Sunday, March 28, 2010

1 Malaysia, Ghairah dgn Rahsia Tarikh Lahir


1 Malaysia ghairah ilmu rahsia Tarikh lahir (horoskop astrologi China numerologi).

Artikel yang perlu dibaca dan dikongsi bersama...(sangat penting)..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt

Sewaktu saya masih kecil di peringkat sekolah menengah rendah, horoskop adalah mainan biasa diri saya serta hampir keseluruhan rakan-rakan. Tidak membaca dan tidak memahami horoskop seperti ketinggalan zaman. Sebutan seperti “saya bintang cancer awak bintang apa?” memang menjadi lumrah di kalangan rakan sebaya saya malahan arang dewasa pun amat ghairah dengan horoskop ini.

HOROSKOP atau pun dikenali juga sebagai astrologi atau ramalan zodiak adalah carta atau diagram yang menunjukkan kedudukan relatif objek langit seperti matahari, bulan, dan planet. Perkataan horoskop berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud "melihat jam". Untuk memperoleh horoskop seseorang, tempat, hari dan tarikh lahir orang itu mesti diketahui. Tarikh itu pula akan jatuh pada salah satu daripada 12 lambang zodiak yang sedia ada iaitu Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio, Sagitarius, Capricorn, Aquarius, dan Pisces. Menurut ilmu astrologi setiap zodiak itu mempunyai keperibadiannya yang tersendiri dan nasib setiap orang adalah berdasarkan kepada zodiak serta kedudukan matahari, bulan dan planet pada hari itu.

Berikut adalah jadual tarikh lahir dengan nama zodiac masing-masing iaitu :
Aries (March 22 - April 20)
Taurus (April 21 - May 21)
Gemini (May 22 - June 21)
Cancer (June 22 - July 22)
Leo (July 23 - Aug 22)
Virgo (Aug 23 - Sep 22)
Libra (Sep 23 - Oct 23)
Scorpio (Oct 24 - Nov 21)
Sagittarius (Nov 22 - Dec 21)
Capricorn (Dec 22 - Jan 20)
Aquaries (Jan 21 - Feb 21)
Pisces (Feb 22 - Mar 21)

Berikut pula adalah antara ramalan personality lelaki mengikut horoskop: yang saya ambil dari http://www.esempoi.com/personaliti/personaliti-lelaki-mengikut-horoskop/ :

____________________________________________________________

Aries (21 Mac - 20 April)
Orang Nya: Anak mak! Smart mamat. Intelligent (boleh la….)
Tips utk memikat: Bagus untuk minah-minah tudung (NO OFFENCE) but its true.. Jejaka Aries suka wanita yang sopan, tata-tertib.. sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yang bagus punya.

WARNING: Jika anda betol anda rasa kes ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, jangan lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan diworkshop baru baik.

____________________________________________________________

Dari laman memfokuskan horoskop seperti http://astrology.hotplugins.com/7824/ , dan laman-laman seangkatan dengannya pelbagai khidmat boleh diperolehi seperti:
Ramalan zodiak mengikut HARI, MINGGU, BULAN, TAHUN, KESERASIAN PASANGAN KEKASIH (COMPATIBILITY ROMANCE), RAMALAN KEWANGAN, CINTA ORANG BUJANG DAN SUDAH BERKAHWIN, PENYAKIT SETIAP ZODIAK, dsb

Disebabkan terlalu ramai meminati horoskop ini, media masa seperti surat khabar dan majalah masing-masing berlumba mengemukakan pelbagai ramalan zodiak mengikut hari. Setiap hari media massa ini menyajikan pelbagai ramalan zodiak mengikut hari.

Pada hari ini bilangan media massa yang menyajikan pelbagai ramalan horoskop masih tinggi walaupun media massa ini adalah disasarkan untuk umat Islam. Hari ini horoskop juga disediakan bagi mereka yang ingin melanggan khidmat pesanan ringkas SMS. Bayar sekian ringgit setiap bulan dan ramalan zodiak akan terus ke handphone anda setiap hari.

