Sunday, December 16, 2012

Baitul Muslim yang Diimpikan



Assalamualaikum.. Lama sungguh tak menjenguk ke blog yg dah bersawang ni.. Allahu Rabbi, rindunya.. Masa berlalu begitu pasti, entry terakhir sy bertarikh 9 june 2011.. lebih kurang setahun lebih sy tidak mencoret ape2 di laman ini disebabkan kekangan masa dan tanggungjawab yg bertambah (ye ke? alasan je ni..hehe)..

Masyitah Az-Zahra binti Miswar, Alhamdulillah telah selamat diijabkabulkan dgn Encik Mohammad mukrim bin yusof pada 26/11/2011 bersamaan 30 zulhijjah 1432..kini, telah dikurniakan seorang cahaya mata mujahidah yg comel lagi solehah yg lahir pada 9/9/2012 serta diberi nama Muneefa Solehah binti Mohammad Mukrim.. Alhamdulillah ala kulli hal, Allahu Akhbar! hebat kan perancangan Allah...


Merancang utk mendirikan rumah tangga dalam usia muda, Allah perkenankan.. Alhamdulillah.. Dan dengan izinNya juga, walaupun sy dan suami masih dalam proses mengenal diri dan hati budi masing-masing, kami dikurniakan pula cahaya mata yg comel.. Allahu Akhbar! Hebatkan DIA.. Dalam sibuk utk belajar dan memegang pangkat seorang isteri, Allah hantarkan pula lagi satu pangkat, UMMI..


Alam perkahwinan memang berbeza dgn sebelumnya.. Memang indah, tapi bukan sepanjang masa..Masih ada pahit maungnya.. Rajuk dan tawa menjadi penyeri, kematangan menjadi tunjang keharmonian.. Kelangsungan dakwah dan gerak kerja juga cuba diseimbangkan.. dalam usia perkahwinan kami yg masih setahun jagung ini, banyak yg perlu dipelajari.. Masih byk yg perlu dipertingkatkan lagi dalam diri..


Perkahwinan bukan utk sehari dua, tapi biar hingga ke hujung nyawa dan membawa ke syurga.. Biarlah matlamat perkahwinan kita jelas, bukan utk keseronokan sahaja tapi bersedia menghadapi ujian dan dugaan , agar kelak dapat melahirkan generasi Rabbani.. Matlamat sy dalam membina Baitul Muslim, agar kelangsungan gerak kerja sy dalam jemaah bertambah kencang dan dapat melahirkan kader-kader yg hebat demi menegakkan syiar islam..Allahu Akhbar!


Sesungguhnya cita-cita dan angan-angan itu senang utk diukir dan diucap tapi sukar utk direalisasikan... Semoga sy dan juga mukmin yg lain dapat merealisasikan impian baitul muslim kalian dengan sokongan dan dokongan dari pasangan masing-masing.. Perkahwinan bukan hanya kita, tapi ia melibatkan  SAYA, AWAK DAN ORANG SEKELILING... Setiap dari kita yg terlibat perlu memainkan peranan yg penting dalam merealisasikan baitul Muslim itu..


Dedikasi buat imam sy, yang menjadi jambatan utk sy ke syurga.. Cerita Baitul Muslim kita masih panjang.. Terlalu byk yg perlu kita pelajari.. semoga Abang terus bersabar dan bertabah melayan kerenah makmum ini yg kdg2 tak terduga perangainya.. Syg masih dalam proses pembelajaran, kdg2 ada tersilap, kdg2 ada terlatah, dan kdg2 gagal mengaplikasikan apa yg dipelajari.. Semoga Abang tidak jemu utk terus membimbing dan membetulkan kesilapan dan memaafkan segala ketelanjuran.. Diri ini sangat mendambakan gelaran SOLEHAH dan ketua bidadarimu di syurga.. Sama-sama kita pelajari dan telusuri Baitul Muslim Rasulullah s.a.w, semoga kita beroleh syafaat baginda.. Doaku setiap waktu, semoga imamku terus diberi keberkatan dan kenikmatan atas segala kebaikan dan penat lelah membanting tulang utk kami.. dan semoga kita sama-sama dapat membina biah solehah serta melahirkan generasi Rabbani.. ^_^


ok, penat dah menulis walaupun dalam otak byk sgt nk diperkatakan..setiap yg ditulis sebenarnya lebih ditujukan pada diri sendiri agar dapat menjadi insan yg lebih baik dari sebelumnya..Ya Allah, ampunkan dosa kami, kurniakan kami rahmat dan kasih sayangMu agar kami tidak menjadi manusia yg takbur dan lupa akan segala nikmat yg telah KAU limpahkan...amin ya rabb..



   

sy dan suami di sabah
mujahidah kami, muneefa solehah semasa berusia 8 hari.