Wednesday, December 23, 2009

iluvislam.com KPO 09' krew ILI


Assalamualaikum....
apa kabar sahabat ku sekalian....lupe bertanya kabar kalian pada post sblmnye...terutama pd mereka2 yg sudi follow blog sy...moga sedikit manfaat dpt dikongsikn bersama...
Alhamdulillah, hampir 3 minggu KPO iluvislam 09 melabuh tirai...namun, sy baru melakar coretan di blog...kekangan masa serta kemalasan yg melanda menyebabkan sy biarkan blog ini tidak di update sebegitu lama...mula la mendengar paksaan dari sesetengah pihak (terutama cik yani) yg menggesa sy mengupdate blog...
Berbalik semula kisah KPO, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupn ade juga sedikit masalah dan kekeliruan berlaku...biasa lah, first time diadakan dan masih dalam peringkat pembelajaran...peserta yg hadir tidak seramai yg memberi nama, namun program ini tetap meriah...

Program berlangsung di rumah anak yatim Damai pada 4-6 Dis 09...program byk disini dgn modul2 dan aktiviti santai...ada juga aktiviti yg melibatkn anak2 yatim damai...Jazakallahu khairan khasira buat sume tenaga kerja KPO, penasihat, dan peserta yg same2 btungkus lumus dlm menjayakan KPO 09...Alhamdulillah...tahniah
dedikasi buat mereka:
wan, ustaz remy n aina: MT KPO yg btungkus lumus...exspecially wan n aina yg sudah merancang lebih 6 bulan...syukran atas tunjuk ajar kalian..ustaz yg byk beri kata2 nsht dan semangat...sempoi dalam gerak kerja...syukran ustaz
kak as dan pu3: kenangan di asrama damai xkn ku lupe...pukul tiga pagi masih di tepi kolah..hehe...sukaneka bersama adik2 asrama damai...moga ukhuwah kite terus mekar mewangi
kak ros, ina, ekin n kak saidah: kite tidak dapat bmesra sgt..mgkn kekangan masa dan tugas kerja yg memisahkn kite..agak sedih, sbb biasanye ape2 program slalu bersama kalian..namun, tautan itu masih terasa...berkongsi gelak tawa walau seketika...
pakcik lisam n aman: mg korang mcm kembar...x dpt di nafikn...syukran aman sudi membantu taipkn sijil..dikala kepala dh pusing...syukran pakcik tolong agkt barang waktu sukaneka
kak suhana n kak asma: syukran...kenangan mgkn tidak byk kerana kakak2 ini suka tidur (hehe, buat keje sbnrnye) di dewan...masa bersama pn kurang...kak suhana (rase cam makin jauh je..huhu)
abg fitri: sgt berwibawa sbg pengacara...org dh byk pengalaman...(^,^)
akhi firdaus, akhi imran n akhi ruzaini: masing2 punya kerenah masing2...sy hanya memerhati insan yg tidak byk bcakap namun byk gelagat..hehe
ha, x lupe juga nisa, ila n ridz: huhu, nisa yg sempoi dan semangat...ila yg ayu dan cergas...ridz yg dilanda demam..hak3

Kisah Praktikal

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah sy masih bernafas dibumi Allah dan bkesempatan menulis di blog ini...sudah lame mendiam diri, sibuk dgn kerja2 dakwah dan program2 yg memerlukan tenaga dan masa...

Alhamdulillah, sy skrg sudah melangkah ke alam pekerjaan...sedang menjalani latihan industri di UDA MALL bukit bintang...Subhanallah, x pernah terlintas di fikiran akan memasuki alam pkerjaan...masih bfikiran budak2, dan kadang kala berfikir adakah sudah layak diri ini memasuki alam pekerjaan??

UDA MALL, tempat yg biasa ku kunjungi di masa kecilku..ayah sy salah seorang pekerja di sini suatu ketika dahulu...ayah pencen dari UDA pada usiaku 8 tahun...maknanye lebih 10 tahun ayah pencen dari UDA, namun pengaruhnya masih disini...

