Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, September 17, 2015

Cepatnya Masa Berlalu

Alhamdulillah ala Kulli Hal,

Cepatnya masa berlalu,
Anak Solehah ummi dah makin besar. Selamat Ulangtahun kelahiran kakak Solehah. Semoga kakak terus menjadi anak yang baik, mendengar kata, berakhlak mulia, faqih dan hafizah. InsyaAllah. Doa ummi buat kakak sejak dilahirkan sehingga sekarang. 

Cepatnya masa berlalu, 
Anak Solehah ummi ni dah petah berkata-kata. Ada sahaja benda yang mencuit hati ummi dan abi. Kadangkala menimbulkan amarah juga. Anak solehah ummi, semoga membesar dengan sihat dan menggunakan kelebihan dalam berkata-kata kearah kebaikan.

Cepatnya masa berlalu,
Anak Solehah ummi dah pandai mengasuh adik. Boleh di harap walaupun di awal kelahiran adik Muaz, kakak agak meragam. Bagusnya kakak, boleh beralah dengan adik walaupun kadang kala nampak riak cemburu di wajah. Tapi kakak tetap sayangkan adik dan tak pernah buat adik. Ummi bangga dengan kakak. Ummi tak pernah risau nak tinggalkan kakak dengan Muaz bersendirian ketika ummi menguruskan diri dan rumah. 

Cepatnya masa berlalu,
Anak Solehah ummi dah makin berdikari. Pandai pakai baju sendiri, mandi sendiri, Dan kadang kala tertidur dengan sendiri tanpa di ulit. Ummi pula yang rasa bersalah, sejak dilahirkan kakak biasa tidur di ulit. Ya Allah, kurniakanlah sifat sabar dan tabah buat anak Solehahku ini. Kakak solehah tetap kesayangan ummi, peneman ummi di kala keseorangan.

Cepatnya masa berlalu,
Anak Solehah ummi yang banyak mengajar ummi untuk menjadi lebih baik dan mencari yang terbaik buat anak-anak. Walaupun ummi tidak dapat beri segala yang terbaik, tapi ummi akan cuba usahakan mana yang boleh. InsyaAllah.



SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE 3 MUNEEFA SOLEHAH.
09.09.2012

Terima kasih Abi, sebab tolong ummi jagakan Muneefa bila ummi mula stress.
Terima kasih abi, sebab tolong jadi kuda dan tempat Muneefa panjat-panjat untuk mengasah skill dia.
Terima kasih abi, sebab ajarkan Muneefa erti berjimat dan menghargai barang.
Terima kasih abi, untuk segalanya buat Muneefa.




Alhamdulillah, sempat sambut birthday kakak solehah dengan family gombak pada 5/9. Hanya potong kek dan makan-makan sahaja. Raikan si kakak yang suka potong kek. hehe. Ingatkan nak buat majlis di Sandakan, jemput kawan-kawan ummi abi, tapi tak sangka abi dapat kursus di KL. Cantik pula aturan Allah. Terima kasih ya Allah. Happy la Nek Ummi cucu balik ke Gombak.
Semoga nukilan ini dapat di baca oleh anak ummi dalam masa beberapa tahun lagi, insyaAllah. =)

Sunat Bayi Lelaki (Khatan)

Assalamualaikum,

Tajuk entry kali ni, skema habis. hehe. Kenapa buat tajuk macam tu? Sebab senang nanti kalau ada orang nak search. Kata kunci yang saya gunakan juga semasa mencari klinik yang boleh sunatkan bayi lelaki. 

Alhamdulillah, pada 7/9/2015, bayi lelaki kami selamat di sunatkan di KLINIK AJWA SEKSYEN 7, SHAH ALAM. Tapi saya terlupa nak tanya nama doktornya. Disebabkan sangat nervous, banyak betul persoalan yang tidak dapat disoal. huhu. Sedih la tengok anak kena sunat, tapi cekalkan hati juga.

Sepanjang pencarian klinik yang bersesuaian, Klinik Ajwa paling murah dan doktornya juga sudah 30 tahun pengalaman sunatkan bayi (bayi pertama adalah anaknya sendiri). Charge yang dikenakan adalah RM130 termasuk ubat. Sebelum ni survey yang paling dekat dengan kami di Gombak, GMC RM300. Tapi tak tahu la mereka guna kaedah apa.

