Saturday, August 29, 2009

Jangan Lepaskan Peluang!!

Meriah Ramadhan @ iLuvislam.com

(Anjuran Event Team Malaysia@iLuvislam.com)


Kategori A : Bawah 12 tahun

Kategori B : 13 - 18 tahun

Kategori C : 18 tahun ke atas




Jenis-jenis Pertandingan

1. Mencipta Komik Islamik (Kategori B dan C sahaja)

2. Mengarang Esei (Semua Kategori)

3. Melukis dan Mewarna (Kategori A sahaja)

4. Persembahan Multimedia (Semua Kategori)



Hadiah-hadiah untuk Pemenang

1. Setiap Pemenang Utama bakal mendapat hadiah Langganan Majalah daripada Karangkraf.

2. Setiap pemenang akan dijemput untuk menyertai BackToBasics@Raya (B2b@Raya) bersama Krew-krew iLuvislam.Com pada bulan Oktober.


Syarat- syarat Umum


i. Terbuka kepada semua ahli iLuvislam.com yang berdaftar sahaja. Klik sini jika belum mendaftar.

ii. Krew iLuvislam.com tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.

iii. Setiap bahan yang dihantar akan menjadi hak milik iLuvislam.com. Namun kredit akan diberikan kepada penghantar.


Syarat-syarat Khas


1. Komik Islamik (Kategori B dan C sahaja)


- Peserta hanya boleh menghantar sekurang-kurangnya 2 penyertaan. (Tetapi HANYA SATU TERBAIK akan dipilih jika layak menang)

- Komik mestilah bertemakan Ramadhan Bulan Barakah & Syawal Penuh Rahmat, memaparkan ciri-ciri islamik, kreatif, menarik dan mempunyai mesej yang ingin disampaikan.

- Komik perlulah ASLI dan tidak diplagiat daripada mana-mana karya yang telah diterbitkan

- Komik yang dihasilkan adalah komik pendek iaitu satu muka surat sahaja

- Boleh diwarnakan atau hitam putih sahaja

- Penyertaan akan dinilai melalui kreativiti, mesej yang disampaikan, kekemasan dan menarik minat.

- Masa yang diperuntukkan adalah selama 2 MINGGU sahaja.

- Emelkan komik anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.

- Pemenang akan ditentukan oleh panel iLuvislam.com

- Jumlah Pemenang : 5 x 2 kategori = 10 pemenang (2 pemenang utama).



2. Mengarang Esei Ramadhan

- Peserta hanya boleh menghantar SATU penyertaan sahaja

- Esei bertemakan :

Kategori A : Kenikmatan dan Kelebihan berpuasa Ramadhan

Kategori B : Impak berpuasa Ramadhan kepada individu dan keluarga

Kategori C : Amalan berpuasa dalam membentuk masyarakat Sakinah dalam Negara berbilang bangsa

- Panjang esei :

Kategori A : 250 hingga 500 patah perkataan

Kategori B : 1000 hingga 2000 patah perkataan

Kategori C : 3000 hingga 5000 patah perkataan

- Setiap petikan idea dan rujukan perlu disediakan nota kaki

- Jarak setiap baris adalah 1.5, menggunakan font Arial, saiz 12,

- Penyertaan akan dinilai berdasarkan penguasaan tema, banyak penggunaan bahan rujukan, pengolahan bahasa

- Masa diperuntukkan adalah selama DUA MINGGU sahaja

- Setiap halaman perlu ditulis muka surat.

- Setiap penyertaan perlu bertaip computer.

- Emelkan esei (sebagai attachment) anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.

- Pemenang akan ditentukan oleh panel iluvislam.com.

- Jumlah Pemenang : 4 x 3 kategori = 12 pemenang (1 pemenang utama bagi setiap kategori)



3. Melukis dan Mewarna (Kategori A sahaja)


- Setiap peserta hanya dibolehkan menghantar SEBERAPA BANYAK penyertaan. (Tetapi hanya satu terbaik akan dipilih untuk mendapat hadiah.)

