Tuesday, September 29, 2015

Aidil Adha di Perantauan

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar. (Gema Takbir)

Alhamdulillah, Aidiladha kali ni jatuh pada hari khamis (24/9/2015) kami menyambutnya di sandakan sahaja. Merasai pengalaman baru, beraya di tempat orang. Suasana raya pastinya jauh berbeza di tempat sendiri. Seawal pagi suami pergi mengerjakan solat sunat di masjid, saya hanya menunggu di rumah dengan anak-anak.

Setelah suami pulang ke rumah, kami bersiap-siap untuk pergi menjamu selera. Saya tidak dapat menyediakan apa-apa menu kerana kami kehabisan stok makanan (termasuk beras). Agak sedih la juga, tidak dapat menyediakan hidangan raya. huhu. Alkisah kenapa kehabisan stok, kerana kami baru pulang dari KL (kerana suami berkursus) dan belum sempat membeli barang dapur.

Akhirnya En. Suami pun kata esok kita makan di luar sahaja. Alahai, raya-raya makan luar. dan pastinya kedai yang di buka hanyalah kedai makanan segera. huhu. Pengalaman pertama saya, makan di kedai pagi raya. hahaha. En. Suami dah biasa sebab dia pernah beraya seorang diri semasa belum berkahwin.

Selepas makan, kami sempat lagi singgah di 'supermarket' untuk membeli barang keperluan. Ramai juga orang di 'supermarket', rasa macam hari minggu sahaja, cuma bezanya orang semua memakai baju raya. hehe

Setelah pulang ke rumah, Alhamdulillah dapat jemputan dari jiran sebelah rumah. Ajak makan di rumahnya. Wah! Suasana raya mula la terasa. Untung berjiran dengan orang yang agak berusia. Pelbagai menu yang disediakan. Masakan orang bugis, ada burasa, ayam masak santan, tumbuk, likku dan soto. Ya Allah, rasa terubat sikit kerinduan. Terima kasih ya Allah hadirkan jiran yang baik-baik.

Sampai ke malam kami masih makan menu yang sama, Alhamdulillah. Siap di bekalkan lagi pada kami, mungkin dapat rasakan yang kami ni memang tak masak apa untuk hari ni, hehe. Alhamdulillah. Semoga Allah limpahkan rahmat dan kasih sayangNya buat jiran yang baik. Amin ya rabb. =)

0 kata-kata semangat:

Post a Comment