Wednesday, December 23, 2009

iluvislam.com KPO 09' krew ILI


Assalamualaikum....
apa kabar sahabat ku sekalian....lupe bertanya kabar kalian pada post sblmnye...terutama pd mereka2 yg sudi follow blog sy...moga sedikit manfaat dpt dikongsikn bersama...
Alhamdulillah, hampir 3 minggu KPO iluvislam 09 melabuh tirai...namun, sy baru melakar coretan di blog...kekangan masa serta kemalasan yg melanda menyebabkan sy biarkan blog ini tidak di update sebegitu lama...mula la mendengar paksaan dari sesetengah pihak (terutama cik yani) yg menggesa sy mengupdate blog...
Berbalik semula kisah KPO, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupn ade juga sedikit masalah dan kekeliruan berlaku...biasa lah, first time diadakan dan masih dalam peringkat pembelajaran...peserta yg hadir tidak seramai yg memberi nama, namun program ini tetap meriah...

Program berlangsung di rumah anak yatim Damai pada 4-6 Dis 09...program byk disini dgn modul2 dan aktiviti santai...ada juga aktiviti yg melibatkn anak2 yatim damai...Jazakallahu khairan khasira buat sume tenaga kerja KPO, penasihat, dan peserta yg same2 btungkus lumus dlm menjayakan KPO 09...Alhamdulillah...tahniah
dedikasi buat mereka:
wan, ustaz remy n aina: MT KPO yg btungkus lumus...exspecially wan n aina yg sudah merancang lebih 6 bulan...syukran atas tunjuk ajar kalian..ustaz yg byk beri kata2 nsht dan semangat...sempoi dalam gerak kerja...syukran ustaz
kak as dan pu3: kenangan di asrama damai xkn ku lupe...pukul tiga pagi masih di tepi kolah..hehe...sukaneka bersama adik2 asrama damai...moga ukhuwah kite terus mekar mewangi
kak ros, ina, ekin n kak saidah: kite tidak dapat bmesra sgt..mgkn kekangan masa dan tugas kerja yg memisahkn kite..agak sedih, sbb biasanye ape2 program slalu bersama kalian..namun, tautan itu masih terasa...berkongsi gelak tawa walau seketika...
pakcik lisam n aman: mg korang mcm kembar...x dpt di nafikn...syukran aman sudi membantu taipkn sijil..dikala kepala dh pusing...syukran pakcik tolong agkt barang waktu sukaneka
kak suhana n kak asma: syukran...kenangan mgkn tidak byk kerana kakak2 ini suka tidur (hehe, buat keje sbnrnye) di dewan...masa bersama pn kurang...kak suhana (rase cam makin jauh je..huhu)
abg fitri: sgt berwibawa sbg pengacara...org dh byk pengalaman...(^,^)
akhi firdaus, akhi imran n akhi ruzaini: masing2 punya kerenah masing2...sy hanya memerhati insan yg tidak byk bcakap namun byk gelagat..hehe
ha, x lupe juga nisa, ila n ridz: huhu, nisa yg sempoi dan semangat...ila yg ayu dan cergas...ridz yg dilanda demam..hak3

Kisah Praktikal

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah sy masih bernafas dibumi Allah dan bkesempatan menulis di blog ini...sudah lame mendiam diri, sibuk dgn kerja2 dakwah dan program2 yg memerlukan tenaga dan masa...

Alhamdulillah, sy skrg sudah melangkah ke alam pekerjaan...sedang menjalani latihan industri di UDA MALL bukit bintang...Subhanallah, x pernah terlintas di fikiran akan memasuki alam pkerjaan...masih bfikiran budak2, dan kadang kala berfikir adakah sudah layak diri ini memasuki alam pekerjaan??

UDA MALL, tempat yg biasa ku kunjungi di masa kecilku..ayah sy salah seorang pekerja di sini suatu ketika dahulu...ayah pencen dari UDA pada usiaku 8 tahun...maknanye lebih 10 tahun ayah pencen dari UDA, namun pengaruhnya masih disini...

Pada mulanya sy merasakan bila berpraktikal disini, sy tidak akan bertemu dgn rakan2 ayah..rupenya tanggapan sy salah, masih ramai kawan2 ayah disini dan ade juga yg masih igt diriku ini...Alhamdulillah...berkat sikap peramah ayah...kdg2 rase seperti balik ke tempat sndr...sy pernah bertanya ayah, kenapa berhenti dari UDA?? bukankah disana seronok??? jawapan ayahku, sampai bila nk makan gaji dgn orang?? ayah nk buat bisnes sndr...

Pakcik Zainal, Pakcik Nordin, Auntie Ani dan beberapa org yg tidak pernah ku kenal namun apabila menyebut nama ayah mereka mula mengimbau kenangan..syukur ya Allah...suasana yg paling seronok disini adalah waktu solat..sy boleh turun berjemaah disurau tingkat 4 dan berjemaah...Alhamdulillah, satu lagi proses tarbiyah..menyahut seruan azan..

Selain itu, setiap hari selasa dan hari2 tertentu akan dtg ustaz dari luar yg memberi ceramah dan tazkirah sebelum zohor..ya Allah, masih ade lagi penekanan ttg ruhiyyah dan tarbiyyah hati...


walaupn kini sy jauh dgn sahabat2 di shah alam, namun insyaAllah auranya ada di sini...sahabat2, doakan moga sy thabat dan istiqamah di jalan ini..ORG KITE ADE DI SINI...ALHAMDULILLAH..