- Lukisan perlu bertemakan "Keluasan RahmatNya melalui Ramadhan" ATAU "Ria Syawal dengan Bersederhana"

- Setiap penyertaan adalah asli dan tidak diplagiat daripada mana-mana sumber.

- Setiap lukisan mestilah diwarnakan.

- Lukisan akan dinilai melalui penggunaan warna, kreativiti dan memenuhi kehendak tema.

- Lukisan hendaklah di'scan' dalam bentuk JPEG atau GIF dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.

- Emelkan lukisan anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'.

- Pemenang akan ditentukan oleh panel iluvislam.com

- Jumlah Pemenang : 8 pemenang (2 pemenang utama)


4. Multimedia presentation (Semua Kategori)


- Sediakan video atau rakaman pendek mengenai Ramadhan.

- Persembahan hendaklah tidak melebihi tiga minit

- Persembahan perlulah mempunyai mesej yang ingin disampaikan, menarik dan kreatif

- Upload video anda melalui Mediafire. (Tidak dibenarkan upload ke YouTube atau Metacafe.)

- Emelkan link download video anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.

- Pemenang ditentukan melalui 50% undian ahli iLuvislam.com dan 50% dari juri dari kalangan Krew.

- Jumlah Pemenang : 3 x 3 kategori = 9 pemenang (1 pemenang utama bagi setiap kategori).


Cara Menghantar Penyertaan [PENTING]


1. Emelkan link download video anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.

2. Hantarkan semua penyertaan sebagai attachment. (Bagi pertandingan Persembahan Multimedia, sila berikan link untuk download).

3. Sila sertakan maklumat berikut :

1. Nama Penuh :

2. Nickname di iLuvislam.Com :

3. Umur :

4. Alamat Semasa :

5. No. Tel :

6. Jenis Pertandingan :

7. Kategori Pertandingan :

8. Jumlah Penyertaan yang Dihantar :

4. Pada ruangan Subject dalam email anda, sila isikan Meriah Ramadhan@iLuvislam : [jenis/kategori pertandingan yang anda sertai].


Sebarang pertanyaan, boleh diajukan di ruangan komen klik.

Thursday, August 27, 2009

Dugaan Ramadhan..

Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat2 sekalian...moga sentiasa berada dalam nikmat iman dan islam,insyaAllah... bagaimana puasa kite??dh masuk hari ke-5, Alhamdulillah...masih diberi nafas utk terus hidup di muka bumi Allah...

Dugaan utk sy di bulan ramadhan..esok, akan diadakan iftar jamaie bersama krew iluvislam disekitar shah alam..sy dberi kepercayaan utk mencari tempat, dan booking tempat...Alhamdulillah tempat yg terpilih adalah KEDAI KOPI 2...sy telah berjanji dgn pihak berwajib utk membayar duit deposit pada hari ini...

Hari ni clas sy full, yg terakhir adalah pd jam 6 ptg...,telah berjanji dgn kawan utk ke KEDAI KOPI pada jam 6 ptg...tapi pukul 6.45 ptg baru kami keluar dari kolej disebabkan menunaikan kewajipan sbg seorg muslim (clas hbs lmbt)...

Maka kami pun terkejar2 (bukan main kejar2, tapi main rempit merempit)....cuaca pula sgt mendung dan menampakkan seperti nk hujan lebat...dalam hati,sy berdoa agar hujan tidak turun sebelum kami smpt sampai ke destinasi...

Pukul 7, kami sampai di KEDAI KOPI...suasana di sana sedang sibuk kerana sudah hampir waktu berbuka...manager restoran, kak ida tetap melayan kehadiran kami (walaupun dia kata dia tgh sibuk..huhu...)...sy pn berurusan dgn kak ida ttg bayaran deposit..