Pelbagai kaedah untuk sunat lelaki sekarang. Makin kurang sakitnya semasa proses sunat, makin mahal harga yang dikenakan. Bergantung pada teknologi. Jadi kami hanya memilih sunat cara biasa dan kos yang berpatutan.

Alhamdulillah, Muaz sembuh sepenuhnya masuk hari ke 7 lepas bersunat. Siap bawa berjalan ke Penang lagi. Subhanallah, kuat betul anak ummi ni. Semoga menjadi anak yang soleh dan cekal menempuhi kehidupan kelak.

Antara sebab-sebab kenapa saya nak sunatkan anak awal:

- Luka mudah sembuh

- Menjaga kebersihan dan dari jangkitan penyakit

- Boleh dukung anak (jika perlu) semasa solat.
 (ada orang kata bayi lelaki tak boleh di dukung semasa solat kerana menanggung najis).

Boleh rujuk ke blog ini tentang sunat ketika kecil---> RUJUKAN

Muaz disunatkan pada malam hari. Selepas disunatkan, Muaz agak tidak selesa dan merengek. Mungkin kesakitan sewaktu kencing. Jadi semalaman ummi tak lena tidur sebab risaukan Muaz. Ummi pangku dan susukan Muaz agar tenang dan dapat mengurangkan kesakitan. Alhamdulillah, keesokan paginya Muaz dah boleh tersenyum bila di agah. Kuatnya Muaz.

Sepanjang tempoh penjagaan selepas bersunat, memang kena berhati-hati. Pampers kena kerap tukar sebab tidak mahu biar lembab lama. Agar luka cepat sembuh. Tempat luka tu doktor pesan hanya lap dengan wipes @ kain lembab, jangan dibasuh. Supaya luka cepat kering. Cumanya Muaz dah besar sikit, jadi bila dia buang air besar agak banyak, Ummi tetap basuh dengan air (Muaz sensitif kalau lap dengan wipes, kulitnya cepat merah). Semasa basuh, elakkan kena pada tempat sunat, hanya basuh bahagian belakang punggung. Tempat sunat tu Ummi lap dengan wipes dan kain lembap.

Nak dukung pun kena hati-hati sebab kalau salah posisi takut bayi kesakitan. Salah satu sebab elok buat masa bayi baru mungkin kerana kurang pergerakan lagi. Muaz dah 2 bulan lebih masa disunatkan, agak aktif juga dan tidak suka berbaring lama.

Kami sapukan antiseptik yang doktor bagi untuk 3 hari pertama. Selepas luka dah kering dan tiada darah, saya sapukan minyak but-but dan minyak wan muda pula. Alhamdulillah, hari ke 5 jahitan mula tanggal. Lepas jahitan dah tanggal tu barulah lega hati ummi. hehe. Kalau tak, memang sentiasa risau, hati ibu mana la yang tak risau tengok anak kan.

Alhamdulillah, finally ummi dapat dukung Muaz macam biasa. Boleh pakai RingSling semula. yeayy!!

Sayang anak-anak Ummi, Semoga kalian menjadi pejuang agama Allah dan hamba yang bertaqwa. Jom masuk syurga sama-sama, insyaAllah. =)

Wednesday, September 2, 2015

Amanah Allah buat Ummi & Abi

Alhamdulillah ala kulli Hal,

Lamanya tak buka blog ni, rindu rasanya nak menulis. Gagahkan juga luangkan masa untuk aktifkan semula blog ni. Semoga setiap coretan menjadi kenangan dan rujukan buat saya dan anak-anak kelak, insyaAllah.

Pengumuman khas, Alhamdulillah kini kami sudah bertambah keahlian. Dikurniakan anak Soleh yang diberi nama Muaz As Syafie. Dilahirkan pada 22 Jun 2012. Allahu Akhbar! amanah Allah buat kami. Ummi kena asah lagi 'skill parenting'. Setiap ibubapa pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak. Ummi tidak terkecuali.