Disebalik begitu ramai umat Islam yang begitu ghairah dan meminati ramalan horoskop ini di Malaysia, apakah sebenarnya hukum membaca dan membenarkan ramalan horoskop ini?

HUKUM MEMBACA DAN MEMPERCAYAI HOROSKOP/ZODIAKHOROSKOP DAN ASTROLOGI ialah ilmu yang digunakan bagi mencari maklumat serta ramalan terhadap perkara ghaib dari bintang-bintang serta bulan-bulan kelahiran seseorang manusia. Seringkali kita lihat horoskop seperti ini banyak dipaparkan di dalam majalah dan media massa terutamanya yang disasarkan kepada golongan remaja.

Ramalan Horoskop (Horoscope) DIPERCAYAI KONONNYA yang dapat menentukan ramalan personaliti seseorang, sifat peribadi dan ramalan nasib bulan-bulan dalam kehidupannya. Misalnya bagi mereka yang lahir di dalam bulan Oktober pada hari 24 sehingga 22 November merupakan mereka yang dilabelkan dengan bintang SCORPIO dan mempunyai personaliti serta peribadi ramalan tertentu. Ramalan sebegini membawa kepada syirik dan hukum mempercayainya ialah haram dan berdosa.

Telah diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas ra Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya .
(hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ULASAN ULAMA TERKENAL YUSUF AL-QARDAWI (PRESIDEN PERSATUAN ULAMA' SEDUNIA) mengenai hukum membaca ramalan bintang.Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya. TELAH JELAS HUKUM SIHIR BAHAWA IANYA HARAM menurut kesepakatan ulama dan membawa kepada kufur serta terbatal iman. Maka di dalam masalah ilmu horoskop ini hendaklah para pemuda-pemudi Islam berhati-hati dan tidak mempercayai apa-apa dari ramalan bintang-bintang ini yang jauh dari kebenaran dan dipenuhi kedustaan dan penipuan sekalipun terdapat kepadanya beberapa berita yang mendekati kebenaran.

Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui . (Al-An am : 97).

IMAM BUKHARI RA telah meriwayatkan di dalam kitab sahihnya bahawa Qatadah, seorang ulama tabien yang terkenal telah berkata : Allah telah menciptakan bintang-bintang untuk tiga perkara iaitu perhiasan langit, pelempar syaitan dan sebagai tanda-tanda penunjuk arah maka barangsiapa yang mentafsirkan bintang-bintang selain dari tiga perkara ini maka ianya adalah salah dan sia-sia iaitu mensia-siakan nasibnya serta memaksa dirinya dengan sesuatu yang dia tidak mempunyai ilmu untuk mengetahuinya.Mempelajari ilmu bintang seperti ilmu falaq, ilmu kaji bumi dan astrologi untuk tujuan kebaikan bagi mendapat maklumat yang berguna bagi keselamatan manusia dan faedah kepada manusia dari sudut ilmu pengetahuan yang membawa manfaat tidaklah salah. Tetapi mempelajari ilmu astrologi untuk tujuan horoskop dan meramal nasib maka hukumnya ialah haram dan berdosa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kini adalah jelas bahawa MEMBACA DAN MEMBENARKAN RAMALAN HOROSKOP membawa implikasi besar dalam bab hukum Islam. Apabila kita semua telah jelas dan mantap menghayati kesalahan beramal dengan amalan horoskop ini, kini saya mengemukakan soalan, “bolehkah kita pula membaca dan mempercayai Astrologi China??? ”. Bagi mereka yang benar-benar mantap ilmunya, mereka akan terus menolak astrologi China ini.

