Monday, May 18, 2009

Ummi ku Seorang Guru

Assalamualaikum...

rasenya masih belum terlambat jika sy ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu2 di Malaysia dan terutama skali kepada ummi ku tersayang...



ummi, tidak terbalas jasa yg telah ummi taburkan kepada kami tiga beradik...segala nasihat, tunjuk ajar dan pengorbanan ummi...kasih sayang yg dicurahkan...hanya Allah yg dapat membalasnya..akak, abang dan adik akan cube menjadi anak yg soleh dan solehah agar dapat memebri syafaat di ahkirat kelak...kami sayang ummi...maafkan kami kerana kadang kala tidak mendengar kata...

buat nenek ku, hajah Rohani....moga Allah sentiasa melindungi dan memelihara kesejahteraan nenek..terima kasih atas kasih sayang, perhatian dan pengorbanan yg nenek berikan pada kami semua...nenek adalah wanita yg hebat, yg telah membesarkan ummi dan anak2 yg lain...sy kagum dengan nenek...

dan untuk ibu2 kepada sepupu2 ku...makLong, makNgah, makTeh, Uda, Atam, dan auntie Lini..maafkan lah kami, dan berilah tunjuk agar kepada kami...sesungguhnya, kalian wanita yg hebat...kerana dapat melahirkan kami dan akan mendidik kami menjadi insan berjaya...insyaAllah



dan x lupe juga SELAMAT HARI GURU buat semua guru yg mengenali diri ini...guru di sekolah S.K Gombak 1, S.M.K Gombak Setia, S.M.T Setapak, pensyarah di Matrikulasi Perlis, dan Pensyarah di UiTM Shah Alam...buat ummi ku dan makNgah juga, selamat hari guru...kalian berdua memang hebat, menjadi seorang ibu dan seorang guru...besar pengorbanan kalian untuk membentuk anak bangsa dan negara.

hari ini akan diadakan sambutan hari guru di sekolah ummi dan adik sy...balik ni mesti ummi akan bawa hadiah yg banyak dan kami lah yg akan memilih hadiah tu utk dijadikan haki milik peribadi...heee (tiap2 tahun pn camni la keadaannya)...

tp bagi seorang guru, hadiah bukan segala-galanya...kejayaan murid itu dan ingatan tulus ikhlas yg mereka inginkan...seperti kata ummi ku,

"ummi sayang anak2 murid ummi masa kt Seri Pantai, mereka masih ingat kt ummi walaupn ummi ajar sekejap je."

sy pn kagum dengan semangat dan kasih sayang anak2 murid ummi ini...setiap tahun mereka akan datang ke rumah, menghantar kad raya dan kad ucapan hari lahir, tidak lekang dengan SMS bertanyakan kabar.

anak2 murid ummi ku ini semuanya sudah bekerja dan ade juga sudah mendirikan rumah tangga...kadang2 sy sendiri cemburu dengan abang2 dan kakak2 ini yg sanggup dari jauh datang ke rumah untuk meraikan guru mereka...(sebab sy pn x pernah buat cm2)

kita patut menjadikan mereka sebagai contoh dalam membina hubungan yg baik dengan guru...guru, tidak memerlukan hadiah yg banyak (sbb nt dia bg kt anak2 dia, sy la untung)...ape yg mereka harapkan adalah kejayaan anak2 murid dan ingatan tulus ikhlas...

0 kata-kata semangat:

Post a Comment