Alhamdulillah, kakak Solehah juga akan genap 3 tahun pada 9 september ni. Makin cerdik dan pandai berkata-kata. Penghibur hati ummi dan abi, walaupun kadangkala menguji kesabaran kami. Allahu Rabbi! Amanah! Amanah! Ingatlah anak-anak ini amanah. Ibubapa yang mencorakkan mereka.

InsyaAllah ummi akan cuba luangkan masa mencoret lagi.

Sunday, December 16, 2012

Baitul Muslim yang Diimpikan



Assalamualaikum.. Lama sungguh tak menjenguk ke blog yg dah bersawang ni.. Allahu Rabbi, rindunya.. Masa berlalu begitu pasti, entry terakhir sy bertarikh 9 june 2011.. lebih kurang setahun lebih sy tidak mencoret ape2 di laman ini disebabkan kekangan masa dan tanggungjawab yg bertambah (ye ke? alasan je ni..hehe)..

Masyitah Az-Zahra binti Miswar, Alhamdulillah telah selamat diijabkabulkan dgn Encik Mohammad mukrim bin yusof pada 26/11/2011 bersamaan 30 zulhijjah 1432..kini, telah dikurniakan seorang cahaya mata mujahidah yg comel lagi solehah yg lahir pada 9/9/2012 serta diberi nama Muneefa Solehah binti Mohammad Mukrim.. Alhamdulillah ala kulli hal, Allahu Akhbar! hebat kan perancangan Allah...


Merancang utk mendirikan rumah tangga dalam usia muda, Allah perkenankan.. Alhamdulillah.. Dan dengan izinNya juga, walaupun sy dan suami masih dalam proses mengenal diri dan hati budi masing-masing, kami dikurniakan pula cahaya mata yg comel.. Allahu Akhbar! Hebatkan DIA.. Dalam sibuk utk belajar dan memegang pangkat seorang isteri, Allah hantarkan pula lagi satu pangkat, UMMI..


Alam perkahwinan memang berbeza dgn sebelumnya.. Memang indah, tapi bukan sepanjang masa..Masih ada pahit maungnya.. Rajuk dan tawa menjadi penyeri, kematangan menjadi tunjang keharmonian.. Kelangsungan dakwah dan gerak kerja juga cuba diseimbangkan.. dalam usia perkahwinan kami yg masih setahun jagung ini, banyak yg perlu dipelajari.. Masih byk yg perlu dipertingkatkan lagi dalam diri..


Perkahwinan bukan utk sehari dua, tapi biar hingga ke hujung nyawa dan membawa ke syurga.. Biarlah matlamat perkahwinan kita jelas, bukan utk keseronokan sahaja tapi bersedia menghadapi ujian dan dugaan , agar kelak dapat melahirkan generasi Rabbani.. Matlamat sy dalam membina Baitul Muslim, agar kelangsungan gerak kerja sy dalam jemaah bertambah kencang dan dapat melahirkan kader-kader yg hebat demi menegakkan syiar islam..Allahu Akhbar!


Sesungguhnya cita-cita dan angan-angan itu senang utk diukir dan diucap tapi sukar utk direalisasikan... Semoga sy dan juga mukmin yg lain dapat merealisasikan impian baitul muslim kalian dengan sokongan dan dokongan dari pasangan masing-masing.. Perkahwinan bukan hanya kita, tapi ia melibatkan  SAYA, AWAK DAN ORANG SEKELILING... Setiap dari kita yg terlibat perlu memainkan peranan yg penting dalam merealisasikan baitul Muslim itu..


Dedikasi buat imam sy, yang menjadi jambatan utk sy ke syurga.. Cerita Baitul Muslim kita masih panjang.. Terlalu byk yg perlu kita pelajari.. semoga Abang terus bersabar dan bertabah melayan kerenah makmum ini yg kdg2 tak terduga perangainya.. Syg masih dalam proses pembelajaran, kdg2 ada tersilap, kdg2 ada terlatah, dan kdg2 gagal mengaplikasikan apa yg dipelajari.. Semoga Abang tidak jemu utk terus membimbing dan membetulkan kesilapan dan memaafkan segala ketelanjuran.. Diri ini sangat mendambakan gelaran SOLEHAH dan ketua bidadarimu di syurga.. Sama-sama kita pelajari dan telusuri Baitul Muslim Rasulullah s.a.w, semoga kita beroleh syafaat baginda.. Doaku setiap waktu, semoga imamku terus diberi keberkatan dan kenikmatan atas segala kebaikan dan penat lelah membanting tulang utk kami.. dan semoga kita sama-sama dapat membina biah solehah serta melahirkan generasi Rabbani.. ^_^