Pada mulanya sy merasakan bila berpraktikal disini, sy tidak akan bertemu dgn rakan2 ayah..rupenya tanggapan sy salah, masih ramai kawan2 ayah disini dan ade juga yg masih igt diriku ini...Alhamdulillah...berkat sikap peramah ayah...kdg2 rase seperti balik ke tempat sndr...sy pernah bertanya ayah, kenapa berhenti dari UDA?? bukankah disana seronok??? jawapan ayahku, sampai bila nk makan gaji dgn orang?? ayah nk buat bisnes sndr...

Pakcik Zainal, Pakcik Nordin, Auntie Ani dan beberapa org yg tidak pernah ku kenal namun apabila menyebut nama ayah mereka mula mengimbau kenangan..syukur ya Allah...suasana yg paling seronok disini adalah waktu solat..sy boleh turun berjemaah disurau tingkat 4 dan berjemaah...Alhamdulillah, satu lagi proses tarbiyah..menyahut seruan azan..

Selain itu, setiap hari selasa dan hari2 tertentu akan dtg ustaz dari luar yg memberi ceramah dan tazkirah sebelum zohor..ya Allah, masih ade lagi penekanan ttg ruhiyyah dan tarbiyyah hati...


walaupn kini sy jauh dgn sahabat2 di shah alam, namun insyaAllah auranya ada di sini...sahabat2, doakan moga sy thabat dan istiqamah di jalan ini..ORG KITE ADE DI SINI...ALHAMDULILLAH..

Thursday, December 10, 2009

Boleh ke Bergurau?

Gurau Senda
www.iLuvislam.com
Oleh: nasuha02*

Editor: b_b



Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling, biasanya kawan-kawan. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Maknanya, bila kita bergurau senda, secara tak langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita.

Biasanya, orang bergurau untuk menceriakan suasana. Takkan nak buat muka serius sepanjang masa. Macam kebanyakan orang mengatakan, “Hidup mesti ceria”.

Tapi, mari kita teliti, apa yang selalu ada dalam sesebuah gurauan? Lawak yang direka-reka, cerita yang dibuat-buat, perli memerli dan kata mengata antara satu sama lain. Itu antara yang biasa saya temui. Jarang sekali orang bergurau tapi dalam masa yang sama dia tak menipu. Tak sah kalau bergurau, dia tak mengata-ngata (secara bergurau) kat orang lain.

Kebanyakan kita menganggap gurauan adalah perkara biasa. Ada juga yang menyangka menipu dibolehkan ketika bergurau sebab tak membahayakan orang di sekeliling kita. Saya juga pernah menganggap begitu kerana merasakan apa yang kita guraukan hanya mainan semata-mata, bukan betul-betul, dan bukan niat untuk betul-betul berbohong.

Betulkah persepsi macam ni?



Banyak Ketawa Mematikan Hati

Pernahkah anda lihat orang yang ketawa terbahak-bahak, sampai katanya nak pecah perut dan sampai tak cukup udara nak bernafas? Apa yang kita fikir? Pastinya orang tu baru saja lihat atau dengar satu jenaka atau gurauan yang sangat menggelikan hati. Betul tak?

Kita akan ketawa apabila ada sesuatu yang menggeletek hati. Ya, itu memang sesuatu yang normal. Tapi, hakikatnya, di situlah akan timbulnya masalah. Gurauan yang melampau-lampau akan menyebabkan kita banyak ketawa.

Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali, beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Kata beliau,

Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya.[1]

Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya: “Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu!

Kita dibolehkan bergurau senda tetapi jangan berlebih-lebihan. Kenapa? Kerana ia akan mengundang banyak ketawa. Dan banyak ketawa akan mematikan hati. Dan mungkin akan menjatuhkan maruah diri. Kata Imam Ghazali,

Adapun berlebih-lebihan pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal-hal tersebut, maka tidak tercela,” sebagaimana diriwayatkan dari Nabi S.A.W. bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.[2]

Kita biasa dengar,

Isy dia ni. Ketawa sampai tak ingat dunia!

Hakikatnya begitulah keadaan orang yang ketawa berlebih-lebihan. Larut dalam dunia ketawanya. Sampai lupa dan tak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Dan lebih parah lagi, ketawanya itu juga menunjukkan kelalaian dari mengingati akhirat.

Nabi S.A.W. bersabda:
Maksudnya: “Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.[3]

Nilai Gurauan vs Nilai Persaudaraan

Ketawa memang seronok. Tapi menjadi bahan ketawa sangat menyakitkan hati. Hakikatnya, itulah yang selalu ada dalam sesebuah gurauan - mentertawakan orang lain.

