Monday, June 21, 2010

ARMADA 2010 Dalam Kenangan (part 1)

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Apa khabar iman kita hari ini?? Alhamdulillah, dengan izinnya kita masih bernafas sehingga ke hari ini dan masih dapat merasai nikmat iman dan islam...mari kita sama2 panjatkan syukur ke hadrat ilahi dgn limpah kurniaNYA...

Alhamdulillah, pada 3-8 jun yg lepas sy berpeluang mengikuti program ARMADA anjuran PERMASIS...apa itu ARMADA?? nama kapal perang ke?? hehe...ARMADA adalah singkatan bagi Anak Muda Rai Masyarakat Desa...Program telah berlangsung di Sungai Panjang...banyak pengalaman yg ditimba dan kenangan2 yg diraih dari program tersebut..jom review cerita sepanjang saya di sana mengikut urutan hari; =)

3 Jun (Khamis)

Sy bertolak dari rumah pada jam 4 ptg dan menjemput 3 org sahabat lain (hazirah, hasanah dan alifah)...kami berempat sampai ke tempat bkumpul (masjid jamek kuala selangor) lebih kurang 6 petang...Alhamdulillah, hari ini sy diberi kekuatan oleh Allah utk berpuasa...pukul 7, kami keluar semula utk mencari kedai makan berhampiran bg mengisi perut dan berbuka puasa...

Malamnye selepas isya', ceramah dan perkongsian dari ustaz sufian...ttg adab2 berprogram bersama org kampung, pengalaman beliau dan sebagainya...selepas itu, taaruf bersama peserta lain...ade beberapa orang yg sy sudah kenal kerana pernah berprogram bersama dan ramai shbt2 yg baru dikenali...selepas taaruf ade sedikit perkongsian dari setiap peserta ttg bagaimana kami boleh menyertai ARMADA...kemudian masuk tidur, menanti hari esok utk meneruskan program...=)

4 Jun (Jumaat)

Bengkel ARMADA bermula pada pukul 8.30 pagi...ade beberapa org penceramah jemputan didatangkan khas utk memberi taklimat dan penerangan ttg program dan keadaan tempat yg akan kami kunjungi...

Pukul 1, bengkel ditangguhkan dan solat jumaat bagi kaum muslimin…kami yg muslimat pergi berehat di tempat penginapan…saya dan beberapa orang shbt yg lain singgah di perpustakaan masjid…kami tidak sempat masuk ke tmpt penginapan kerana kaum muslimin sudah memenuhi ruang legar…didlm perpustakaan, ada beberapa org makcik AJK masjid yg sdg menunggu waktu solat…kami smpt bertaaruf dan berkongsi cerita…

Pengalaman baru..rupenya makcik2 itu berada di masjid kerana ingin mengawal masjid semasa solat jumaat agar tidak berlaku kecurian selipar dan kasut…selain itu, makcik2 itu juga akan menghalau adik2 yg x solat agar mereka mengerjakan solat…kami diajak oleh makcik2 itu utk menolong mereka meronda masjid…hehe..best3, pengalaman tu…x pernah lagi buat sblm ni…selalunya kita yg muslimat akan memerap di rumah sewaktu jumaat kn…x sangka ade juga makcik2 yg sgt prihatin dan membantu menyusun saf dan menjaga dari berlakunya kecurian…Alhamdulillah…Selepas jumaat, taklimat pengarah dan sambungan bengkel ARMADA…

Selepas Asar, kami berangkat ke kampung Sg Panjang…perjalanan mengambil masa hamper 1jam setengah…kami sampai di masjid dalam pukul 7…selepas isya’ ada majlis penyerahan anak angkat…setiap keluarga angkat akan mendapat 2orang anak angkat…sy dan Diana dpt mak angkat tunggal, tiada suami dan mempunyai 3 org anak…lepas tu balik rumah mak angkat masing2 utk berehat….ZzzzzzzzzZZ

0 kata-kata semangat:

Post a Comment