ok, penat dah menulis walaupun dalam otak byk sgt nk diperkatakan..setiap yg ditulis sebenarnya lebih ditujukan pada diri sendiri agar dapat menjadi insan yg lebih baik dari sebelumnya..Ya Allah, ampunkan dosa kami, kurniakan kami rahmat dan kasih sayangMu agar kami tidak menjadi manusia yg takbur dan lupa akan segala nikmat yg telah KAU limpahkan...amin ya rabb..



   

sy dan suami di sabah
mujahidah kami, muneefa solehah semasa berusia 8 hari.

Thursday, June 9, 2011

Special for You

Assalamualaikum...apa kabar shbt2 sekalian? semoga terus berada dalam nikmat iman dan islam...insyaAllah...=)

Sudah hampir dua bulan tidak mencoret di blog...Alhamdulillah, hari ini mempunyai masa yg agak lapang...sepanjang dua bulan, pastinya pelbagai perkara dan peristiwa yg telah berlaku dalam kehidupan seharian sy...insyaAllah, sudah dipilih 1 peristiwa yg ingin dikongsi bersama shbt2 sekalian...

Alhamdulillah pada 3 jun yg lepas, sepupu kesayangan sy telah selamat mendirikan masjid...pada mulanye x terasa pun sedih, mgkn sbb sibuk2 dgn kenduri...tapi setelah kenduri semua selesai, mengalir air mata...bukan mengalir seketika, namun agak lame...mgkn kerana emosi x stabil dan terasa kehilangan (kak uyan, mst tau sbb apa kn?? =p)

hm, malas nk menaip panjang....jom membaca sambil melihat gambar...=)

kak uyan & abg padli....ya Allah, redhailah mereka...


majlis khatam quran, sblm akad nikah....cube teka, mn pengantin? huhu..kenangan terakhir sebelum kak uyan bergelar isteri...=)


ina, sy dan kak uyan...hm, boleh ke lagi mcm ni? ahli BBC...harapnye tiada ape yg berubah...still snap snap and snap...we love snaping together...=D


Genting Highland..x tercapai hajat nk pergi lagi skali sebelum bertukar status...lepas ni nk g x kak uyan?? jom3, support org...hehe

kak uyan, badrul amin & sy...
lepas ni kita bgambar mcm ni dgn anak kak uyan la ye?? huhu...


sedikit sebanyak gambar kenangan bersama kak uyan semasa beliau masih bujang...jangan menangis plak ye kak uyan baca entry blog ni...dedikasi khas utk kak uyan...sorry x dpt bagi hadiah yg besar2...harap hadiah yg diberikan dpt dimanfaatkan utk kak uyan, abg padli & anak2 nt...hehe

terima kasih sebab sudi jadi pendengar setia...melayan cerita budak2 org...zaman sekolah, zaman matriks...mgkn zaman uitm saje kita dh mula kurang bcerita...apa2 pn, org x pernah lupe jasa baik kak uyan...beruntungnye kalo org ada kakak mcm kak uyan...thanks for being my sis...

org happy bila kak uyan dh kawin, sbb skrg xde la kak uyan merungut xde sape nk layan kak uyan bila dtg kL...huhu...sorry for everything, ur are my best cousin ever...but sorry course did not do the same thing to u...but i'm always trying the best for our family...