Kita mungkin sekadar main-main, kata orang menyakat. Tapi, siapa tahu apa yang dirasai ‘watak utama’ kisah gurauan tersebut? Mungkin tak kisah, mungkin marah, mungkin kecil hati dan mungkin terus tak bertegur sapa.

Gurauan yang dianggap sekadar main-main boleh menjadi bibit kepada pergaduhan, pertengkaran, tak bertegur sapa dan permusuhan yang berpanjangan antara sesama Muslim. Begitu murahkah nilai persaudaraan dalam Islam sehingga kita sanggup menggadaikannya dengan kata-kata gurauan dan mainan yang langsung tiada nilai di sisi Allah?

Rasulullah S.A.W. sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda:
Sesungguhnya orang yang berkata-kata dengan suatu perkataan untuk mentertawakan teman-teman duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya.

Jujur dalam Berjenaka dan Gurau Senda

Sedarkah kita, ketika bergurau senda dengan rakan-rakan, kita mungkin dah berbohong? Berbohong bukan maksud saya betul-betul bercakap bohong. Tapi, hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.

Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, last sekali, kita mesti akan cakap,

Aku main-main je la…

Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.

Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :

Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta. [4]

Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.[5]

Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta.

Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.[6]



Macam mana cara yang betul untuk bergurau? Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda.

Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.

Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.

Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.[7]

Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri.

Apa yang saya perhatikan dalam kisah di atas dan beberapa kisah lain, Rasulullah menggunakan kaedah “double meaning” dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza. Jadi, cara sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau.

Sayyidina Umar r.a. pernah berkata:
Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih).

Mereka itu menjawab: “Tidak!

Maka Umar r.a. menjawab:
Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.

Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka. Na'uzubillahi min dzalik.

~Wallahu a'lam~


Nota kaki:
[1] Ihya' Ulumiddin, Imam Ghazali, Jilid 4, Bab Bahaya Lidah.
[2] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[3] Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas dan 'Aisyah r.a.
[4] Riwayat Bukhari dan Muslim.
[5] Riwayat at-Tirmizi.
[6] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[7] Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi dari Anas, Hadis shahih

Friday, November 27, 2009

Aidiladha tanpa umi dan ayah


Assalamualaikum...

Apa kabar sahabat2 sekalian....bagaimana iman kite arini?? bagaimana pula dgn amalan kite?? moga semuanya berjalan selari hendaknye...

Rasanye masih belum terlambat utk mengucapkan Selamat Menyambut AidilAdha...moga aidiladha kali ini mengajar kite erti pengorbanan yg sebenar...

Pagi2 lagi sy dah bangun dan bersiap2 utk ke masjid, 7.30 p sy bersama adik2 bergerak ke masjid...pesanan ayah semasa menelefon sy, kakak jgn lambat2 g masjid siap cepat2 n bawa adik2...sy menuruti kata2 ayah, dan kami merupakan orang pertama tiba di masjid...(huhu, abg ku merungut kenapa awal sgt g masjid)

Usai solat aidiladha, balik ke rumah dan bersiap2 utk ke rumah nenek...sampai di rumah nenek, semua dah berkumpul dan sangat meriah...sedihnye, kerana kami beraya tanpa umi dan ayah...aktiviti raya kali ni, bergambar dan pergi hospital melawat datuk...datuk baru lepas menjalani major operation...

terpancar di wajah datuk rase sayu,melihat ramai cucu2 dan anak menantu dtg ziarah...datuk tidak boleh bercakap banyak dan masih dalam keadaan lemah..nenek yg sudah tua dan semakin uzur menemani datuk sejak awal pagi...itulah pengorbanan seorang isteri terhadap suami..besar pengorbanan nenek pada kami sekeluarga...

Ayah ada menelefon sy pada jam 11.30 pagi utk bertanya kabar dan mengucapkan salam aidiladha...terdengar suara ayah yg sangat gembira berada di sana...Ayah n umi,moga sihat sentiasa dan dapat menunaikan ibadah dgn sempurna...doakan kami di sini...



Friday, November 20, 2009

2 in 1- Kegembiraan dan Kesedihan

Assalamualaikum....

