Friday, February 25, 2011

kisah tunas-tunas islam itu

Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNYA sy dapat update blog lagi dan kali ini entrynya berkenaan mereka. anak2 didik sy, tunas-tunas islam yg akan terus bercambah mekar. insyaAllah ^_^, ..Mari bacakan kisah kami...

Setiap jumaat, seperti yang dijadualkan adalah hari anak-anak PASTI melakukan aktiviti bebas selain daripada belajar. Jika jumaat pada minggu2 yg lepas, mereka banyak melakukan aktiviti bebas ini di dalam kelas dengan belajar solat, mendengar cerita dan bersenam ringan. Namun pada minggu ini, aktiviti telah dilakukan diluar.

Minggu ini terdapat sedikit kelainan apabila anak-anak ini dibawa bermain luar dari kelas dan luar dari kawasan sekolah. Bagi yg lelaki, mereka bermain bola sepak di padang bersebelahan dengan sekolah kami. Dan istimewanya ada pula jurulatih yg diimport utk melatih mereka bermain bola. Bagi yg perempuan pula, mereka dilatih bermain bola jaring oleh cikgu Yati. (dan sy pula, bawa anak2 lelaki 4 tahun bermain di padang permainan...berlatih jaga anak laki...7 org kesemuanya...hehe...dh pass dh kan??)...dan yang bestnya, sy dapat main buaian...yeayyy...mereka tgk je sy main...apa kesah, bukan mak org...cikgu dorg je kot...huhu

Anak-anak PASTI kemudian rehat setelah penat bermain bola sepak dan bola jaring. Selepas rehat, kami bawa pula anak2 ini bermain di padang permainan berhadapan dgn PASTI. Seronoklah mereka, berlari berkejaran kerana dapat main sepuasnya. Cikgu pun turut serta bermain bersama mereka. sy x dpt main buaian kerana mereka ramai...x smpt nk main..tlg tolakkan buaian mereka je...huhuhu

Setelah penat bermain, anak2 ini dikumpulkan semula. Cukuplah bermain hari ini, kita buat amal kebajikan pula ye anak2. Anak-anak ini diminta mengutip sampah yang bersepah di padang itu. Aduhai, ada juga yang mengeluh. Ye la, kata nya busuk dan kotor. Ha, masa ni lah cikgu2 mula memainkan peranan. Nak dapat pahala tak?? Nak Allah sayang tak?? Suka tak kalau sekolah kita kotor macam ni?? Dan anak-anak ini dengan pantas mula bertindak setelah menjawab soalan2 itu. Pastinya anak2 ini sukakan kepada kebaikan. Dan suka pula pada ganjaran. Walaupun belum kenal erti pahala dan dosa. Tapi mereka kenal erti syurga dan neraka. Buat baik masuk syurga, buat jahat masuk neraka. Cikgu pun kutip sampah skali ok, cikgu PASTI juga perlu bersifat murni dan tolong menolong...^_^

Kasihan juga melihat anak-anak ini terbongkok2 mengutip sampah. Alahai, murninya hati mereka. Tiada rungutan yang keluar, hanya peluh yg mengalir laju membasahi baju. Ini yang buat cikgu sayang kalian kerana Allah. Moga dengan usaha kecil ini dapat mentarbiyyah kalian menjadi insane rabbani yang cintakan alam. Alam ini ciptaan Allah, dan kitalah yang telah diamanahkan untuk menjaga dan memeliharanya. Sila la wahai insan2 yg tidak bertanggungjawab, jgn buang sampah kt taman tu lagi...korg ni mg nk kena pancung gaknye..

“Elakkan tiga perbuatan yang akan membawa kepada laknat manusia, mencemarkan sumber air, jalan dan tempat berteduh” [HR Abu Daud & Ibnu Majah].

Buat renungan mereka di luar sana. Jagalah kebersihan alam, jangan buang merata sampah anda. Didiklah anak-anak kita mencintai alam. Jika kita sama-sama menjaganya, insyaAllah tidaklah alam ini rosak. Allah sangat tidak menyukai kebinasaan seperti firmanNYA dalam al-quran:

“Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras. Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan”
[al-Baqarah:204-205].

Anak-anak didik cikgu...doa cikgu buat kalian:
Ya Allah, ENGKAU peliharalah tunas-tunas ini. Jangan ENGKAU biarkan mereka terpedaya dengan tipu daya dunia ini. Ya Allah, yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ENGKAU campakkanlah dalam hati2 mereka sifat berkasih sayang antara mereka. ENGKAU permudahkan urusan pembelajaran mereka agar mereka dapat menguasai ilmu itu dan dapat dimanfaatkan. ya rabbul izzati, perkenankan doa permohonan kami.

untuk melihat gambar anak-anak PASTI yang gigih ini, boleh ke link berikut PASTI KU SAYANG

2 kata-kata semangat:

istisyhad said...

Subhanallah...
Mumtaz akak..
Tak semua mampu memikul tugas mendidik nie.
Nampak seperti kerja yang biasa, namun impaknya dalam pembinaan ummah cukup luar biasa.
Moga dari PASTI itu nantilah akan lahirnya pejuang-pejuang agama ALLAH yang ikhlas berjuang keranaNya..

Ehem.. Ha'ah kak, dah pass dah. ^_^

Anonymous said...

Pin On Santa casino review | Shootercasino
Pin On Santa casino review When we go to try to choose the best casino site, we have deccasino chosen the best of worrione two 제왕카지노 ways.

Post a Comment