Monday, March 22, 2010
^^ Istimewanya Mac ^^
Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan utk menulis entry baru di blog yg jarang berupdate ni...utk menyampaikan rasa dan ingin berkongsi bersama sahabat2 sekalian...^_^
ISTIMEWANYA MAC ^^
apakah yg istimewa sgt mac ni? istimewa nye mac ni kerana di dlm bulan ni berhimpunnya hari2 kelahiran insan yg sy syg...insan2 yg rapat dgn sy antaranya kakak2 kesayangan sy dan shbt2 kesayangan sy...selain tu, mac tahun ni juga terselit sejarah2 yg akan di kenang setiap tahun..insyaAllah...
jom review hari2 dlm bulan MAC yg telah dilalui, sedang dilalui dan akan dilalui...^^
1 MAC - atam (makcik) dan kak jang (naqibah kesayangan sy), 2MAC - adik nazrin ESQ.. 3MAC - mak teh, akhi firdaus (krew iluvislam) dan cikgu rosilawati, 5MAC - sy, hajar (shbt FB), dan munirah (sek men gombak setia).., 7MAC - adik haziq ESQ, 8MAC - Nadie (shbt di matriks dahulu), 10MAC - mustaqim dan azzah (sek men gombak setia), 11MAC - shbt kesayanganku syakirah (sek men gombak setia)..,
12MAC - syauqi hariz dan hazila (sek men keb gombak setia)... 13MAC - Seminar Muslim Super anjuran iluvislam.com 14MAC - Haziq (KMP 06/07) dan pertunangan kak uyan (tgk org dh masukkn sebagai sejarah la kak uyan..huhu), 17MAC - shikin abu bakar (Sek Men Teknik Setapak KL), 18MAC - Kak siti ku syg...
19-28MAC: KLIBF (best sgt2, jumpa krew2 iluvislam pd 20&21hb), 24MAC - mr. presiden iluvislam dan shbt kesayangan sy fatin (sek men gombak setia), 28MAC - rdila zeete (sek men gombak setia), 29MAC - roomate kesayangan sy liza (KMP 06/07), 30MAC - puteri (krew iluvislam)
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT MEREKA2 DI ATAS...dan sy doakan agar segalanya berjaya dan berjalan lancar buat krew2 yg bertungkus lumus di KLIBF (nt ade entry special utk ini..hehe)
Tuesday, March 16, 2010
Selamat Menghampiri Mati!!
SANAH HELWAH ya JAMILAH
SELAMAT ULANGTAHUN ke 22
dh besar dh dia..dh tua dh dia...kawin jgn lupe jemput...
pada 5 Mac itu juga bertalu2 ucapan ku terima dari shbt2 dan keluargaku...ummi seawal pagi telah menyanyikan lagu happy birthday (tp x hbs...huhu)...dan menghulurkan hadiah abaya hitam yg cantik...syukran ummi, syukran atas segalanye...terima kasih kerana bersusah payah melahirkan dan membesarkan akak...ayah juga...syukran ala kullu hal...x terbayar jasa mereka dgn wang ringgit...anakmu ini makin besar, namun masih belum menjadi kebanggaan kalian...
sy juga terharu bila ade shbt2 yg berlumba2 utk jadi org yg terawal mengucapknnye...seawal 3 MAC sy sudah menerima ucapan ini, syukran alaik buat hamidah dan ilyani (adik beradik usrah)...rindu kalian, terkenang akan suprise yg kalian buat semasa di kolej dulu ^^...x kurang juga yg menelefon dgn nada kesal, nk buat suspen yg akhirnye menyebabkn diri ni rase ade buat salah...syukran alaik ukhti ina koyube...lakonanmu menjadi...paling gembira dan menangis apabila mendapat email cinta dari naqibah kesayangan merangkap ex-roomate, kak jang...nasihat2 yg diberikan sgt menyentuh jiwa...rindunya zaman dulu...