After bayar deposit,sy n yani (yg sudi menemani sy) bergegas utk membeli juadah berbuka...masing2 mula bersoal jawab sama ada sempat atau tidak sampai ke kolej..akhirnya kami berhenti di sek 2 utk membeli juadah berbuka...huhu...dapat beli 3 bungkus air dgn harga RM1 di bazar sek 2...(biasa la, dh akhir2...semua siap nk tutup gerai)...makanan n minuman ni sy letakkan dlm box motor...

Al kisah, semuanye bermula di sini...yani mencadangkan kami tgu azan (sbb lg 2minit nk azan)..apabila persetujuan dicapai, tiba2 fikiran berubah..kami nk gak redah balik kolej...huhu..sy pn ape lg, press minyak sampai habis...sampai di pertengahan jalan, azan pn berkumandang...sy tny, "nk berhenti buka dulu ke"...jawapannye, "kite balik kolej je la kak, bawa laju2.."

Wah3...mg agak laju gak bawa motor...habis semua bumper sy langgar...x brek pn..penumpang di belakang asyik jerit je...haha...sabar ye dik...kire ok la tu...sampai je di kolej, sy bergegas buka box nk amik air utk buka..MASYAALLAH...box sy dh BANJIR!!!! banjir dgn air minuman td...semuanye tertumpah...tiada sebungkus pn yg terselamat...Ya Allah,dugaan dugaan...

bungkusan nasi juga sudah penuh dgn air....wawawawa...yani mula menunjukkan muka tension, tp mula tersedar yg ini semua ujian Allah...Astaghfirullah..lepas tu kami pn gelak same2..hak3..berbuka puasa dgn nasi yg dh bercampur dgn air 3 rase (kedondong, asam boi, n tembikai susu)...




motor ku digenangi dgn air 3 rase (dh bercampur airnye...)



gane nk bersihkn??ish3, g buka dulu...



mcm kuah kari pn ye...huhu


moral of the story:
jgn bawa motor laju2...
jgn lewat sgt beli mknn utk berbuka...hehe


Monday, August 24, 2009

Checklist Ramadhan...

'Checklist' Amalan di Bulan Ramadhan
www.iLuvislam.com
dihantar oleh: easya
editor: everjihad

4.00 pagi

1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”

2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.


4.20 pagi

1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


5.00 pagi

1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.


5.30 pagi


1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.


7.00 pagi

1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.

2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.

3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi

1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja


12.45 tengah hari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 petang

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA


5.30 petang

1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!


6.30 petang

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :

“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.


8.00 malam

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 malam

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :

"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."

Sunday, August 23, 2009

Alhamdulillah, diizinkan Allah...

Assalamualaikum...

Salam mahabbah buat teman2 sekalian...moga dilimpahi rahmat dan kasih syg Allah....Alhamdulillah masih dipanjangkan umur utk menjalani ibadah puasa...syukur kehadrat ilahi, kite berpeluang lg bertemu dgn Ramadhan Al-mubarak...

dikesempatan ini, sy memohon maaf atas segala kekhilafan....moga ramadhan kali ini dapat melatih kita agar menjadi individu muslim yg berdisiplin dan bersedia...




KELEBIHAN RAMADHAN


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban.


Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.


1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.

-Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-


2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.

- Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-


3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-


4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-


5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-



PENERANGAN HADIS


1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.


2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.


3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.


4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.


5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.


6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.


7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.


8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.


9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.


10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.


11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.


Saturday, August 15, 2009

Monyetnye cinta budak2 ni...

Assalamualaikum...

Apa kabar sahabat2 sekalian...moga sentiasa berada dalam mahabbah dan rahmat Allah s.w.t...
minggu lepas,Alhamdulillah sy berpeluang mengikuti forum anjuran iluvIslam.com di INSPEN... forum yg dberi tajuk "monyetnya cinta kita"...wah, tajuknye pn dh menarik...bagaimana pula dgn pengisiannye ye..pasti lah menarik juga kerana penceramah yg dijemput bukan calang2 orgnye...