ASTROLOGI CHINA membahagikan tahun-tahun kepada:
Tahun Tikus : 1948, 1960, 1972, 1984, 1996
Tahun Lembu : 1949, 1961, 1973, 1985, 1997
Tahun Harimau : 1950, 1962, 1974, 1986, 1998
Tahun Arnab : 1951, 1963, 1975, 1987, 1999
dsbnya

Astrologi China meramalkan setiap lelaki dan wanita yang lahir pada setiap tahun haiwan ini mempunyai personaliti dan ciri peribadi lainnya menyamai ramalan personaliti horoskop. Astrologi China ini juga meramalkan soal kehidupan, takdir, kekecewaan, nasib buruk serta nasihat untuk membaiki kualiti kehidupan. Banyak laman web di internet menyediakan khidmat ramalan astrologi China ini secara percuma.

Apa yang penting yang ingin saya tegaskan di sini ialah membaca dan membenarkan ramalan horoskop atau ramalan astrologi China hanyalah membawa kesengsaraan semata-mata kepada umat Islam.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kini adalah jelas bahawa membaca dan membenarkan ramalan horoskop dan astrologi China membawa implikasi besar dalam bab hukum Islam. Apabila kita semua telah jelas dan mantap menghayati kesalahan beramal dengan amalan horoskop dan astrologi China ini, kini saya mengemukakan soalan, “bolehkah kita pula membaca dan mempercayai Ilmu Numerologi???

ILMU NUMEROLOGI adalah satu ilmu berkenaan cara-cara menghitung dan menggunakan angka-angka / nombor-nombor untuk mengetahui sifat manusia. Numerologi adalah bentuk tertua dari ilmu nujum / meramal. Asal usulnya tidak dapat dikenalpasti tetapi bangsa Mesir kuno, Babylonia, China dan bangsa lainnya mempunyai teori nujum dengan angka-angka. Konsepnya diambil berdasarkan fenomena alam seperti, pelangi warnanya 7 buah ada 12 beserta zodiaknya dan sebagainya.

Walau ada beberapa pengembangan variasi antara sistem-sistem numerologi, sebahagian besar didasarkan pada teori matematika Yunani, dan ahli falsafah seperti Pytahgoras. Ia (Pytahgoras) percaya bahwa seluruh alam maya ini dapat dihitung secara matematik, dan bahkan dapat dipersembahkan dengan angka-angka yang merupakan kunci alam maya ini.

Numerologi dikenali juga dengan nama numeromancy atau arithomancy, pernah digunakan sebagai bentuk ramalan umum. Pada masa kini, ilmu numerologi banyak digunakan berkaitan dengan analisa keperibadian dan potensi diri sahaja.

Dasar kepercayaan numerologi, bahawa angka-angka terutama angka primer iaitu 1 sampai 9, mempunyai pengaruh terhadap segala segi kehidupan dan keperibadian kita.

Untuk lebih memahami ilmu numerology (untuk kajian dan bukan untuk diamalkan), bolehlah pembaca melayari http://www.dewa.com/dagelan/nomor.htm dan banyak lagi laman lain di internet.

Di dalam satu laman web ada menyebutkan bahawa :
“Get Your Free Numerology Reading Here
This is the popular web site where you and your friends can all get numerology readings for free.
Scroll down for your free numerology readings.
Numerology can tell you secrets about yourself- how you see the world; how the world sees you, your soul's urge.
Know yourself better. Know your friends better.
Divine your future. ”

Melalui ilmu celaka Numerologi inilah maka timbul istilah nombor sial dan nombor bertuah. Mereka yang percaya kepada numerology ini menganggap bahawa nombor 13 adalah nombor sial. Inilah yang menyebabkan hotel tidak mempunyai tingkat 13 dan nombor bilik 13. Di kawasan perumahan pula agensi kerajaan bersama-sama memeriahkan ilmu numerology ini dengan meniadakan rumah yang bernombor 13. Perbuatan ini seolah-olah mendidik masyarakat Islam agar percaya dengan ilmu numerology.

Melalui ilmu numerology ini mereka menghasilkan Carta Ciri-ciri Nombor berikut:
Chart of Characteristicsof Numbers
1
unity, creation, independence
2
duality, emergence
3
power, generative force
4
solidity, dullness
5
sensuality, pleasure
6
perfection, harmony, balance
7
mysticism, psychic, magic
8
material, success, justice
9
spiritual, mental achievement

Melalui laman http://www.themystica.com/mystica/articles/n/numerology.html mereka mengajarkan bahawa nama "John Smith" has a numerological value of 8. From the Chart of Characteristics of Numbers 8 has the characteristics of material, success, justice.

