Friday, November 26, 2010

Musafir ke Vietnam...


permusafiranku baru bermula, KLIA...


Assalamualaikum…apa kabar shbt2 sekalian?? Bagaimana iman kita hari ini?? Moga kita sentiasa berada dlm taufiq dan inayahNya…sudah lame sy tidak mencoret sesuatu di laman sesawang ini, rindu rasanya…namun apakan daya, kekangan masa dan ketiadaan laptop menyebabkn penulisan di blog ini terhenti seketika…

Alhamdulillah, Alhamdulillah….dengan izinNya, sy dapat meluangkan masa utk menulis di sini…entry kali ini berkenaan percutian sy di Vietnam…dgn izinNYA jua, sy berpeluang utk menjejakkn kaki ke Negara itu…melihat dan mempelajari adat dan budaya orang lain…seronok, sangat seronok….

Percutian sy kali ini ditemani oleh sepupu2, makLong & pakLong, pakTeh & makTeh…menariknya di sana kerana barangan yg sangat murah seperti pakaian, peralatan dapur, perhiasan rumah…dan uniknya Vietnam, mereka sgt kreatif dan byk menghasilkan barangan dgn menggunakn seni yg halus….cantik, Subhanallah hebatkn hamba yg diciptakan Allah di bumi Vietnam ini….


salah satu seni bina di vietnam...

Sepanjang di Vietnam, sempat juga kami melawati beberapa tmpt bersejarah seperti muzium dan Mekong river …hm, sedih juga bila membaca fakta ttg peperangan yg berlaku di Vietnam…betapa bertuahnya kita, walaupun pernah juga dijajah namun tidaklah seteruk yg berlaku di Vietnam sehingga kesan peperangan itu mengakibatkn kecacatan fizikal yg sangat dasyat…(nk tau lebih lanjut, baca history of Vietnam war)

Berada di Vietnam, hari2 kami lebih byk dihabiskan dengan shopping….pagi, petang dan malam…agak memenatkn juga, kerana berjalan dan terus berjalan…sepanjang kami meneroka pasar2 di Vietnam, sy dpt memerhatikn adab org vietnam dlm berurus niaga…mereka sgt bersungguh2 utk menarik pelanggan (sampai tgn2 kita ditarik2nya…)…cume agak terkilan kerana, mereka sgt kasar jika kita duduk di depan kedai mereka tanpa membeli apa2..mereka dgn selamba menolak kita agar jauh dari kedainya…huhu…sabar je la…

Bak kata sepupu sy...syukurnya kita jd rakyat malaysia...knp ye?? kerana keadaan di sana agak tidak teratur dari segi trafik lalulintasnya yg sangat sibuk...huhu...nk melintas jalan tu, mg kena siap2 la mengucap...dan pengguna motosikal paling ramai di vietnam (siap ada lane motosikal yg sama besar dgn lane kereta...)

Vietnam adalah tempat shopping bg kaum wanita...kerana kain yg sgt murah dan baju2 kurung yg sudah siap jahit dgn dipenuhi manik2 yg sgt cantik...murah murah dan murah....dpt la sy beli 5 pasang jubah (lg murah dari PKNS, S.Alam)...huhu..jauhkan perjalanan, luaskan pemandangan, menikmati setiap ciptaan ILAHI....Subhanallah, maha hebat DIA....open ur eyes...=)



salah sebuah butik yg dikunjungi...



di muzium...khusyuk membaca fakta...

0 kata-kata semangat:

Post a Comment