Forum tersebut menampilkan tiga org panel yg hebat iaitu ustaz Hasrizal (pemilik web saifulislam.com), ustaz Zahiruddin (penasihat iluvIslam), dan Pak Firdaus Djamaris (trainer ESQ 165)..gandingan yg mantap dan forum yg sangat berkesan bagi anak2 muda seperti sy...

Ustaz Hasrizal

cinta itu fitrah manusia..setiap manusia akan ade sifat utk dikasihi dan mengasihi...cinta memerlukan perhatian dan kasih syg...namun, cinta yg salah arah tujunya menjadikan kita hamba yg tunduk dan patuh pada pasangannya...

Rasulullah s.a.w bersabda,
"Tidak sempurna iman seseorang muslim itu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


hadis nabi diatas adalah salah satu bukti yg menunjukkan setiap daripada kite perlu bercinta..namun cinta itu pada siapa?? layaknya cinta itu pada org yg mencintai Allah dan Rasul...

Benarkah kenyataan, cinta monyet menjatuhkan tamadun?

mari kite baca sejarah dibawah...

Kisah ini berlaku pada kurun ke-15, ketika Andalus di ambang kejatuhan. Kerajaan Nasrani ingin menjatuhkan Andalus. Maka, mereka menghantar mata-mata atau spy untuk melihat keadaan anak muda di Andalus pada ketika itu. Mata-mata itu pun berjumpa dengan seorang pemuda yang sedang menangis di bawah sebatang pokok. Lalu mata-mata Nasrani itu pun pergi ke arah pemuda yang sedang menangis lalu bertanya mengapa dia menangis.. Dan pemuda itu menjawab,

"Aku menangis kerana kalau dahulu satu panah ku mampu untuk mengenai 2 sasaran... tetapi kini satu panah ku hanya mampu untuk mengenai satu sasaran sahaja."

Lalu mata-mata Nasrani itu pulang ke tempatnya dan memberitahu kepada pemimpinnya bahawa Andalus belum sedia untuk diperangi. Selepas beberapa tahun, kerajaan Nasrani mengahantar kembali mata-mata untuk mengintip keadaan pemuda di Andalus pada ketika itu. Mata-mata itu terlihat seorang pemuda sedang menangis di bawah sebatang pokok. Lalu, mata-mata tersebut menghampiri pemuda itu dan bertanya mengapa dia menangis.. Lalu pemuda itu menjawab...

"Aku menangis kerana kekasih hatiku telah meninggalkan aku."

Maka, mata-mata itu pulang dan memberitahu bahawa kini, Andalus sedia untuk diperangi. Maka pada tahun 1492, kota Andalus yang berusia lebih 700 tahun itu telah musnah di tangan orang-orang Nasrani di saat ketika pemuda-pemudanya hanyut dengan cinta monyet ini.

sedihnya bila mengetahui kisah di atas...bagaimana kuasa cinta itu boleh menyebabkan pemuda kita rosak dan hilang semangat seorang pejuang islam...tamadun itu adalah manusia...apa yg menghebatkan manusia,itu yg membangkitkan tamadun..

cinta monyet,
bila didekati menjadi gatal...remaja kita pula salah mencari ubatnya...
jadilah ia seperti AKU DIBIUS CINTA...
org yg dibius cinta, mereka berada dlm kesesatan yg nyata...

cinta monyet,
melemahkan akal...akal yg sepatutnya digunakan utk mengagungkan islam,
digunakan utk membantu dalam pembentukan diri,
akhirnya mencela kita semula...
hanya kerana MONYETNYA CINTA KITA....

cinta itu simptom @ penyakit...kite perlu ada pegangan akidah,keyakinan kita pada Allah dan minta lah petunjuk dari Allah....

ingat lah wahai pemuda pemudi harapan bangsa...fikirlah masa hadapan dulu sebelum memulakan sesuatu...sama juga dgn bercinta, fikir lampin anak sebelum memikir pelamin yg indah...

Ustaz Zahiruddin

Kasih syg itu anugerah Allah s.w.t...tanya lah diri kita, adakah kasih syg itu keperluan @ kehendak?