semoga kak uyan dapat bina keluarga yg sakinah, mawaddah wa rahmah...didiklah bakal2 anak kak uyan sebaik-baiknya...agar mereka menjadi lebih baik dan sempurna daripada zaman kita...org tau kak uyan & abg padli boleh melahirkan generasi yg bertaqwa...jangan sesekali lupe, kita sndr juga perlu terus menimba ilmu...mengikuti ceramah2 agama, membaca byk bahan2 bacaan...insyaAllah...PASTI boleh...=)

u still can call me anytime...but for sure i can't call u at midnight...hehehe...eventhough i always did not pick up my phone when i have slept and busy, but sometimes i do when i knew u need me...=D

one more thing, please don't be so was-was...was-was is syaitan punya pe'el...so, u have to be confident and follow ur heart...Allah will always help HIS slave thru heart...=) love u most, because u are the best cousin that Allah give to me..^_^ THANK YOU ALLAH, and please take care of her and her husband...***

p/s: org sndr pelik kenapa tibe2 nk taip in english...adakah sbb malu nk meluahkan rasa hati? huhu...maaf atas grammar yg tunggang langgang...=p

Saturday, March 5, 2011

Selamat Menghampiri Kematian

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dgn limpah kurniaan rahmat dan kasih sayangNYA diri ini masih bernafas utk menjalankan kehidupan sebagai hamba dan juga khalifah Allah...

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar...hari ini genap usia sy 23 tahun...Allah, selangkah lagi menghampiri kepada kematian...namun diri ini masih lg belum bersedia sepenuhnya utk menghadapi hari itu...sudah cukupkah amal kebajikan ku?? sudah berbaktikah aku kpd kedua ibubapa ku?? apakah sudah ada sumbanganku kpd ISLAM?? Allah, Allah smoga aku terus thabat istiqamah dan terus dalam meneruskan pencarian dan mencapai redhaMu ya Allah...=)


Orang yang hidup untuk akidah ini (Islam) , kehidupannya luas dan panjang."

[As-Syahid Sayyid Qutb rahimahullah]

"Orang yang bijak adalah orang yang mengolah seni kematiannya."
[As-Syahid Imam Hasan Al-Banna]


sedikit coretan dan perkongsian utk tatapan shbt2...utk dijadikan kenangan buat masa akan datang, insyaAllah..(^_^)

Alhamdulillah, seawal 3/3 lg sudah masuk msg di h.phone dari adik tersayang nur ilyani mendoakan dan mengucapkan slmt ulangtahun...she's the first...hehe...syukran yani, moga ukhuwah dan kasih syg antara kita terbina atas dasar keimanan dan ketaqwaan kpdNYA dan berkekalan hingga ke syurga...amin..

dan keesokan malamnya 4/3, sy menerima 2 org tetamu kak saidah dan ina...Alhamdulillah, smoga kedatangan mereka membawa rahmat kpd keluarga sy...tepat pukul 12 malam, ina nyanyikan lagu happy birthday to me..oh, sgt terharu...dan x lupe juga buat shbt2 yg x putus2 mendoakan dan memberi ucapan di wall fb...syukran jazilan, doakan buat kalian juga agar dirahmati dan diberkatinya...

5/3, seawal 5 pagi sudah bangun utk mengadap sang pencipta....dan kemudian bersahur, gagahkn diri juga utk berpuasa sunat pada hari kelahiran ku tanda bersyukur...walaupun byk godaan, hehe...kemudian, selepas subuh menghantar makcikku ke kL sentral dan 2 org tetamu itu ke setiawangsa (mereka akan ke shah alam menghadiri program iluvislam)...walaupun pertemuan kami singkat, namun kemesraan itu tetap terjalin erat...Alhamdulillah..pulang ke rumah utk bersiap sedia ke meeting guru2 pasti...oh, sepatutnya sy akan bersama ina n kak saidah namun perlu mengorbankan event iluvislam dan mengutamakan PASTI..PASTI tercinta (^_^)V

Sdg bersiap2, menerima msg bergambar dari kak su (salah seorg guru PASTI)..Allahu Rabbi, terkejut juga...PASTI kami dipecah masuk...namun tetap bersyukur Alhamdulillah, tiada kehilangan dan kecederaan yg berlaku...bertubi2 panggilan masuk dari cikgu yati dan ustaz azim..risaukan keadaan itu kerana mereka berada di luar kawasan...berjanji kpd mereka2, sy akan menjenguk ke sana selepas meeting...