Masalah yang ingin saya ajukan di sini adalah “ADAKAH ILMU NUMEROLOGI INI DIBENARKAN DALAM ISLAM?” Sebenarnya ilmu numerologi ini adalah ilmu nujum atau meramal yang duduk satu kapal dengan ilmu horoskop / astrologi dan astrologi China. Dan itulah juga sebabnya dalam banyak hal seperti di http://astrology.hotplugins.com/7824/ , ilmu sesat numerologi diletakkan satu kapal dengan ilmu meramal / nujum lainnya iaitu:

Horoskop
Chinese Astrology
Palmistry (imu menilik melalui tapak tangan)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kini adalah jelas bahawa membaca dan membenarkan ramalan horoskop, astrologi China dan numerologi membawa implikasi besar dalam bab hukum Islam. Apabila kita semua telah jelas dan mantap menghayati kesalahan beramal dengan amalan horoskop, astrologi China dan numerologi ini, kini saya mengemukakan soalan, “BOLEHKAH KITA PULA MEMBACA DAN MEMPERCAYAI ILMU RAHSIA TARIKH LAHIR???

Ilmu analisis rahsia tarikh lahir adalah satu cabang applikasi dari ilmu sesat NUMEROLOGI. Melalui nombor-nombor ini kelak ramalan akan dikeluarkan bagi seseorang mirip ilmu horoskop dan astrologi China.

Antara pelopor ilmu rahsia tarikh lahir di Malaysia ialah Dr Fadzilah Kamsah seperti di http://rahsia-tarikh-lahir.blogspot.com/2008/01/tip-mengenal-diri-sendiri-melalui.html dan Azizan Osman.

Mutakhir ini, akhbar-akhbar perdana banyak memuatkan kisah ilmu rahsia Tarikh lahir yang diterajui oleh Azizan Osman sebanyak dua muka penuh, waduh waduh masing-masing berlumba tolong menolong mungkin untuk saham ke neraka?? Dalam artikel ini dinyatakan bahawa telah lebih dari 10,000 orang yang mengikuti seminar kendalian Azizan ini walau pun belum sampai setahun. Begitu ghairah sekali umat Malaysia mempelajari ilmu nujum numerology yang dikendalikan Azizan ini.

Azizan menyatakan bahawa bahawa ilmu ini boleh digunakan untuk MEMILIH JODOH. Apa bezanya dengan ilmu memilih jodoh sebagaimana yang diajarkan dalam horoskop dan astrologi China?? Memangnya mereka adalah adik beradik.

Azizan mempelajari ilmu numerology ini mulai tingkatan 3 dan seterusnya mendalami ilmu ini daripada seorang orang bukan Islam dari Kanada bernama T Harve Eker di Singapura. Dialah mentor Azizan.

Azizan muila memasarkan khidmat mengajar ilmu rahsia Tarikh lahir ini mulai Jun 2008.

Azizan mendapat PhD Sains Metafizik dari Gordon University Florida. Memanglah lulusan sains metafizik mempunyai persamaan kerana mereka mempelajari ilmu yang lebih kurang sama. Ilmu aura chakra kuasa minda juga adalah bidang sains metafizik sama seperti ilmu numerology ini. Bagi orang bukan Islam ilmu meramal melalui tapak tangan (palmistry) pun mereka namakan sains metafizik.

Selain Azizan dan Dr Fadzilah Kamsah, terdapat ramai individu Islam lain di internet yang turut menawarkan perkhidmatan ilmu Rahsia Tarikh Lahir ini. Sedarlah bahawa ilmu NUMEROLOGY yang menjadi teras Ilmu Rahsia Tarikh Lahir adalah satu ilmu meramal atau ilmu nujum dan Islam adalah melarang sama sekali ilmu seperti ini. Hukum mengamalkan ilmu seperti ini adalah berat sebagaimana dinyatakan di atas dan apa yang lebih berat adalah dosa setiap pelajar yang diajarkan ilmu ini juga akan turut ditanggung oleh orang yang mengajarkannya.