Apa Khabar sahabat2 sekalian?? moga sentiasa dibawah naungan dan rahmat kasih sayangNya... bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita masih berpeluang merasai nikmat iman dan islam,Alhamdulillah...

Ok, ape ye post kali ni...2 in 1?? kenapa?? kerana terselit kesedihan dan kegembiraan setiap perkara yg berlaku dalam kehidupan sy baru2 ini...

Alhamdulillah, akhirnya tamat sudah peperangan exam dan demam exam pd 11hb yg lepas...dan seperti perancangan awal, sy dan JPK2 mawar yg lain akan ke PANGKOR utk bercuti bersama2 selama 3 hari...namun,disaat2 akhir sy terpaksa menarik diri...sob3,sedih sgt...3 hari menangis x henti2 (tipu je,nangis kejap2...biasa la tu...hehe)..sy lah org yg paling bersemangat utk pergi bercuti dan akhirnya sy juga org yg menarik diri...ade hikmah disebalik semuanya itu, rezeki belum tiba...

kenapa ye sy menarik diri?? merajuk?? eh, xla...bukan merajuk,tp ade tanggungjawab lain yg perlu diutamakan...sebagai anak sulung, keperluan keluarga perlu diutamakan...umi dan ayah mengharapkan sy disisi mereka sebelum saat akhir mereka meninggalkn tanah air...

berita gembira utk umi dan ayah, Alhamdulillah mereka berpeluang utk menunaikan haji pada tahun ini...lambaian kaabah disambut dgn hati yg girang dan penuh kesyukuran...mereka telah selamat tiba di tanah suci makkah pada 16 nov....kegembiraan jelas terdengar dari corong telefon...ya,walaupn agak sedih kerana terpaksa berpisah sementara namun hati gembira diatas kegembiraan umi dan ayah...moga lepas ini rezeki sy pula ke tanah suci...

setiap yg baik dan buruk itu semuanya ketentuan Ilahi, ada hikmah di setiap kejadian..cume kite perlu renung kembali...jgn mudah mengeluh,jgn mudah berputus asa...kite perlu terus berusaha, berusaha utk menjadi yg terbaik..berusaha utk mendapat yg terbaik,walaupn kadangkala ianya sukar...ya Allah, aku ini hambaMu yg lemah...tabahkan lah hati,kuatkn imanku,perbaikilah akhlakku...hanya kpd Mu ya Allah,aku berserah dan kepada Mu aku minta pertolongan...amin

Monday, November 9, 2009

Jom!! Muhasabah Diri Kita

Muhasabah Diri
www.iLuvislam.com
buluh*
Editor : kasihsayang


Muhasabah adalah perilaku bagi mengitung dan memperelokkan diri yang terbentuk di dalam jiwa seseorang manusia itu menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan yang boleh menjadi pengalang untuk mandapat keredhaan dari Allah Taala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang menikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi).

Sesiapa yang bermuhasabah dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan masa untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang batil. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Dia akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang yang dia lakukannya terhadap Allah Taala kerana takutnya diri ini kepada kekuasaanNya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan?

Berkata as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie:

Daripada takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah Taala. (Kitab: al-Burhan al-Muayyad).


Secara tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab terhadap Allah Taala dan rasulNya serta makhluk-makhlukNya. Melalui muhasabah juga manusia merasa diri mereka tidak diciptakan oleh Allah Taala dengan sia-sia. Setiap manusia pasti akan kembali semula kepada Allah Taala apabila telah sampai waktunya.

Firman Allah Taala bermaksud:

Setiap yang berjiwa (yang bernyawa) akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia telah beruntung. Kehidupan dunai itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah ali-Imran: Ayat 185).

Di dalam kesibukkan kita mengejar kekayaan dunia ini maka janganlah lupa juga untuk kita menyibukkan diri dengan mengingati Allah Taala. Perkara seperti inilah yang selalu dituntut oleh agama Islam.

Firman Allah Taala bermaksud:

Maka segeralah kembali kepada Allah maka sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu. (Surah adz-Dzaariyaat: Ayat 50).

Firman Allah Taala bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang yang benar. (Surah at-Taubah: Ayat 119).

