Thursday, September 17, 2015

Sunat Bayi Lelaki (Khatan)

Assalamualaikum,

Tajuk entry kali ni, skema habis. hehe. Kenapa buat tajuk macam tu? Sebab senang nanti kalau ada orang nak search. Kata kunci yang saya gunakan juga semasa mencari klinik yang boleh sunatkan bayi lelaki. 

Alhamdulillah, pada 7/9/2015, bayi lelaki kami selamat di sunatkan di KLINIK AJWA SEKSYEN 7, SHAH ALAM. Tapi saya terlupa nak tanya nama doktornya. Disebabkan sangat nervous, banyak betul persoalan yang tidak dapat disoal. huhu. Sedih la tengok anak kena sunat, tapi cekalkan hati juga.

Sepanjang pencarian klinik yang bersesuaian, Klinik Ajwa paling murah dan doktornya juga sudah 30 tahun pengalaman sunatkan bayi (bayi pertama adalah anaknya sendiri). Charge yang dikenakan adalah RM130 termasuk ubat. Sebelum ni survey yang paling dekat dengan kami di Gombak, GMC RM300. Tapi tak tahu la mereka guna kaedah apa.

Pelbagai kaedah untuk sunat lelaki sekarang. Makin kurang sakitnya semasa proses sunat, makin mahal harga yang dikenakan. Bergantung pada teknologi. Jadi kami hanya memilih sunat cara biasa dan kos yang berpatutan.

Alhamdulillah, Muaz sembuh sepenuhnya masuk hari ke 7 lepas bersunat. Siap bawa berjalan ke Penang lagi. Subhanallah, kuat betul anak ummi ni. Semoga menjadi anak yang soleh dan cekal menempuhi kehidupan kelak.

Antara sebab-sebab kenapa saya nak sunatkan anak awal:

- Luka mudah sembuh

- Menjaga kebersihan dan dari jangkitan penyakit

- Boleh dukung anak (jika perlu) semasa solat.
 (ada orang kata bayi lelaki tak boleh di dukung semasa solat kerana menanggung najis).

Boleh rujuk ke blog ini tentang sunat ketika kecil---> RUJUKAN

Muaz disunatkan pada malam hari. Selepas disunatkan, Muaz agak tidak selesa dan merengek. Mungkin kesakitan sewaktu kencing. Jadi semalaman ummi tak lena tidur sebab risaukan Muaz. Ummi pangku dan susukan Muaz agar tenang dan dapat mengurangkan kesakitan. Alhamdulillah, keesokan paginya Muaz dah boleh tersenyum bila di agah. Kuatnya Muaz.

Sepanjang tempoh penjagaan selepas bersunat, memang kena berhati-hati. Pampers kena kerap tukar sebab tidak mahu biar lembab lama. Agar luka cepat sembuh. Tempat luka tu doktor pesan hanya lap dengan wipes @ kain lembab, jangan dibasuh. Supaya luka cepat kering. Cumanya Muaz dah besar sikit, jadi bila dia buang air besar agak banyak, Ummi tetap basuh dengan air (Muaz sensitif kalau lap dengan wipes, kulitnya cepat merah). Semasa basuh, elakkan kena pada tempat sunat, hanya basuh bahagian belakang punggung. Tempat sunat tu Ummi lap dengan wipes dan kain lembap.

Nak dukung pun kena hati-hati sebab kalau salah posisi takut bayi kesakitan. Salah satu sebab elok buat masa bayi baru mungkin kerana kurang pergerakan lagi. Muaz dah 2 bulan lebih masa disunatkan, agak aktif juga dan tidak suka berbaring lama.

Kami sapukan antiseptik yang doktor bagi untuk 3 hari pertama. Selepas luka dah kering dan tiada darah, saya sapukan minyak but-but dan minyak wan muda pula. Alhamdulillah, hari ke 5 jahitan mula tanggal. Lepas jahitan dah tanggal tu barulah lega hati ummi. hehe. Kalau tak, memang sentiasa risau, hati ibu mana la yang tak risau tengok anak kan.

Alhamdulillah, finally ummi dapat dukung Muaz macam biasa. Boleh pakai RingSling semula. yeayy!!

Sayang anak-anak Ummi, Semoga kalian menjadi pejuang agama Allah dan hamba yang bertaqwa. Jom masuk syurga sama-sama, insyaAllah. =)

5 kata-kata semangat:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum, saya nak tanya. Setakat ni, anak awak okay tak bila dah baik sunatnya? Planning nak sunatkan anak jugak. Skrg dah umur 2bulan 4hari. Klinik Ajwa guna teknik apa ya, awak tahu tak? Terima kasih ya. :)

nurulakmal.ramli@gmail.com

afiosman said...

Salam Pn. Anak saya dah 6 bulan nak disunatkan. Saya juga plan nak buat di klinik ajwa. Nak tanya, lepas sunat adakah baby menangis teruk? Pn ada beri ubat apa2 tak bila baby kesakitan?

Unknown said...

Pm

Unknown said...

Pm

Post a Comment