Tuesday, February 16, 2010

Suami idaman seorg Muslimah

Assalamualaikum....

Apa khabar sahabat2 sekalian...bagaimana iman kite hari ini?? moga kite sentiasa mempertingkatkan amalan seharian dalam mencapai mardhotillah,insyaAllah...

Alhamdulillah, tahun ni adalah tahun yg sgt menggembirakan...kenapa ye?? kerana ramai teman2 rapat dan saudara mara sy yg mendirikan masjid...Subhanallah, melengkapkn separuh dari agama...

jadi post kali ni sedikit sebanyak terkena tempias dari mereka...ciri2 suami yg diidamkan seorg muslimah...ciri2 suami yg diidamkan oleh penulis blog sndr...^_^

mari kite renungkan dan koreksi diri...bagi yg muslimin, boleh la tukar kepada ciri2 isteri idaman...

* Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.


Baik akhlaknya

Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.


Tegas mempertahankan maruah

Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?


Amanah

Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.


Pemurah tetapi tidak boros

Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.


Tidak liar matanya

Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.


Terbatas pergaulan

Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.


Rakan pergaulannya

Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.


Bertanggungjawab

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.


Tenang wajah

Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

* Luas ilmu pengetahuannya
dgn ilmu yg luas bukan sahaja agama, malah merangkumi bidang2 tertentu adalah sgt bagus. dari situ pendidikan anak2 akan terjamin. pandanglah ke hadapan. betapa pentingnye ilmu itu. bukan utk diri kite sahaja, malahan utk mereka disekeliling kite.


Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.


keluarga bahagia....

sy ambil ciri2 ni dari blog seorg sahabat muslimin...syukran ke atas pemilik blog PROFESIONAL ULAMA' kerana mengizinkan sy menyalin semula post beliau di dlm blog sy...

0 kata-kata semangat:

Post a Comment