Kepada mereka yang mengajarkan ilmu ini serta yang mengamalkan ilmu ini, bertaubatlah.

Sekian wallahua’lam...

Monday, March 22, 2010

^^ Istimewanya Mac ^^





In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful...

Apa khabar iman kite hari ini?? jasad dan rohaninya?? moga kite sentiasa terus berada dalam kenikmatan iman dan islam hendaknya...

Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan utk menulis entry baru di blog yg jarang berupdate ni...utk menyampaikan rasa dan ingin berkongsi bersama sahabat2 sekalian...^_^

ISTIMEWANYA MAC ^^

apakah yg istimewa sgt mac ni? istimewa nye mac ni kerana di dlm bulan ni berhimpunnya hari2 kelahiran insan yg sy syg...insan2 yg rapat dgn sy antaranya kakak2 kesayangan sy dan shbt2 kesayangan sy...selain tu, mac tahun ni juga terselit sejarah2 yg akan di kenang setiap tahun..insyaAllah...

jom review hari2 dlm bulan MAC yg telah dilalui, sedang dilalui dan akan dilalui...^^


1 MAC - atam (makcik) dan kak jang (naqibah kesayangan sy), 2MAC - adik nazrin ESQ.. 3MAC - mak teh, akhi firdaus (krew iluvislam) dan cikgu rosilawati, 5MAC - sy, hajar (shbt FB), dan munirah (sek men gombak setia).., 7MAC - adik haziq ESQ, 8MAC - Nadie (shbt di matriks dahulu), 10MAC - mustaqim dan azzah (sek men gombak setia), 11MAC - shbt kesayanganku syakirah (sek men gombak setia)..,

12MAC - syauqi hariz dan hazila (sek men keb gombak setia)... 13MAC - Seminar Muslim Super anjuran iluvislam.com 14MAC - Haziq (KMP 06/07) dan pertunangan kak uyan (tgk org dh masukkn sebagai sejarah la kak uyan..huhu), 17MAC - shikin abu bakar (Sek Men Teknik Setapak KL), 18MAC - Kak siti ku syg...

19-28MAC:
KLIBF (best sgt2, jumpa krew2 iluvislam pd 20&21hb), 24MAC - mr. presiden iluvislam dan shbt kesayangan sy fatin (sek men gombak setia), 28MAC - rdila zeete (sek men gombak setia), 29MAC - roomate kesayangan sy liza (KMP 06/07), 30MAC - puteri (krew iluvislam)

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT MEREKA2 DI ATAS...dan sy doakan agar segalanya berjaya dan berjalan lancar buat krew2 yg bertungkus lumus di KLIBF (nt ade entry special utk ini..hehe)

Tuesday, March 16, 2010

Selamat Menghampiri Mati!!

HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!

SANAH HELWAH ya JAMILAH

SELAMAT ULANGTAHUN
ke 22

dh besar dh dia..dh tua dh dia...kawin jgn lupe jemput...


Alhamdulillah, syukur pada Allah atas nikmat dan kurniaanNYA...daku masih dipanjangkn usia utk menikmati kehidupan dan merasai nikmat iman dan islam itu... 5 MAC yg lepas, merupakan hari yg sgt istimewa buat diri ini...usiaku menginjak setahun lg, menghampiri kematian...Subhanallah...masa ku hampir tiba, namun tidak ku ketahui waktu yg sebenarnya....

