Thursday, September 17, 2015

Cepatnya Masa Berlalu

Alhamdulillah ala Kulli Hal,

Cepatnya masa berlalu,
Anak Solehah ummi dah makin besar. Selamat Ulangtahun kelahiran kakak Solehah. Semoga kakak terus menjadi anak yang baik, mendengar kata, berakhlak mulia, faqih dan hafizah. InsyaAllah. Doa ummi buat kakak sejak dilahirkan sehingga sekarang. 

Cepatnya masa berlalu, 
Anak Solehah ummi ni dah petah berkata-kata. Ada sahaja benda yang mencuit hati ummi dan abi. Kadangkala menimbulkan amarah juga. Anak solehah ummi, semoga membesar dengan sihat dan menggunakan kelebihan dalam berkata-kata kearah kebaikan.

Cepatnya masa berlalu,
Anak Solehah ummi dah pandai mengasuh adik. Boleh di harap walaupun di awal kelahiran adik Muaz, kakak agak meragam. Bagusnya kakak, boleh beralah dengan adik walaupun kadang kala nampak riak cemburu di wajah. Tapi kakak tetap sayangkan adik dan tak pernah buat adik. Ummi bangga dengan kakak. Ummi tak pernah risau nak tinggalkan kakak dengan Muaz bersendirian ketika ummi menguruskan diri dan rumah. 

Cepatnya masa berlalu,
Anak Solehah ummi dah makin berdikari. Pandai pakai baju sendiri, mandi sendiri, Dan kadang kala tertidur dengan sendiri tanpa di ulit. Ummi pula yang rasa bersalah, sejak dilahirkan kakak biasa tidur di ulit. Ya Allah, kurniakanlah sifat sabar dan tabah buat anak Solehahku ini. Kakak solehah tetap kesayangan ummi, peneman ummi di kala keseorangan.

Cepatnya masa berlalu,
Anak Solehah ummi yang banyak mengajar ummi untuk menjadi lebih baik dan mencari yang terbaik buat anak-anak. Walaupun ummi tidak dapat beri segala yang terbaik, tapi ummi akan cuba usahakan mana yang boleh. InsyaAllah.



SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE 3 MUNEEFA SOLEHAH.
09.09.2012

Terima kasih Abi, sebab tolong ummi jagakan Muneefa bila ummi mula stress.
Terima kasih abi, sebab tolong jadi kuda dan tempat Muneefa panjat-panjat untuk mengasah skill dia.
Terima kasih abi, sebab ajarkan Muneefa erti berjimat dan menghargai barang.
Terima kasih abi, untuk segalanya buat Muneefa.




Alhamdulillah, sempat sambut birthday kakak solehah dengan family gombak pada 5/9. Hanya potong kek dan makan-makan sahaja. Raikan si kakak yang suka potong kek. hehe. Ingatkan nak buat majlis di Sandakan, jemput kawan-kawan ummi abi, tapi tak sangka abi dapat kursus di KL. Cantik pula aturan Allah. Terima kasih ya Allah. Happy la Nek Ummi cucu balik ke Gombak.
Semoga nukilan ini dapat di baca oleh anak ummi dalam masa beberapa tahun lagi, insyaAllah. =)

1 kata-kata semangat:

Anonymous said...

Betway Casino site - Lucky Club Live
In the first part, luckyclub Betway takes a deep dive into the online gambling industry and is constantly looking for ways to turn those bets into profit. We want to

Post a Comment