Friday, July 31, 2015

10 Tanda Orang yang Zalim



*Tidak berdoa untuk orang lain.
Sebagai contohnya, apabila kita lepas solat sering kita berdoa "Ya Allah... ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu bapaku, dosa-dosa ahli keluargaku, dosa-dosa guru-guruku, dosa-dosa sahabat-sahabatku, dosa seluruh muslimin dan muslimat yang hidup mahu pun yang telah meninggal dunia." Maknenyer kita bukan doa hanya untuk diri kita sahaja, tapi kita juga berdoa untuk saudara-saudara kita yang lain.


*Sesiapa yang pandai membaca Al-Quran, haruslah membaca sekurang-kurangnya 100 ayat sehari. Biasa tak dengar hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "bacalah Al-Quran, kerana di hari kiamat nanti ia akan menjadi syafaat kepadamu". Al-Quran itu sendiri mempunyai 1001 rahsia yang harus kita teroka, fahamkan dan amalkan. Bukankah sering kita ungkapkan Al-Quran dusturuna (Al-Quran pedoman hidup kami), namun berapa banyak masa yang kita luangkan untuk membaca dan mentadabbur kalam Allah nie? Ya Allah... zalimnya hambaMu ini.. Ampuni dosa-dasa kami Ya Allah.. Antara pesanan dan saranan Ustaz Ismail Kamus ialah membaca surah Al-Baqarah untuk mengelakkan dari gangguan jin, syaitan dan sebagainya. Amalkan membaca yasin sekurang-kurangnya sekali sehari. Banyak manfaatnya, antaranya ialah untuk memantapkan iman.


* Memasuki masjid, tetapi tidak melakukan solat sunat tahyatul masjid. Rugi sahabat-sahabat, banyak fadhilatnya. Meh kita sama-sama didik diri kita untuk menghormati rumah Allah dengan mengerjakan solat sunat tahyatul masjid yer..


*Melalui kawasan perkuburan orang Islam, tetapi tidak berdoa dan memberi salam. Saya teringat ketika ayah saya mengajar ketika melalui kawasan kubur, bagi salam. Assalamualaikum wahai ahli kubur. Sejahteralah kamu semua disana. Kamu telah pun mendahului kami dan kami Insya-Allah, akan menyusul kemudian. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa semua penghuni kampung ini.


*Lalu di satu kawasan pada hari jumaat, tetapi tidak mengerjakan solat jumaat di kawasan tersebut. Kerana itulah makruh hukumnya untuk bermusafir pada hari jumaat. Sunat bermusafir pada waktu malam.


*Orang alim yang datang ke tempat kita, tapi kita tak nak mengambil ilmu daripada orang alim tersebut. Ilmu itu bukan datang sendiri, tetapi didatangi. Maknenyer, kita yang patut mencari guru untuk menuntut ilmu, bukan guru cari pelajar.


* Orang yang bertemu, tetapi berpisah tanpa bertanya nama orang yang kita temui. "Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal." (Al-Hujurat : 13)


* Dijemput untuk ke kenduri, tetapi tidak hadir.


* Pemuda yang tidak ada apa-apa urusan, tidak gunakan masa yang ada untuk menuntut ilmu. Saya mengingatkan diri saya juga, wahai sahabat-sahabat pemuda dan pemudi harapan ummah. Bangunlah dari lena yang panjang... Tuntutlah ilmu, penuhilah masa kalian dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Letakkanlah Allah di tempat yang teratas dalam hidup kalian. Moga akan lahir generasi-generasi rabbani sehebat Umar Ibn Aziz, Sultan Muhammad Al-Fateh, Hasan Al-Banna, yang jelas fikrahnya dalam menegakkan kembali kalimah Allah.


* Seseorang yang berada dalam kekenyangan dan kesenangan, tetapi tetangganya berada dalam keadaan lapar dan kesusahan. Sama-sama kita renungi kisah khalifah Umar Al-Khatab yang bertemu dengan si ibu yang sedang merebus batu untuk anak-anaknya yang kelaparan.


Selamat menghijrahkan diri ke arah yang lebih baik... Tambahkan amal, tingkatkan iman. Moga sentiasa menjadi pengemis cinta Ilahi, pemburu RedhaNya yang sentiasa merindui panggilan jihadNya.

0 kata-kata semangat:

Post a Comment