Jawapannya ia mengikut keadaan dan situasi kita...semasa kita baru dilahirkan, kasih syg itu adalah satu keperluan...tanpa kasih syg, bagaimana kita hendak membesar dgn sempurna seperti skrg??

kerana kasih syg umi dan ayah sy, sy jd seperti skrg...cukup makan minum, tempat tinggal dan segala2 nya...terima kasih umi ayah...terima kasih ya Allah...Kau kurniakan aku KASIH SYG insan yg mulia...

Apabila sudah meningkat remaja, bayi yg dulu memerlukan kasih syg telah dewasa dan mendefinisikn cinta itu mengikut pandangan nafsu...jadi cinta sudah bertukar menjadi kehendak utk memiliki pasangan...ini lah MONYETNYA CINTA BUDAK2 NI...

Jangan pernah ingin bercinta, kalau kasih sayang Allah tidak pernah dihargai. Jangan pernah ingin bercinta sesama manusia, jika kasih sayang Rasulullah s.a.w tidak pernah dihargai. Jangan pernah ingin bercinta sesama manusia, jika kasih sayang ibu bapa tidak pernah dihargai....

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan amal yang dapat menghantarkanku pada cinta-Mu. Ya Allah.. Jadikan cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku sendiri, keluargaku dan dari air yang dingin. (Hadis Riwayat Tarmidzi)

cinta pada Allah dan Rasul adalah yg paling utama...bangunlah wahai teman, bangunlah wahai sahabat sekalian...ke mana kita selama ini...kenapa kita lalai, kenapa kite boleh membiarkan diri ini lupa pada penciptaNYA?? kembali lah,carilah cinta yg sejati yg akan kekal abadi...CINTA ALLAH YG BERSIFAT AR-RAHMAN dan AR-RAHIM..

Pak Firdaus

Cinta itu terbahagi kepada 3 iaitu :
  1. Intelektual
  2. Emosional
  3. Spiritual

CINTA INTELEKTUAL

Cinta intelektual ialah cinta yang dilihat daripada perspektif fizikal seseorang. Conntohnya adalah seperti berikut :

"Ish... hensemnye dia. Macam Brad Pitt lar."

"Perempuan tu lawa lar. Macam Siti Nur Haliza."

"Aku suka lelaki macam dia tu, sebab dia tinggi, hidung mancung.. memang sesuai dengan citarasa aku."

"Perempuan macam tu lar taste aku, tak tinggi sangat, tak rendah sengat. Sedang-sedang jer. Tak gemuk sangat, tak kurus sangat.Mata bulat pulak tu. Memang lawa."

Maknenyer... cinta itu didefinasikan melalui fizikal seseorang. Kalau tak paham, buat-buat paham lar. hehehe....

CINTA EMOSIONAL

Cinta emosional nie lebih kurang macam love at first side. Baru jumpa pertama kali, jantung dah bergetar hebat. Dan cinta emosional nie juga selalunya cinta yang mendatangkan nafsu. Contohnya ialah menonton cerita-cerita dekat television. Apabila seorang lelaki melihat wanita-wanita seksi lagi seksa di kaca television, maka terbitlah penyakit hati iaitu pandangan yang penuh nafsu. Maka akan dikatakan bahawa dia telah jatuh cinta pada pelakon itu dan sebagainya, padahal ianya hanya atas dasar nafsu semata-mata.

CINTA SPIRITUAL

Cinta spiritual inilah yang telah hilang. Konsepnya mudah, cinta atas dasar ketaqwaan kepada Allah semata-mata. Pak Firdaus mengambil kisah Saidina Umar r.a. Ketika Saidina Umar sedang meninjau keadaan rakyatnya pada suatu malam, beliau mendengar satu rumah dengan suara tangisan kanak-kanak. Saidina Umar r.a. pun menghampiri rumah tersebut.