Adapun golongan sufi sentiasa menyibukkan diri dengan penghambaan dan pengabdian diri kepada Allah Taala. Mereka beriman di dalam perjalanan musafir ini menuju Allah Taala dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Hati mereka sentiasa mengingati bahawa mereka akan kembali kepada Allah Taala pada setiap masa.

Firman Allah Taala bermaksud:

Di tempat yang disenangi (penuh kebahagiaan) di sisi tuhan (Allah Taala) Maha Kuasa. (surah al-Qamar: Ayat 55).

Berkata Syeikh Ahmad Zarruq:

Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat redha nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnya. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang sahih tanpa bertolak-ansur terhadap perkara yang telah nyata salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas. (Kitab: Qawaid al-Tasawuf).

Demikianlah pentingnya muhasabah di dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas maka seseorang itu akan sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar kita boleh memperbaiki kebatilan dan kelamahan diri sebelum diri kita menemui ajal.

Berkata Saidina Umar al-Khattab:

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang. (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).



--------------------

*buluh merupakan 'nickname' bagi salah seorang moderator agama iLuvislam.com, Ustaz Rashidi Abdul Wahab. Beliau aktif menulis di blog beliau, http://buluh.iluvislam.com. Pelbagai artikel tulisan beliau telah diterbitkan dalam akhbar seperti Berita Harian.


luahan hatiku: sy slalu lalai dan leka...mg perlu muhasabah slalu, perlu dinasihatkn selalu....tp hati sy sgt lembut, sgt mudah terusik...hm, sedihnya...

ya Allah, aku hambaMu yang lemah ya Allah...kuatkanlah iman ku...perbaikilah akhlakku, masukkanlah aku dalam golongan org2 yg beriman...jauhilah aku dari kemaksiatan dan tipu daya dunia...hiasilah diriku dgn keimanan yg teguh, dan akhlak yg mulia...sesungguhnya Engkau yg Maha Penyayang lg Maha mengasihani...

Friday, October 30, 2009

Salam Perjuangan



Assalamualaikum...

Apa kabar teman2 sekalian...dh lame xmenulis...sekadar copy paste je,utk perkongsian bersama..huhu...

Minggu peperangan telah tibe...berperang bersama pen utk melawan kertas peperiksaan...duduk di dalam dewan peperiksaan selama 3 jam,memerah otak dgn ilmu2 yg telah dipelajari...sangat memenatkan...tapi itu la lumrah kehidupan...kewajipan seorang pelajar...

di kesempatan ini,dengan rendah hatinya sy masyitah az-zahra

MEMOHON BERJUTA KEMAAFAN BUAT SEMUA TEMAN2 SEPERJUANGAN...SELAMA INI, SETIAP KATA2 YG TERGURIS HATI, PERBUATAN YG X BERKENAN DI MATA, DAN PANDANGAN YG MENAKUTKAN....

TERIMA KASIH YG TAK TERHINGGA BUAT LECTURER YG BERTUNGKUS LUMUS MENGAJAR KAMI....JASA MU DI KENANG, MOGA ALLAH MBERKATI KALIAN...


Teman2, buat yg terbaik dalam peperiksaan....demi kejayaan kite,demi kebahagiaan ibu bapa dan demi islam yg tercinta...tunjukkan semangat juangmu, jgn mudah menyerah kalah...niatkan dalam hati,setiap detik semua yg dperlakukan hanya kerana ALLAH...

buat sahabat2 yg disayangi kerana Allah, di sini sy juga mengambil kesempatan meluahkan rasa hati...sy sygkn kalian semua....syg kerana Allah..bsyukur yg x terhingga kerana Allah mpertemukan kite, dalam medan dakwah ini...dalam medan perjuangan ini...moga ukhuwah antara kite bkekalan...



p/s: yani, special for u...syukran ya ukhti, selama ni beri semangat dan kata2 nasihat....buat yg terbaik exam ni, for the sake of Islam...nt lepas exam i will write an entry about u...hehe

Saturday, October 24, 2009

Cinta Kampus: Matlamat Halalkan Cara




Matlamat salah cuba menghalalkan cara.

Melalui hidup sebagai remaja, hidup di universiti yang berjauhan daripada ibu bapa, sedikit sebanyak, tempiasnya akan terkena juga. Terlalu banyak dugaan dalam cinta siswa siswi dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri. Kehidupan di kampus yang jauh daripada pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan nafsu.

