Tuesday, November 30, 2010

Indahnya Perjalanan disulami Tarbiyyah

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke Rabbul Izzati atas kasih sayangNya, kita semua masih diberi sedikit pinjaman usia di bumi yang sementara ini. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad S.A.W, kaum keluarga baginda dan para sahabat. Post kali ini, mengisahkan permusafiran ana dan sahabat-sahabat dalam memenuhi undangan walimah Kak Ain, di Kuala Terengganu.

Sebelum itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kekanda saya, Noraini Fauzi atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ain, sempena pernikahan beliau yang berlangsung pada 20 November 2010 di Kuala Terengganu. Semoga Kak Ain dan suami melayari bahtera baitul muslim dalam Redha ALLAH. Alhamdulillah... meraunglah syaitan laknatullah atas terbinanya satu lagi baitul muslim dalam kerangka meninggikan syariat Islam dan melahirkan pejuang-pejuang agama ALLAH..

Barakallah hu lakum.. ^_^

Kisah di sebalik perjalanan ke Kuala Terengganu yang akan saya kongsikan dengan semua, moga ada manfaatnya yang boleh diambil. Insya-ALLAH... Cuma apa yang ingin dikatakan, setiap kesulitan yang ALLAH S.W.T berikan pasti ada seribu hikmah di sebaliknya. Singkaplah dengan menggunakan mata hati, pasti kita merasai betapa kasih dan sayangNya ALLAH pada kita semua. ^_^

P/s: Perjalanan kami ke Terengganu walaupun dua kereta, hakikatnya semuanya perempuan...Ramai yang risau kerana perjalanan kami yang jauh tanpa insan bergelar lelaki sebagai Mas'ul perjalanan kami...

Antara resolusi yang dapat disimpulkan sepanjang permusafiran kami ialah.. :

1. Setiap kereta perlulah mempunyai jumper. Kalau dapat yang besar lagi bagus. =) Akhirnya, kami dapat juga mengetahui cara-cara menggunakan jumper.. Alhamdulillah...
Kereta vitara breakdown kul 5++ pagi exactly sebelum masuk highway...Alhamdulillah... masalah bateri kata mekanik...
2. Mengenali bateri kereta dengan betul.
Dah tahu dah...Kenapa kereta vitara kerap mati enjinnya...Sebab: altenator kereta tidak berfungsi...Altenator ini penting utk mengecas bateri kereta ketika bergerak. Tanpanya, cas bateri akan berakhir jua...pakai jumper pun dah tak boleh...akhirnya kami berhenti 3-4 jam di workshop di Gambang....hehe
3. Kita perlulah mengenali orang lain. Tidak bersifat asabiyah.. Orang selangor hanya kenal orang selangor sahaja. Luaskan kenalan anda. Tapi yang sama jantina lar.
Mula-mula kehadiran Encik Salleh(muslimin PMH) menyelamatkan keadaan kami daripada dikenakan cas oleh 'kereta tarik'...at least kami kenal encik Salleh...Lagi satu, perjalanan kami ke Terengganu dan usaha kami mencari chalet dibantu oleh kak Ayu (user iLuv Islam), kawan kak Masyitah yang sekali pun mereka tak pernah jumpa! Hebatkan ukhuwah kerana ISLAM!!!
4. Jangan mudah mempercayai orang dan jangan pula terlalu bersangka buruk pada orang. ^_^
Bila kereta rosak, pihak A kata minyak hitam n starter plug rosak, B kata bateri rosak, tapi sebetulnya altenator yg rosak!!! mungkin ada kaitannya...Jadi setiap info haruslah ditapis dan dianalisis, bukan ditolak atau diterima bulat2...
5. Ilmu yang tertentu bukan untuk orang tertentu. Hmm.. sebagai contohnya, ilmu tentang kereta bukan untuk student mekanikal je. Semua orang boleh mengetahui sesuatu ilmu itu. Contohnya, dalam trip kali ni student multemedia, law n marketing student pun dah pandai guna jumper.. ^_^
Ilmu Allah itu luas....maka...dalaminya sementara masih ada peluang...Dan juga, Usaha dan Kebolehan dalam sesuatu bidang walaupun tiada minat adalah lebih baik daripada minat yang mendalam tapi tiada upaya melakukannya...Minat boleh dikecapi kemudian...
6. Ilmu itu bukan untuk simpanan semata-mata, tapi perlulah di praktikkan. Sebagai contohnya, student mekanikal bukan setakat perlu mengetahui teori tentang enjin kereta, tetapi ianya mestilah dapat di praktikkan. (Ok Mimah...? hehe..)