Alangkah terkejutnya Umar apabila melihat si ibu sedang merebus batu untuk anak-anaknya. Akhirnya si anak kepenatan dan tertidur sambil menyangka makanan sedang dimasak. Si ibu mula bersuara, "Ini semua salah Umar, salah pemimpin kerana tidak pernah tahu tentang kesusahan rakyatnya yang miskin." Umar balik ke gudang rumahnya dan mengambil seguni gandum lalu meletakkan di belakangnya dan memikulnya sendiri untuk dibawa ke rumah si ibu tadi.

Sedang pengawal peribadinya terlihat, lalu dia berkata, "Wahai Amirul Mukminin. Mengapa engkau bersusah payah sebegini rupa, sedangkan kau adalah pemimpin." Lalu Umar menjawab, "Ini adalah amanah dan tanggungjawab ku, mereka yang kelaparan adalah rakyatku. Aku takut untuk mengahadapi Tuhanku di akhirat kelak."

Secara konklusi nyer, perbuatan Umar mengangkat gandum sendiri menunjukkan beliau tidak mengambil kisah tentang statusnya, menunjukkan bahawa beliau takut akan Allah dan kasih kepada rakyatnya. Inilah kasih sayang yang telah hilang di zaman kini. Kasih sayang yang berasaskan ketaqwaan kepada Allah.

begitulah hebatnya panel2 forum ini berhujah dan melontarkan nasihat bernas...sy sangat kagum dan tersentuh...moga sahabat2 juga seperti itu,ambillah sedikit pengajaran dari setiap apa yg kite lalui...muhasabah diri,dan sentiasa lah mengingati mati...

p/s: syukran utk yani,kredit to her...akak copy paste dari blog awk....hehe..moga kite sama2 dapat manfaat dari perkongsian di atas...amin

Menjadi Isteri Idaman

Assalamualaikum...

Apa kabar teman2 sekalian...moga sentiasa berada dalam keimanan dan ketakwaan kepada Allah...dh lame x update blog...sgt sibuk dgn urusan di kolej, dan assignment yg semakin menimbun...

Alhamdulillah,pd 5 ogos yg lepas telah diadakan satu forum yg bertajuk "menjadi isteri idaman" di kolej Mawar..sy sebagai pengarah program bagi forum tersebut...agak sibuk dgn penyediaan surat, set up tempat, jemputan, dan penceramah...

Alhamdulillah, urusan sy dpermudahkan apabila ade seorg shbt iluvislam yg sudi menolong....Mr.S telah meminta bantu kakaknye utk mencarikn seorg penceramah yg sudah berkahwin dan mempunyai ciri2 muslimah solehah...

Walaupn majlis agak tergesa-gesa dan banyak komen yg kurang enak dari audience, sy masih berpuas hati kerana penceramah yg semuanye bidang terjun memberi input yg berguna...utk maklumat lebih lanjut, boleh la ke blog sahabat sy...klik ye...
mc terjun

p/s: maaf, tulisan ringkas sahaja...banyakyg nk dcerita kn tp x larat nk taip..hehe..insyaAllah, sy akan kepilkn gambar forum kemudian...x sempat nk amik kt kawan lg...

Sunday, August 2, 2009

Sulung vs Bongsu..siapa lagi manja?


bibina yg bongsu, n badrul ank sulung

Assalamualaikum...

Apa kabar shbt2 sekalian...moga sihat serta berada dalam lindungan iman dan islam...hm, entry kali ini lebih kpd luahan rase hati seorg kakak...sy seorg kakak...anak sulung dlm keluarga dan mempunyai 2org adik...seorg lelaki n seorg perempuan...sy dberi gelaran kakak, yg kedua abg n bongsu adik...