Bagi mereka yang sudah terjebak, bukan mudah untuk membuat keputusan yang rasional di saat emosi dan perasaan sedang berkecamuk. Kalau ambil keputusan untuk berpisah, adakah masih ada lelaki lain yang seperti dia? Kalau diteruskan hubungan ini, sanggupkah aku menanggung dosanya?

Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit daripada dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu.

Inilah dunia sekarang yang penuh dengan kekeliruan dan jauh daripada penghayatan Islam sebenar. Masing-masing menggunakan agama sebagai pasport untuk membuat kebaikan daripada kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasul.

Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu dalam pelbagai cara yang cukup kreatif. Rasanya ramai remaja merasakan perlu kepada teman lelaki atau perempuan yang berlainan jantina merupakan satu ‘keperluan’ untuk rasa sempurna. Tempiasnya terkena juga kepada golongan remaja khususnya siswa dan siswi yang nampak komited pada kerja-kerja dakwah.

Sememangnya manusia lebih terdedah kepada kebaikan yang adakalanya mengaburi mata mereka, walhal perkara itulah sebenarnya yang mengundang malapetaka buat diri mereka sendiri. Begitu payahnya kita mahu membezakan perkara yang baik dan yang benar-benar baik. Apabila kita sudah terhantuk barulah kita baru terngandah itulah sebenarnya kesilapan.

Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang penulis tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang untuk lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud. Bagaimana mereka memandang dan menilai kebaikan?



MATLAMAT HALALKAN CARA

Penulis rasa gusar memandangkan beberapa kes yang banyak berlaku di kalangan mereka ingin membawa Islam, tetapi akhlak pergaulan muslimah dan muslimin tidak dijaga.

Hanya berbekalkan perkataan yang berbentuk perbincangan, jihad, tazkirah, dan mengejutkan untuk ber-tahajjud, sinonim dengan perbincangan berbau Islam mereka anggap hubungan mereka ini sudah diredhai walaupun hanya sekadar bertelefon, sms, e-mail dengan luahan perasaan cinta masing-masing.

Tambahan lagi pengaruh nasyid temporari kini yang hangat mengutarakan lagu cinta sesama muslim menjadi penghangat cinta bagi mereka yang menghalalkan cara.

Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikkan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikkan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan. Memanglah alam remaja, teramat indah jika ada orang lain yang sentiasa caring ke atas kita, tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan dan keburukan pasangan masing-masing.

Bila anak-anak sudah bertambah dan kesibukan hidup pun juga bertambah, hilanglah segala impian-impian dan angan-angan terdahulu.

Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat ber-couple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah Taala bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah Taala. Rumahtangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai.

Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya.

Muhasabahlah kalian.

HAYATI AJARAN ISLAM SEBENAR

Kita bincang pasal manusia, naluri manusia suka dicintai dan mencintai, hati pula kalau sentiasa senang akan menjadi bosan tapi kalau sentiasa susah hati akan menjadi rawan, nafsu adalah kelemahan manusia. Barang siapa berjaya menundukkan nafsu, martabatnya akan menyaingi malaikat, kalau ditundukkan oleh nafsu akan turun lebih rendah daripada binatang.

Memang susah merubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga udara yang tadinya mendung menjadi terang benderang. Memang susah melakukan itu, dan ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia.

Namun sedar atau tidak, takwa kepada Allah Taala adalah yang perlu ditekankan. Betapa beratnya balasannya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua maklum tentang balasan Tuhan.

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” al-Ankabut (29:69)

Usahlah berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan kalian buat ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, segeralah berhijrah kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang untuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita.

Perlakuan matlamat menghalalkan cara mengelabui mata.

Perintah itu wajib.

Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.

Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah Taala serahkan kita kepada manusia.

Mua’dz ra berdoa sebelum kematiaannya: “Aku mencintai hidup hanya untuk tiga perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam hari dan untuk berkumpul dengan para ulama”.

Carilah kesibukkan di antara terlopong masa dengan pekerjaan, daripada sesenang pekerjaan yang dikira ibadat yang boleh menghasilkan pahala. ameen


Sumber: blog ustaz rezza dan di edit oleh editor iluvislam

Wednesday, October 14, 2009

Raya 20092009

Assalamualaikum...