Sebelum keluar rumah, bersalam dulu dgn umi dan ayah...sgt terharu pagi ini, masuk2 je bilik mereka umi pun berkata "hari ni besday kakak la, happy besday" dan diiringi dgn nyanyian lagu (terasa mcm budak kecik plak)...bersalam pula dgn ayah...(sudah menjadi rutin ku, sblm keluar rumah bersalam dan mencium pipi umi & ayah...smoga itu menjadi salah satu pengikat kemesraan kami...amin)

Meeting guru tamat pukul 12 lebih...terus bergegas ke PASTI...melihat keadaan sekeliling dan kak su menunjukkan kesan2 pintu yg dikopak...ya Allah, istighfar pnjg...smoga si pencuri diberi hidayah...dan mendoakan keselamatan penghuni PASTI...alang2 di sana, sy menunggu kehadiran ustaz suhaimi..Alhamdulillah, setelah ustaz smp dan melihat2 keadaan bersama 2 org pemuda lain...mereka keluar utk membeli barang bg menggantikan pintu2 yg rosak...usaha utk mengelakkan kecurian itu berlaku lg dan selebihnya berdoa dan bertawakal kpd Allah...

sblh ptgnya ke rumah nenek...Berbuka puasa di rumah nenek...menerima ucapan dan doa dari makcik dan pakcik dan x kurang juga yg menghulurkan hadiah (berupa wang...huhu) dan nenek pulang menghadiah seutas gelang tangan...dan sebelum berbuka, menerima panggilan hangit dari adik2 MAWAR (fairuz, hafsah, yasmeen, adibah, azimah, syakilla, & mimie)...dan mereka menyanyikan lagu beramai2!!! terharu dan gembira...Allah, adik2 ini masih ingatkn kakak yg sudah jauh dan jarang menjenguk mereka...smoga dpt ketemu jua..mcm biasa la soalan cepumas, akak bila nk kawin?? hehe...insyaAllah insyaAllah...bln 11 ni ye...tu pun kalo dh jmp calonnye...=p

Alhamdulillah, sgt murah rezeki hari ini..menerima hadiah dan doa2 shbt...sy sygkan keluarga besar ini dan juga shbt2 yg dirindui...ya Allah, rahmatilah kami...dlm keluarga besar sy ada 3 org yg menyambut ulangtahun kelahiran pd bulan 3...jadinya kami kongsi duit utk membeli pizza...seronoknye bila dpt berkumpul beramai2...=) Alhamdulillah, hari yg agak istimewa bg diri ini berlalu dgn penuh kegembiraan walaupun ada juga terselit duka (perkara yg menimpa PASTI)...

buat shbt2 yg terus mendoakan diri ini, smoga kalian diberkati dan dirahmati Allah...antara doa2 yg paling kerap didoakan oleh shbt2:

-smoga panjang umur, dimurahkan rezeki
-semoga bertemu suami soleh, dan cepat dapat jodoh...huhu

amin amin...sebenarnye diri ini sdg dlm proses memperbaiki diri menjadi solehah... mempersiapkan diri utk menjadi seorang anak dan isteri solehah, ibu yg dpt mendidik anak2 menjadi soleh wa muslih dan juga menjadi muslimah alimah suffiyyah harakiyyah...insyaAllah... tidak hanya berdiam dan melihat, tetapi bergerak dan berjuang utk menyambung rantai perjuangan rasulullah...Allahu Akhbar!! doakan ye shbt2...(^_^)V

Wahai orang-orang yang beriman, sabarlah kamu (dalam menegakkan agama Allah) dan sabarlah kamu dalam perjuangan menghadapi musuh (hawa nafsu) dan tetap teguhlah kamu (dalam barisan perjuangan) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, moga-moga kamu mendapat kemenangan. (Ali Imran: 200)

Wednesday, May 12, 2010

Hari Ibu disambut meriah


Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang...

Hari ibu baru beberapa hari berlalu..namun rasanye masih belum terlewat utk mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat semua insan yg bgelar ummi, mak, ibu, mama, mummy, dan seangkatan dgnnya...