7. Setiap musibah yang berlaku ada sebabnya. Sebagai contoh dalam trip kali ini, kereta rosak ketika hampir waktu solat. Ketika waktu subuh, dan dhuha. ALLAH nak ingatkan kita semua supaya sentiasa dekat denganNya. Kalau tak rosak, mungkin kita akan tinggalkan solat dhuha kan..? Alhamdulillah...
Allah sayangkan kami...sedangkan kami bercadang nak solat Subuh lewat sedikit yakni ketika di perhentian Genting Sempah...Kalau kereta tak rosak, kami tak berhenti solat Dhuha pun...
8. Perempuan pun boleh handle kereta ketika rosak.. ^_^
Bila kereta vitara rosak, dan yang keluar dari dua2 buah kereta adalah perempuan, bertudung labuh plak tu...Maka kaum lelaki seolah-olah mengatakan "Boleh ke diorang buat ni??" Macam2 teori keluar daripada mulut mereka dan akhirnya, pelajar 'business' yang berjaya hidupkan kereta itu..hehe...semuanya atas izin Yang Maha Esa!!!
9. ALLAH always with us... ^_^ Nilailah setiap kejadian dengan mata hati, pasti ada seribu hikmah untuk kita renungi. Bak kata Fatimah, kita tengah dikursuskan oleh ALLAH.

Selamat juga sampai walau mengharungi pelbagai rintangan..

DAN KAMI.....

APA YANG TERJADI PADA KAMI SETERUSNYA....???

KECEWA....?

SEDIH...??

JENG... JENG... JENG...

Terasa manisnya ukhuwwah itu. Tak gitu sahabat-sahabat sekalian..? Hehehe.. Alhamdulillah, dah dapat mengenali sahabat-sahabat. Apa kesukaan mereka, apa yang mereka inginkan... (terutamanya hadiah ketika walimah mereka.. ahaha...), dapat mengetahui ragam mereka bila penat, sedih dan sebagainya.


Alhamdulillah...kami cuba memenuhi sabda Rasulullah yang mengatakan permusafiran adalah salah satu alternatif untuk mengenali sahabat...Ya Allah...sgt indah sekali kursus yang telah ENGKAU tetapkan ini... Amiiin Ya Rabb!!!
Indahnya nikmatMu Ya ALLAH...
Ameen.

p/s : buat ahli trip sekalian, Nur Ilyani, Hamidah, Hafsah, Kak Aqilah, Fairuz, Syamimi, Fatimah, Amirah dan Nadhirah... Ana mohon maaf atas segala kekurangan ana sebagai sahabat antunna. Maaf atas kata-kata yang mengguris hati, kelakuan yang tidak disenangi, dan bermacam-macam lagi kekhilafan ana selaku hambaNya yang serba lemah. Jika ada sebarang tuntutan terutamanya dari segi kewangan, sila tuntut pada ana secepatnya. Ana takut antunna tuntut di akhirat kelak. Jadi, tuntutlah pada ana di dunia yer. Last but not least, luv all of u Lillah hi Taala. ^_^

Jumper... Jumper... Jumper...!!!