Apa kabar teman2 sekalian...syukran kerana masih sudi mengunjung ke blog sy yg semakin lesu...lesu dek kerana kesibukan sebagai pelajar tahun akhir...banyak kerja yg perlu dbereskan... hm, xpela moga Allah permudahkan urusan hambaNya ni...

Sedikit perkongsian ttg hari raya yg dilalui oleh sy...kebetulan raya tahun ni jatuh pada tarikh 20.9.09, same dgn tarikh lahir nenek dan asyraf (sepupu sy). Happy birthday di pagi raya, asyaf paling untung kot dapat duit raya lebih...hehe..tp dh besar panjang, ulur2 ler kt kite yg pendek ni...

Family sy besar...tapi raya kali ni x sume dapat berkumpul, masing2 balik umah mertua, family ayah gi (3 0rg, balik kelantan), family atam (3 org, balik penang), family ayah chik (3 org, x dapat balik, raya oversea australia) n family ude (3 org, seremban)...huhu..yg ada hanya family sy (5 org), family mak long (8 org + 1 baby dlm perut kak e'a), family mak ngah (7 org), nenek, datuk, ucu dan org gaji..tp,still meriah...hehe

Ramai sedara belah datuk n nenek yg dtg umah nenek...seronok lah, sbb beraya dgn umah baru...nenek baru renovate rumah, supaya dapat menampung cucu2 nye yg semakin ramai dan membesar...haha

k la, xnk taip byk2...biar gambar yg menceritakan segalanya...



my cousin, posing di pagi raya...n ucu bagi duit raya kt nenek...


my family....akak syg semuanya...



umi dan ayah tercinta....




x lepaskan peluang, posing di laman baru rumah nenek...hehe...cantikkan landskap umah nenek..




bergambar bersama nenek, makNgah, nek yah, umi n cousin2



dgn datuk kami.....



raya ke-6,kak oyuy bertunang..tahniah!!



anak2 ude, comel kn....



kak oyuy dan hantarannye...

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum....

buat semua teman2 seperjuangan...krew iluvislam, teman2 JPK, sahabat2 dan semua yg mengenali diri ini....

Saya ingin mengucapkan' SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN' Sempena Syawal yg hampir tiba dan Ramadan yg hampir penghujung , saya mengambil kesempatan mohon Shaking Hands, dihalalkan Burger 2Soda Cup 2Gossip. Kira High Five dah le. Selamat pulang ke kg halamanHouse. Jgn lupa Lock DoorWindow, Laundry jgn lupa angkat Clothes LinePerkakas elektrik jgn lupa di OFF kan, Sweeping rumah, Ironing baju supaya senang di kg nanti. Mana yg cid:image014.gif@01C923D0.88436E20 berhati-hati di jalan raya, pastikan kereta yg dipandu cid:image015.gif@01C923D0.88436E20 & cid:image016.gif@01C923D0.88436E20 dan jgn Road Rage jika h/way jam.Yg naik Airplane Bus, Bike Riding, Conductor Cruising berhati-hati. Yang memandu Convertible & Motorcyle 2jgn ingat mcm di NASCAR, silap haribulan Police Car kejar kena saman. Hati-hati dgn Rubber DuckChicken 2 DuckCow 3yg suka melintas. Sesiapa yg ada bela FishyKitty jgn ditinggal kelaparan. Kalau mengantuk singgah berehat sekejap ChocolateOrange JuiceSalad (mlm ajelah). Baby Bottle anak jgn lupa. Nampak sign board Place Setting WomenMen berenti le kejap. Pekena Hot Chocolate syok juga. Jgn nanti naik keje ada yg DoctorSling. Jgn makan lebih-lebih nanti Sick In Bed susah sendiri. ingat-ingat makan mana yg diet jgn lupa, nanti masa puasa turun 5kgWeighingScale, naik raya tambah 10kg Fat Woman 4baru ia. Welcome  HomeSemoga selamat sampai ke kg pulang ke rumah semula. Ingatlah Family Portrait tercinta.


''Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa Yang telah datang kepadamu dari kebenaran. bagi tiap-tiap umat Yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu Dalam ugama Yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa Yang telah disampaikan kepada kamu. oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa Yang kamu berselisihan padanya."
Al-Maidah, 5 : ayat 48

copy paste dari email seorg sahabat...kredit to kak has...