Semalam sy ke pasaraya bersama dua org anak bongsu...adik sy (cik yam) n sepupu (si H)...semasa dlm pjalanan blaku lah dialog antara kami...dialog ini tercetus kerana si H hendak membuka radio dan symelarang (mst la, nath channel ape ntah dia nk dgr)... sy mg tidak gemar memandu smbil dgr radio, kalo dgr pn hanya IKIM sahaja...sy bkn penggemar muzik..


dsebabkn itu, timbul ketidakpuasan hatinya...sila baca dialog di bawah...


si H: asal plak xleh tukar channel..org nk dgr lagu

sulung: eh,jgn la..nt ayah org marah...tukar2 channel...

si H: tp org nk dgr lagu (tgnnye masih mencari channel baru, n sy menepis-nepis tgnnye)


sulung: eh, dgr je la radio yg dh ade ni...smbl ckp dlm hati (mcm kete dia plak, budak keras kepala) Astaghfirullah


si H: ei, anak sulung mg cmni eh...nk marah2, suka ikut cakap dia je...manja


cik Yam: a'ah, mg kakak tu...suka nk ikut ckp dia je...dh la manja


sulung: dlm hati (hak ala, apahal budak bongsu 2org ni..sekeh kang baru tau)


si H: mg, anak sulung ni, manja...biasa la kan..dia lahir dulu...so, dpt kasih syg lebih (budak ni bg fakta salah)

sulung: eh, sedar la diri sikit...ank bongsu tu lg manja...nk ape je semua dapat...dh la degil, keras kepala dan .....


si H: betul la, korg manja...biasa la, lahir dulu, dapat kasih syg dulu...kite ni last, dh xde ape dh..

(kurang asam n garam betul budak2 ni)


Kalian sambungla sndr dialog tu...mg panas je hati sy spanjang pjalanan ke pasar raya...geram n menyesal sbb bawak dorg ni, kalo ikutkn hati rase nk tglkn tepi jalan...Astaghfirullah..sedarlah wahai anak bongsu, mg anak sulung mendapat kasih syg terlebih dahulu tp kalian mendapat lebih kasih syg kerana tidak perlu bkongsi dgn adik2...

Sedar lah wahai anak bongsu...setiap ape kemahuan kalian pasti akan dpenuhi...PSP, HP, basikal, barbie doll dan sebagainye...jika tidak memperolehinya, kalian mogok...menyorok dlm longkang, ponteng skolah...tp, kami yg sulung tidak brani meminta benda2 tu kerana tahu kemampuan ayah n ummi...


Sedarlah anak bongsu, kalian sgt bertuah kerana ada abg dan kakak yg menjadi tmpt rujukan, (walaupn kdg2 abg n kakak melayanmu dgn kasar)...tempat utk kamu meminta hadiah (kak, belikn adik tu, belikn adik ni..nk topup kak)...sedarkah kalian semua itu?
apa sahaja kemahuan kalian akan cube dipenuhi...(anak sulung slalu jeles, dia x dpt pn kelebihan tu)

Semasa umurku 10 tahun, sy yg menggosok semua baju sekolah sy n adik2...semasa umurku 15 tahun, sy sudah mula mengemas rumah, membasuh pinggan, melipat baju dan baut keje rumah yg lain...cube tny anak2 bongsu, ape mereka buat pada usia ini...jawapannye, tgk tv la...main game la...kuar dgn kawan2 la...


Allah sudah menetapkn setiap drp kite tanggungjawab...jadilah insan yg btanggungjawab wahai anak bongsu...jgn kamu merasa dirimu masih kecil...berilah sumbangan tenagamu kpd keluarga...teringat sy ttg insiden dimana adik sy masih dkatakn kecil sdgkn dia sudah muda remaja...kakak la kena tolong umi, adik tu kecik...


Anak bongsu...pergilah berdiri ddepan cermin dan lihatlah diri mu...betapa sudah besarnya kalian...bukan lagi 'ADIK' kecil yg tidak boleh dsuruh menolong...bukan lg 'ADIK' kecil yg x larat nk buat keje rumah...


Moga kalian sedar dan insaf, kalian bukan lg anak kecil...tp anak bongsu yg sudah dewasa n sedarlah diri kalian....siapa yg lagi manja?


p/s: nukilan ini tidak kena mengena dgn anak bongsu diluar sana...hanya anak bongsu dlm keluarga sy dan seangkatan dgnnnya...harap maklum...