Kereta vitara dan wira yang digunakan dalam permusafiran kami...
kiri: nilah rupa alternator kereta kanan: Rupa bentuk jumper...

P/s: disebabkan kekangan masa, entry yg sepatutnya ditulis sndr dgn perasaan yg sgt excited tidak dpt ditunaikan...dan akhirnya terpaksa juga menCOPY dari shbt2 lain...Syukran buat penulis asal entry ini adikku syg ilyani & co-pilot sepanjang perjalanan fatimah...

Friday, November 26, 2010

Musafir ke Vietnam...


permusafiranku baru bermula, KLIA...


Assalamualaikum…apa kabar shbt2 sekalian?? Bagaimana iman kita hari ini?? Moga kita sentiasa berada dlm taufiq dan inayahNya…sudah lame sy tidak mencoret sesuatu di laman sesawang ini, rindu rasanya…namun apakan daya, kekangan masa dan ketiadaan laptop menyebabkn penulisan di blog ini terhenti seketika…

Alhamdulillah, Alhamdulillah….dengan izinNya, sy dapat meluangkan masa utk menulis di sini…entry kali ini berkenaan percutian sy di Vietnam…dgn izinNYA jua, sy berpeluang utk menjejakkn kaki ke Negara itu…melihat dan mempelajari adat dan budaya orang lain…seronok, sangat seronok….

Percutian sy kali ini ditemani oleh sepupu2, makLong & pakLong, pakTeh & makTeh…menariknya di sana kerana barangan yg sangat murah seperti pakaian, peralatan dapur, perhiasan rumah…dan uniknya Vietnam, mereka sgt kreatif dan byk menghasilkan barangan dgn menggunakn seni yg halus….cantik, Subhanallah hebatkn hamba yg diciptakan Allah di bumi Vietnam ini….


salah satu seni bina di vietnam...

Sepanjang di Vietnam, sempat juga kami melawati beberapa tmpt bersejarah seperti muzium dan Mekong river …hm, sedih juga bila membaca fakta ttg peperangan yg berlaku di Vietnam…betapa bertuahnya kita, walaupun pernah juga dijajah namun tidaklah seteruk yg berlaku di Vietnam sehingga kesan peperangan itu mengakibatkn kecacatan fizikal yg sangat dasyat…(nk tau lebih lanjut, baca history of Vietnam war)

Berada di Vietnam, hari2 kami lebih byk dihabiskan dengan shopping….pagi, petang dan malam…agak memenatkn juga, kerana berjalan dan terus berjalan…sepanjang kami meneroka pasar2 di Vietnam, sy dpt memerhatikn adab org vietnam dlm berurus niaga…mereka sgt bersungguh2 utk menarik pelanggan (sampai tgn2 kita ditarik2nya…)…cume agak terkilan kerana, mereka sgt kasar jika kita duduk di depan kedai mereka tanpa membeli apa2..mereka dgn selamba menolak kita agar jauh dari kedainya…huhu…sabar je la…

Bak kata sepupu sy...syukurnya kita jd rakyat malaysia...knp ye?? kerana keadaan di sana agak tidak teratur dari segi trafik lalulintasnya yg sangat sibuk...huhu...nk melintas jalan tu, mg kena siap2 la mengucap...dan pengguna motosikal paling ramai di vietnam (siap ada lane motosikal yg sama besar dgn lane kereta...)

Vietnam adalah tempat shopping bg kaum wanita...kerana kain yg sgt murah dan baju2 kurung yg sudah siap jahit dgn dipenuhi manik2 yg sgt cantik...murah murah dan murah....dpt la sy beli 5 pasang jubah (lg murah dari PKNS, S.Alam)...huhu..jauhkan perjalanan, luaskan pemandangan, menikmati setiap ciptaan ILAHI....Subhanallah, maha hebat DIA....open ur eyes...=)



salah sebuah butik yg dikunjungi...



di muzium...khusyuk membaca fakta...