Thursday, January 27, 2011

Kerjaya!! itu PASTI!!


Assalamualaikum dan salam mahabbah buat shbt2 yg masih sudi mengunjungi laman sesawang sy ni….mg dh lame bersawang pn blog ni kan…huu…

Entry kali ni lebih kepada kehidupan sy skrg setelah bergelar dot dot dot….ops, gurauan semata =p…fakta sebenar adalah setelah bergelar graduan…Alhamdulillah…sy dh konvo dan juga sy sudah BERKERJAYA!! Ok, berkerjaya…bagaimana timbulnya soal berkerjaya itu?? Berkerjaya itu timbul bila seseorang itu sudah berJAYA mendapatkn KERJA…jd terbentuklah perkataan KERJAYA gabungan antara KERJA + JAYA…hehehe…mengarut sudah…


Kerjaya yg sy pilih adalah sebagai GURU TADIKA…@ lebih tepat lg GURU PASTI…anda semua pernah dgr ttg PASTI?? @ anda sendiri tidak PASTI?? Huhu…bagaimana sy boleh bkecimpung dlm kerjaya ini?? Oh, pnjg ceritanya…dpendekkan cerita, sy sudah jatuh hati pd professsion pendidikan awal kanak2…

Alhamdulillah, februari ni genaplah 7 bulan sy sebagai org yg berkerjaya…pelbagai dugaan dan ujian yg melanda diri ni…kerana org pandang, kerjaya sy itu bkn kerjaya yg HEBAT…mgkn kerana kelulusan yg ada x selari dgn kerjaya sy….namun gagahkn diri juga, mendengar dan menjawab pertanyaan orang sekeliling…menangkis tanggapan demi tanggapan…Alhamdulillah dpt juga bertahan sehingga skrg..lepas ni xtau la kan…

WALAU APA PUN…sy sangat gembira dgn kehidupan skrg…menunggu yg akan datang pula, dgn doa dan usaha…moga diberkati olehNYA…PASTI CEMERLANG, ISLAM GEMILANG!! ALLAHU AKHBAR!! =)