buat shbt2 yg berulang-ulang kali memberi ucapan, melalui SMS, THREAD ILUVISLAM, FB, PM, YM...kak Asniza, ukhti aisyah, ukhti aqilah, dan akhi naim....shbt2 yg same2 mendoakan diri ini, moga dberkati Allah selalu...senyum je bila dpt wish dari kalian...syukran syukran
shbt2 iluvislam: kak suhana ku syg, kak fizah ku syg, akhi wann, akhi ridzwan, abg fitri, ukhti aisyah, ukhti aina, kak aina, pengantin baru (akhi aman n ukhti naquia), kak rosniza ku syg, ukhti naqira, kak fatin naimi, dan kak bell...terharu dan happy..even cume ucapan namun rase sgt disayangi...hehe...syukran alaik.. (maaf jika ade nama yg tidak disebut)
dan sgt2 xkn dilupai shbt2 mawar: ukhti fairuz, ukhti mimi, kak siti ku syg, kak ilah (maaf jika ade yg x disebut)
dan shbt2 lame + shbt ESQ: nashrah, fatin, syakirah, liza, adik nazrin ESQ, adik Mirul ESQ, ustaz hadi, syauqi hariz, hanis, dan beberapa org yg lain...(maaf, x sebutkan semua)
sy senaraikan nama2 di atas bukan lah ingin menunjuk atau memberi glamor kpd mereka2..namun sekadar luahan terima kasih dan kegembiraan atas ingatan2 dari mereka...ya Allah moga mereka2 ini dan shbt2 ku yg lain terus berada di bawah lindungan dan rahmat kasih sayang Mu...peliharalah iman mereka...
Berlinangan air mata ini bila teringatkn usia yg sudah meningkat....terngiang2 di telinga, kemana selama ini usia ku dihabiskan?? sudah cukupkah amalan ku jika nyawa ditarik?? apakah sumbanganku terhadap ISLAM?? ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini masih byk kekurangan dan kelemahannya...perbaikilah imanku, tingkatkanlah amalanku..jauhkan aku dari sifat2 mazmumah dan matikanlah aku dalam husnul khatimah...amin amin ya rabb
Tuesday, March 2, 2010
Ya Rasulullah..kami Merinduimu...
Di Pernah Mencintaimu
“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.
“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.
Persoalan.
Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?
“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Aneh.
Mencintai insan yang belum ada.
Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.
Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.
Cinta luar biasa.
Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.
SENYUMAN PERPISAHAN
Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.
Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,
Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.
“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.
Wajah itu mengubat rindu mereka.
Tiga hari yang hilang warna dan sepi.
Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.
Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.
Sangka mereka itu senyum kesembuhan.
Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…
Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.
“Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.
“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.
Tangan itu rebah terkulai.
Basah dalam bejana air.
Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.
Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.
Merindui saudara-saudaranya.
Kita.
SEBUAH PERTANYAAN CINTA
Justeru…
Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?
Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?
Hati kecil itu tidak mampu berbohong.
Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….
“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Sunday, February 28, 2010
Gembiranya hati ini
Sudah lame sy tidak menulis menerusi lubuk hati ni...lebih banyak post entry yg di copy paste melalui sumber2 lain...hari ini terdetik utk menulis, utk berkongsi rasa...Alhamdulillah, kekuatan yg Allah beri buat diri ni...
Hati sy tidak sihat...rohani sy juga sakit...sy terasa amat sakit, namun fizikalnya nmpk sihat dan seperti biasa...itulah yg berlaku pada diri ini, Allah tmpt mengadu dan shbt2 tmpt meluahkan rase hati...syukran buat shbt2 yg sudi mendengar...
YANI, KAK FIZAH, KAK ROS dan sgt2 terima kasih buat kakak kesayangan sy KAK JANG...syukran kerana sudi meluangkan masa kalian walaupun hanya menerusi alam maya (YM)....syukran juga buat adik2 yg sudi mendoakan utk sy...
Hati ini rase terubat bila mendengar nasihat dari kakak2, menerima SMS semangat dari shbt2..hati ini berbunga riang...sungguh, jarak yg berjauhan menyebabkan diri ini rasa terpinggir rase jauh dgn shbt2...email, ym dan status di FB sbg penghubung dgn kalian...
Alhamdulillah, hujung minggu ini hati berbunga lagi..kerana dapat bertemu shbt2 semua...walaupn seketika, dan tak dpt melepaskan rindu yg dh lame terpendam,namun diri ini masih bersyukur kerana berpeluang melihat wajah2 shbt2..gembiranya hati ini...x dpt digambarkan dgn kata2...namun, sayunya hati ini, bila memikirkan perpisahan yg akan berlaku...ya Allah tabahkan lah hati ini...
******************************************************
bersama kak fizah dan kak ros