Alhamdulillah, sempena hari ibu keluarga besar sy bkesempatan meluangkan masa bersama utk menyambut hari ibu di rumah nenek...semua anak2 nenek bkumpul...mak long, mak ngah, ummi, pak teh, ude, atam, ayah gee, dan ucu bersama family masing....cume yg tiada hanya ayah chik dan isteri kerana mereka skrg di australia...

Dan paling menggembirakan, ke semua 24 org cucu nenek dan seorang cicit ada pada hari itu...kak e'a, kak uyan, kak oyuy, asyraf, ami, sy, huda, ina, nisha, muhsin,tasyrif, wani, maryam, jimmy, izyan, izlyn, aina, tisya, qistina, badrul, khairul, sabrina, najla dan farisa (cicit)..meriah dan sangat meriah...seronok rasanya bkumpul beramai2 bgurau senda dan gelak ketawa melihat gelagat sepupu2 yg kecil dan comel...

Macam ade kenduri d rumah nenek...dgn makanan yg pelbagai dan 2 biji kek (1 utk hari ibu dan 1 lg utk sambutan ulangtahun kelahiran qistina, izyan n izlyn) sungguh x tergambar perasaan di hati ini...nenek juga sibuk ke hulu ke hilir melayan kami...terbalik kan?? nenek sememangnye tidak boleh duduk diam..semua kerja dia yg nk buat, tp nenek slalu kena tegur dgn anak2 agar brehat dan jgn byk buat keje..NEK, KAMI SYGKN NENEK..KAMI PERLUKAN NENEK...NENEK KEKUATAN KAMI..JAGALAH KESIHATAN NENEK YE..BIARLAH CICIT2 NENEK SETERUSNYA MASIH BEPELUANG MELIHAT MOYANGNYA....=)

Sedang kemeriahan berlangsung di luar, sy duduk di dlm bilik solat bersama seorg sepupu yg amat rapat..kami berbual ttg beberapa perkara...dan timbullah perkara ttg family..sememangnya family sy biasa2 saja...bknlah berlatarkn agama yg kuat..sekadar pengetahuan namun tidak di aplikasikan...sy luahkn isi hati kpd sepupu sy...sygkn family ini, teramat syg...dan sy tidak mahu kami hanya bersama di dunia saja...



Sy menangis, menangis kerana tiba2 fikiran sy fokus kpd family sy..fokus kepada apa yg akan berlaku kpd kami di akhirat kelak...takut nya ya Allah, sangat takut...gerun rasa nya bila memikirkan hari pembalasan...bagaimana agaknya keadaan kami?? adakah kami masih dikumpulkan di tempat yg sama?? adakah kami masih boleh menikmati kemanisan di syurga itu bersama?? ya Allah, sesungguhnya daku sangat risau...tolong la ya Allah, peliharalah keluargaku...jauhkanlah kami dari azab neraka Mu...

Ya muqallibal Qulub...Aku bermohon kepada Mu, peliharalah keluarga ku dari siksa kubur...jauhkanlah kami dari tipu daya dunia dan jgn biarkn kami terus lalai dan leka dgn dunia ini...kembalikan lah kami kepada fitrahMu ya Allah...Kau yg Maha mendengar lagi Maha mengasihani...elokkanlah akhlak kami, jadikanlah kami anak2 yg soleh dan solehah...jauhkanlah kami dari persengketaan antara kami..berikanlah kami kekuatan dalam mencari makna kehidupan seorang mukmin ya Allah...

Buat ahli keluargaku sekalian....dgn bersaksikan Allah yg maha Kuasa sesungguhnya diri ini sangat mengasihi kalian...sangat menyayangi kalian kerana Allah...marilah kita sama2 membina keluarga bahagia di dunia dan diakhirat...keluarga yg diredhai Allah sentiasa...adakah kita sanggup melihat salah seorang dari kita nt terseksa di akhirat kelak?? adakah kita hanya ingin kegembiraan ini berakhir di dunia sahaja??

Mgkn org x kuat utk menegur kalian secara hadapan kecuali dgn mereka2 yg sgt rapat dan sentiasa berkongsi rasa...sememangnya diri ini juga masih banyak kekurangan dan byk kelemahan...marilah kita sama2 perbaiki diri ini utk menjadi mukmin sejati dan mencapai keredhaan Allah...insyaAllah....