Monday, June 21, 2010

ARMADA 2010 Dalam Kenangan (part 2)

5 Jun (Sabtu)

5.30 pagi bangun dan bersiap2 utk solat subuh…masih kepenatan dan sakit kepala kerana memandu jauh…selepas solat, bersihkan diri dan bersiap kami bersarapan sekeluarga…. 8.00 pagi, senam robik…mengeluarkan peluh, semangat btul adik2 bersenam robik…senam robik di conduct oleh akmal dan khabir…dekat setengah jam juga bersenam robik, kemudian meneruskan aktiviti dgn lawatan ke IKS…kami ke kilang kuih (bersebelahan dgn rumah mak angkat sy), kilang menjahit baju secara pukal, dan kilang kerepek…byk input dan info yg diterima melalui lawatan ni…seronok2, sambil melihat sekeliling kampung…

Kemudian kami menaiki feri…feri yg menjadi penghubung antara sabak bernam dan perak…semua macam teruja je, ye la cume naik feri dlm 5 minit tibe2 dh sampai perak…huu..(semua ke?? Ntah2 sy je yg teruja..=P). Selepas itu masing2 pulang ke rumah utk makan tengah hari dan solat…balik rumah, tolong mak masak plak…rajin tau anak2 angkat mak ni…hehe..

Selepas zohor ada slot Mari Mengaji bersama ustazah Nanie dan Ustazah Hazirah…hehe…dtg kg sg panjang, nanie dan zirah terus jadi ustazah…ramai kanak2 (umur antara 5-12 tahun) yg dtg, seronok barangkali ada kakak dan abg yg melayan dan mengajar mereka mengaji dan solat….nakal pula tu adik2 ni, yg bersabar masih terus bersabar melayan mereka…sy terkecuali kerana perlu menyiapkan tempat utk petangnye bg aktiviti sukan rakyat…terlepas peluang nk jadi ustazah, hehe…bengkel Mari Mengaji selesai pada jam 4.30 petang…mengingatkan adik2 agar dtg petang ni dan mengajak ibubapa utk menyertai sukan rakyat…

Selepas asar, saya dan shbt2 uitm yg lain mula mengaturkan tempat bagi sukan rakyat…agak kelam kabut sikit (sbb sy ni mg kalut orgnye…huhu)…nasib baiklah lutfi, sulaiman, hasanah dan syazwani sgt rileks orangnye…=) Sukan rakyat, bg kaum ibu dan remaja kami sediakan permainan ala2 music chair…seronok gak la tgk anak2 berebut…bkn berebut kerusi, tp berebut ibu2 setelah music dihentikan…bg kanak2 pula, pd mulanya main tapak gajah…namun disebabkan mereka kecik dan x pandai main, akmal yg sgt mesra dgn budak2 tukar permainan lain…x igt permainan ape, yg pasti kanak2 tu seronok sbb dilayan oleh akmal dan hasanah…hehe

Bagi remaja lelaki pula, pada mulanya main galah panjang…tapi atas sebab2 tertentu (lutfi kata sbb susah sgt nk lepas) akhirnye mereka tukar permainan kepada main baling selipar…ok la tu, janji korg happy dan dpt mengeratkan silaturrahim…dekat pukul 6.30 ptg baru semuanya selesai..Peserta ARMADA dan AJK2 dijemput ke rumah Mak sy utk makan laksa…

Beriya-iya mak sy masak laksa…dari pagi dia dok sibuk cakap nk masak laksa n jemput semua peserta ARMADA dtg makan…igtkn dia saje cakap, rupenya betul2…tengah hari tu sy dan Diana dah tolong sikit2 sediakan bahan utk digunakan…mak x bagi kami sibuk2, asyik suh rehat je…kitorg plak segan, hehe..lepas sukan rakyat, hamper kesemua peserta ARMADA dtg makan laksa kt rumah…mak seronok, tersenyum je dia…Alhamdulillah, dlm keadaan kesihatan mak yg x stabil masih sanggup masakkan utk kawan anak2 angkat dia…hehe

Malamnye pula ade forum perdana…membincangkan ttg masalah sosial masa kini…agak kepenatan setelah sehari bertungkus lumus ke sana ke mari…huhu…tapi seronok dan seronok…Alhamdulillah… 11.30 mlm semua aktiviti selesai dan pulang ke rumah…

6 Jun (Ahad)

Sarapan pagi bersama keluarga…Mak masak mee goreng hari ni, sedap…selepas itu ade kenduri rakyat dan gotong royong…peserta dibahagikan kepada dua kumpulan, utk bergotong royong dan menolong persiapan kenduri rakyat…seekor lembu Berjaya ditumbangkan, dan saya membantu melapah daging lembu nk masak sup…pengalaman mengajar erti kedewasaan (xde kena mengena…hak3)…seronok borak2 dgn makcik2 kampung, dorg bercerita pasal bahasa dan bangsa..majoriti penduduk kampung tu ramai jawa...=)

Tengah hari ade kenduri kawin di kampung tu…saya ikut adik angkat dan makcik milah ke kenduri tu…tengah hari dh pesan kt mak, jgn masak…sbb hari ni kami masak sup (ceh, poyo je guna kami..padahal sy x masak pntolong potong daging je)..selepas solat zohor, penduduk kampung dijemput ke surau utk makan sup…selepas itu ade Bengkel Mari Mengaji…

Petangnye gempur kampung…hantar brochure dan sup dari rumah ke rumah…sambil2 tu kami promosikan aktiviti2 akan dating seperti motivasi ibubapa, motivasi remaja dan explorace…ketuk pintu bg salam dan promosi “jom, pakat ramai2 turun aktiviti kami”…lebih kurang gitu la…=)

Malamnye pula ade motivasi bersama ibu bapa…seronok, even bujang lagi…tp x salah pn kite pergi motivasi tu…boleh cedok sikit2 utk mempersiapkan diri…hehe..

1 kata-kata semangat:

Fakeh said...

KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, SILA GOOGLE TAJUK-TAJUK SEPERTI DI BAWAH INI:-

(a) SIFAT 20 - http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
(h) TAJUK KHAS - BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA ASWJ

FAKEH KHALIFAH SAKA

Post a Comment