Thursday, December 10, 2009

Boleh ke Bergurau?

Gurau Senda
www.iLuvislam.com
Oleh: nasuha02*

Editor: b_b



Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling, biasanya kawan-kawan. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Maknanya, bila kita bergurau senda, secara tak langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita.

Biasanya, orang bergurau untuk menceriakan suasana. Takkan nak buat muka serius sepanjang masa. Macam kebanyakan orang mengatakan, “Hidup mesti ceria”.

Tapi, mari kita teliti, apa yang selalu ada dalam sesebuah gurauan? Lawak yang direka-reka, cerita yang dibuat-buat, perli memerli dan kata mengata antara satu sama lain. Itu antara yang biasa saya temui. Jarang sekali orang bergurau tapi dalam masa yang sama dia tak menipu. Tak sah kalau bergurau, dia tak mengata-ngata (secara bergurau) kat orang lain.

Kebanyakan kita menganggap gurauan adalah perkara biasa. Ada juga yang menyangka menipu dibolehkan ketika bergurau sebab tak membahayakan orang di sekeliling kita. Saya juga pernah menganggap begitu kerana merasakan apa yang kita guraukan hanya mainan semata-mata, bukan betul-betul, dan bukan niat untuk betul-betul berbohong.

Betulkah persepsi macam ni?



Banyak Ketawa Mematikan Hati

Pernahkah anda lihat orang yang ketawa terbahak-bahak, sampai katanya nak pecah perut dan sampai tak cukup udara nak bernafas? Apa yang kita fikir? Pastinya orang tu baru saja lihat atau dengar satu jenaka atau gurauan yang sangat menggelikan hati. Betul tak?

Kita akan ketawa apabila ada sesuatu yang menggeletek hati. Ya, itu memang sesuatu yang normal. Tapi, hakikatnya, di situlah akan timbulnya masalah. Gurauan yang melampau-lampau akan menyebabkan kita banyak ketawa.

Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali, beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Kata beliau,

Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya.[1]

Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya: “Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu!

Kita dibolehkan bergurau senda tetapi jangan berlebih-lebihan. Kenapa? Kerana ia akan mengundang banyak ketawa. Dan banyak ketawa akan mematikan hati. Dan mungkin akan menjatuhkan maruah diri. Kata Imam Ghazali,

Adapun berlebih-lebihan pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal-hal tersebut, maka tidak tercela,” sebagaimana diriwayatkan dari Nabi S.A.W. bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.[2]

Kita biasa dengar,

Isy dia ni. Ketawa sampai tak ingat dunia!

Hakikatnya begitulah keadaan orang yang ketawa berlebih-lebihan. Larut dalam dunia ketawanya. Sampai lupa dan tak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Dan lebih parah lagi, ketawanya itu juga menunjukkan kelalaian dari mengingati akhirat.

Nabi S.A.W. bersabda:
Maksudnya: “Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.[3]

Nilai Gurauan vs Nilai Persaudaraan

Ketawa memang seronok. Tapi menjadi bahan ketawa sangat menyakitkan hati. Hakikatnya, itulah yang selalu ada dalam sesebuah gurauan - mentertawakan orang lain.

Kita mungkin sekadar main-main, kata orang menyakat. Tapi, siapa tahu apa yang dirasai ‘watak utama’ kisah gurauan tersebut? Mungkin tak kisah, mungkin marah, mungkin kecil hati dan mungkin terus tak bertegur sapa.

Gurauan yang dianggap sekadar main-main boleh menjadi bibit kepada pergaduhan, pertengkaran, tak bertegur sapa dan permusuhan yang berpanjangan antara sesama Muslim. Begitu murahkah nilai persaudaraan dalam Islam sehingga kita sanggup menggadaikannya dengan kata-kata gurauan dan mainan yang langsung tiada nilai di sisi Allah?

Rasulullah S.A.W. sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda:
Sesungguhnya orang yang berkata-kata dengan suatu perkataan untuk mentertawakan teman-teman duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya.

Jujur dalam Berjenaka dan Gurau Senda

Sedarkah kita, ketika bergurau senda dengan rakan-rakan, kita mungkin dah berbohong? Berbohong bukan maksud saya betul-betul bercakap bohong. Tapi, hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.

Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, last sekali, kita mesti akan cakap,

Aku main-main je la…

Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.

Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :

Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta. [4]

Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.[5]

Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta.

Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.[6]



Macam mana cara yang betul untuk bergurau? Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda.

Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.

Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.

Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.[7]

Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri.

Apa yang saya perhatikan dalam kisah di atas dan beberapa kisah lain, Rasulullah menggunakan kaedah “double meaning” dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza. Jadi, cara sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau.

Sayyidina Umar r.a. pernah berkata:
Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih).

Mereka itu menjawab: “Tidak!

Maka Umar r.a. menjawab:
Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.

Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka. Na'uzubillahi min dzalik.

~Wallahu a'lam~


Nota kaki:
[1] Ihya' Ulumiddin, Imam Ghazali, Jilid 4, Bab Bahaya Lidah.
[2] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[3] Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas dan 'Aisyah r.a.
[4] Riwayat Bukhari dan Muslim.
[5] Riwayat at-Tirmizi.
[6] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[7] Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi dari Anas, Hadis shahih