapkn separuh dari agama...

jadi post kali ni sedikit sebanyak terkena tempias dari mereka...ciri2 suami yg diidamkan seorg muslimah...ciri2 suami yg diidamkan oleh penulis blog sndr...^_^

mari kite renungkan dan koreksi diri...bagi yg muslimin, boleh la tukar kepada ciri2 isteri idaman...

* Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.


Baik akhlaknya

Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.


Tegas mempertahankan maruah

Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?


Amanah

Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.


Pemurah tetapi tidak boros

Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.


Tidak liar matanya

Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.


Terbatas pergaulan

Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.


Rakan pergaulannya

Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.


Bertanggungjawab

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.


Tenang wajah

Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

* Luas ilmu pengetahuannya
dgn ilmu yg luas bukan sahaja agama, malah merangkumi bidang2 tertentu adalah sgt bagus. dari situ pendidikan anak2 akan terjamin. pandanglah ke hadapan. betapa pentingnye ilmu itu. bukan utk diri kite sahaja, malahan utk mereka disekeliling kite.


Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.


keluarga bahagia....

sy ambil ciri2 ni dari blog seorg sahabat muslimin...syukran ke atas pemilik blog PROFESIONAL ULAMA' kerana mengizinkan sy menyalin semula post beliau di dlm blog sy...

Tuesday, February 2, 2010

Apa Khabar Iman ku??


Assalamualaikum....

Apa kabar shbt2 ku sekalian...terutama shbt2 yg sudi follow blog sy...syukran alaik, terima kasih byk2...sudah lame diri ini tidak mencoret kata di sini...hanya copy dan paste info2 yg menarik utk dikongsi bersama shbt sekalian...


Bagaimana iman kite hari ini?? moga semakin kuat dan meningkat dari semasa ke semasa insyaAllah..Alhamdulillah, dapat juga meluangkan sedikit masa utk menulis...melepaskan kerinduan dan meluahkan rasa hati...


Hampir dua bulan sy berPRAKTIKAL, dan sepanjang itu jugalah sy berjauhan dgn shbt2 setarbiyyah...rindunya pada kalian...sejak duduk di rumah, sudah jarang dapat mengikuti ceramah2 seperti di shah alam...kekangan masa dan kepenatan setelah balik dari bkerja menyebabkan rohaniku tidak terisi...


Hampir dua bulan juga sudah meninggalkan usrah...rindunya dgn suasana usrah...rindunya dgn shbt2 seusrah...rindunya tarbiyyah itu...dan rindunya dgn kehidupan di kampus....yg sentiasa dikelilingi shbt utk mengingatkan kite...mengajak dan berjemaah bersama dalam meningkatkan
iman dan ketakwaan kpd Allah..Subhanallah, rindunya sy pada shbt2 sekalian...

Diri ini kadang2 lalai dan leka dgn dunia, sehingga lupa akan tanggungjawab sbg hambaNya...Astaghfirullah, lemahnya imanku...kurangnya amalku...shbt2, walaupun kite berjauhan sentiasa lah berpesan2 pada diri ini...sentiasalah mengingatkan diri ini yg sering lupa...Astaghfirullah.



Ya Allah, aku ini hambaMu yg lemah...jgn biarkan diriku terus hanyut dgn dunia..
Ya Allah, berikan aku keimanan yg teguh, ketakwaan yg jitu... Ya Allah, lapangkanlah dada ku...perelokkanlah akhlakku... Ya Allah, peliharalah diriku ini dari kemaksiatan...aku berserah padaMu ya Allah...

Ya Allah, sampaikan salam kerinduanku buat teman2 ku...
Ya Allah, Kau berikan shbt2 ku kekuatan, dalam menempuhi onak dan duri... Tabahkan hati mereka dalam menghadapi mehnah dan tribulasi... Ya Allah, berilah shbt2 ku ini keimanan yg teguh...sihatkanlah tubuh badan mereka... Sesungguhnya aku mengasihi shbt2 ku keranaMu ya Allah... peliharalah shbt2 ku ini...dan lindungilah mereka dari segala fitnah dunia...

tuju khas buat shbt2 mawar dan shbt2 uitm

Hadiah Menarik Menanti Anda!!

Pertandingan Design 'Say No to Valentine's Day'


iLuvislam.com membuka peluang kepada sahabat-sahabat untuk menyerlahkan kreativiti masing-masing dengan mereka bentuk design 'Say No to Valentine's Day' atau 'Katakan Tidak Pada Hari Valentine'.

Pertandingan ini dibuka kepada semua(termasuk krew iluvislam.com) dan pemenang(seorang bagi setiap kategori) akan menerima hadiah RM 100 dan langganan majalah daripada Karangkraf.


Kategori 1 (Testi/E-Kad)
Saiz design : 500px × 375px

Kategori 2 (Wallpaper)
Untuk kategori ini, peserta hendaklah menghantar 2 design, bersaiz :
  • 1024px x 768px (Normal)
  • 1280px x 960px (Wide Screen)

Kategori 3 (Poster)
Saiz Design : 24 x 36 inci
Poster berbentuk potrait

Syarat umum :
  1. Setiap design mesti diletakkan logo asal iluvislam.com dalam setiap design.
  2. Logo iluvislam.com tidak boleh diubah bentuk, kecuali warna logo.
  3. Design hendaklah dihantar dalam bentuk asal dan pdf file, samada :
  • Photoshop(psd) file dan pdf file
  • Illustrator(ai) file dan pdf

Tarikh akhir penyertaan adalah :
15 Februari 2010

Penyertaan anda perlulah dihantarkan melalui email kepada
contest@iluvislam.com