pada 5 Mac itu juga bertalu2 ucapan ku terima dari shbt2 dan keluargaku...ummi seawal pagi telah menyanyikan lagu happy birthday (tp x hbs...huhu)...dan menghulurkan hadiah abaya hitam yg cantik...syukran ummi, syukran atas segalanye...terima kasih kerana bersusah payah melahirkan dan membesarkan akak...ayah juga...syukran ala kullu hal...x terbayar jasa mereka dgn wang ringgit...anakmu ini makin besar, namun masih belum menjadi kebanggaan kalian...

sy juga terharu bila ade shbt2 yg berlumba2 utk jadi org yg terawal mengucapknnye...seawal 3 MAC sy sudah menerima ucapan ini, syukran alaik buat hamidah dan ilyani (adik beradik usrah)...rindu kalian, terkenang akan suprise yg kalian buat semasa di kolej dulu ^^...x kurang juga yg menelefon dgn nada kesal, nk buat suspen yg akhirnye menyebabkn diri ni rase ade buat salah...syukran alaik ukhti ina koyube...lakonanmu menjadi...paling gembira dan menangis apabila mendapat email cinta dari naqibah kesayangan merangkap ex-roomate, kak jang...nasihat2 yg diberikan sgt menyentuh jiwa...rindunya zaman dulu...

buat shbt2 yg berulang-ulang kali memberi ucapan, melalui SMS, THREAD ILUVISLAM, FB, PM, YM...kak Asniza, ukhti aisyah, ukhti aqilah, dan akhi naim....shbt2 yg same2 mendoakan diri ini, moga dberkati Allah selalu...senyum je bila dpt wish dari kalian...syukran syukran

shbt2 iluvislam: kak suhana ku syg, kak fizah ku syg, akhi wann, akhi ridzwan, abg fitri, ukhti aisyah, ukhti aina, kak aina, pengantin baru (akhi aman n ukhti naquia), kak rosniza ku syg, ukhti naqira, kak fatin naimi, dan kak bell...terharu dan happy..even cume ucapan namun rase sgt disayangi...hehe...syukran alaik.. (maaf jika ade nama yg tidak disebut)

dan sgt2 xkn dilupai shbt2 mawar: ukhti fairuz, ukhti mimi, kak siti ku syg, kak ilah (maaf jika ade yg x disebut)

dan shbt2 lame + shbt ESQ: nashrah, fatin, syakirah, liza, adik nazrin ESQ, adik Mirul ESQ, ustaz hadi, syauqi hariz, hanis, dan beberapa org yg lain...(maaf, x sebutkan semua)

sy senaraikan nama2 di atas bukan lah ingin menunjuk atau memberi glamor kpd mereka2..namun sekadar luahan terima kasih dan kegembiraan atas ingatan2 dari mereka...ya Allah moga mereka2 ini dan shbt2 ku yg lain terus berada di bawah lindungan dan rahmat kasih sayang Mu...peliharalah iman mereka...

Berlinangan air mata ini bila teringatkn usia yg sudah meningkat....terngiang2 di telinga, kemana selama ini usia ku dihabiskan?? sudah cukupkah amalan ku jika nyawa ditarik?? apakah sumbanganku terhadap ISLAM?? ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini masih byk kekurangan dan kelemahannya...perbaikilah imanku, tingkatkanlah amalanku..jauhkan aku dari sifat2 mazmumah dan matikanlah aku dalam husnul khatimah...amin amin ya rabb

Tuesday, March 2, 2010

Ya Rasulullah..kami Merinduimu...

Di Pernah Mencintaimu

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.

Persoalan.

Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?

“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Aneh.

Mencintai insan yang belum ada.

Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.

Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.

Cinta luar biasa.

Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.

SENYUMAN PERPISAHAN

Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.

Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,

Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.

“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.

Wajah itu mengubat rindu mereka.

Tiga hari yang hilang warna dan sepi.

Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.

Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.

Sangka mereka itu senyum kesembuhan.

Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…

Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.

Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.

“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.

Tangan itu rebah terkulai.

Basah dalam bejana air.

Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.

Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.

Merindui saudara-saudaranya.

Kita.

SEBUAH PERTANYAAN CINTA

Justeru…

Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?

Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?

Hati kecil itu tidak mampu berbohong.

Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….

“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]


ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG